Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

Luahan Hati 2014

Assalamualaikum Warahmatullah.

Pergh! Post terakhir aku sebelum tajuk ni ialah pada tahun 2013. Maknanya, post ni post yang pertama untuk tahun ni! HAHAHA. Sebenarnya, dah lama dah aku perhati blog ni, bilalah boleh update baru. Dengan penuh kejenuhan, sesuatu yang jauh dari sudut hati aku, pujuk diri ni, "SPM~ SPM~" "Takpa takpa, lepas SPM, hang updatelah puas-puas." Alhamdulillah, bila dah merdeka dengan jayanya, setelah tibanya diri ini ke baiti jannati, aku cuba bergerak mengikut mindsetku. Dan Alhamdulillah, mindsetku dapat digerakkan seiring dengan takdir-Nya! Cuma post sahaja yang lambat sikit diupdate, sebab tak ada idea. Pada hari ini, aku cuba jua untuk menaip post ini... oops, seperkara lagi! Barangkali post ini juga merupakan post yang terakhir pada tahun ini, seperti kata omputih: for the first and last. Haa~ Sebab apa? Sebab tak lama lagi, mulai 6 Disember 2014, hihihi, KAMI WIRA WIRAWATI NEGARA~ PLKN! Hari-hari sebelum tarikh tu mestilah sibuk dengan persediaan nak pi PLKN.

5 Ibn Khaldun 2014

Hmm... bila aku bukak sahaja News Feed dekat fb, mulalah aku melihat tulisan-tulisan dan gambar-gambar yang boleh menerbitkan mutiara jernih daripada mata yang berkaca ini especially mata-mata milik warga The Valours Generation, Irshadian 1014. "Jemaah Subuh terakhir", "Irshad sentiasa di hati", oh! Susah nak percaya bahawa tahun depan aku dah tak menjalani kehidupan aku sebagai seorang murid sekolah. Hmm... Untuk tahun ni, Alhamdulillah. Aku dapat menuntut ilmu di kelas 5 Ibn Khaldun seperti yang diimpikan semasa form 4 dulu. Ya la, bila waktu form 4 duduk kelas IK, masa form 5 pun kena dok kelas IK jugak la. Itulah aku, suka keseragaman. Bila difikirkan balik, kelas IK ni menampakkan aku seorang yang pandai dan menyebabkan kawan2 mendoakan aku, "Takpala, Nadiah pandai." "Untung aaa, budak kelas IK." Memang sometimes it sounds annoying, but if I think it positively, depa sebenarnya mendoakan aku supaya jadi terus pandai dan pandai. Bukan aku ja yang alami menda ni for sure, banyak orang lagi sebenarnya. Terima kasih kawan-kawan, walaupun aku ni tidaklah seperti yang hgpa fikirkan. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang mengingatkan bahawa pujian itu adalah doa.

Ha! Bila cakap sahaja pasal kelas 5IK, dah tentulah ada deskmates! Deskmatesku yang tercinta: Lisa Amiera, Maisarah Smaimai & Nur Zahirah, terima kasih sangat-sangat sebab terima aku yang serba kekurangan ni sebagai kawan hgpa. Thank you sebab memulakan persahabatan dengan aku. Lebiu so much (ha tudia!). Memang lawak bila aku tengah buat kerja ja, dok dengar, "Wei jom gosip jom gosip!" "Wei ada gosip terbaru!" "Wei jom sambung perancangan kita." (Perancangan lepas SPM, padahal SPM pun tak start lagi masa ni, haha) Then, syukran sebab hgpa banyak share ilmu dengan aku plus ada dengan aku di saat gembira, gelong, mandom dan sedih especially. Sehinggakan aku terpengaruh sikit dengan perangai hgpa. Lisa, aku takkan lupakan sweet moments antara kita; ~Dengarlah bintang hatiku~

Untuk overall (kelas ni sahaja), kelas ni memang hingaq dan lawak! Tak kiralah pelajar ikhwah ka, akhawat ka, semuanya lawak-lawak. Peristiwa yang paling best ialah masa kelas Bahasa Inggeris. Tc Zainab buat debate kat PKP (Pusat Kegiatan Pelajar) yang bertajuk: Money is more important than beauty in finding future spouse (lebih kurang macam tu la). Hujah yang paling tak dapat dilupakan daripada pihak government ialah: 

(Terjemahannya) Saya ada satu analogi. Cuba kalau kita masukkan duit ke dalam mesin bank, dan kita tengok balik lepas 3 tahun, duit itu masih lagi elok. Cuba kita masukkan perempuan yang cantik ke dalam mesin bank, dan kita tengok balik lepas 3 tahun, perempuan itu dah tak cantik dah. 

Waktu tu, tunggu lagi, memang berdekah-dekahlah kat dalam PKP tu.

Dorm Rokiah 2014

Dorm? Rasa macam baru ja aku post menda ni kat fb:



Seperti kat printscreen tu, tahun ni aku jadi penghuni dorm Rokiah. Alhamdulillah, cik kiah2 mana yang form 5 semuanya hingaq2 belaka. Kepada Izzianti (beloved ketua dorm), Aqilah Lolz (Kulukulu), Ain Nur Syahmi, Nurfatin Syafiqah (beloved bedmate) & Ummi Nadiah (cik kiah terbaru), lebiu hangpa sangat2! Yan, teruskan kerajinan anda sebagai perempuan Melayu terakhir, HAHAHA. FatinSyaf, maintainkan keayuan anda. Aqilah, Ain & Ummi, maintainkan kegelongan anda. Tenkiu, syukran, & t. kasih sebab menjadi lampu tatkala daku dalam kegelapan dan menjadi kopi tatkala daku kepahitan di ~COFFEE HOUSE~ kita. HAHAHA. Sorry tau, berbalaghah (bersastera) sangat. Lepas ni, hgpa tak dengar aku berpuitis dah. Hurmm. Dan kepada adik2 cik kiah yang form 2 & form 1 tu; MilaTasya, Izatul (MekTown), NabilahZarudin, IllyaInsyiraa, MimiIsmail, SitiAfiqah, Balqis (adik kak Wani) & HudaHS (harap Huda paham, hahaha), lebiu & t. kasih sangat2 sebab dah jadi adik2 dorm yang baik, yang senyap especially Afiqah tu, hehehe. Jaga diri, jaga iman, jaga akhlak ok? INGAT! Tudia, nalla!

IRSHADIAN 1014

Kepada sahabat sebatch, yakni The Valours Generation, Alhamdulillah, ukhuwah antara kita makin meningkat, begitu juga dengan kefahaman kita tentang erti kesatuan. Aku kagum sangat dengan kepimpinan hgpa dan terima kasih jugak sebab menghargai sokongan dan bantuan daripada ahli bawahan yang seorang ini. Kepada Iman 'Iffah & Fatin Fadzir (mentor2 Fizikku), terima kasih sangat2 sebab ajaq aku dengan penuh kejenuhan sehingga ke lantunan suara yang terakhir! Pergh~~ Kepada Alia, t. kasih sebab jadi mentor Fizik & Kimia yang penyabar. Kepada Aminah (Siti2), thank you for being my diligent and cheerful mentor in English. Kepada sasterawatiku Wani Syaza , terima kasih sangat2 sebab sudi jadi personal mentor untuk karangan BM dan ketawa dikala ku berjenaka. Alhamdulillah, kat Irshad ni, orang hat pandai2 tu semua pakat share ilmu. Beruntung sangat dapat jumpa orang macam depa. Impressed sangat masa hari2 SPM yang kita dah lalui tu, baca Yaasin berjemaah, solat berjemaah, mathurat berjemaah, study berjemaah, memang nampak sangat kesatuan tu bila diperhatikan. Macam nak berperang! Masing-masing berusaha untuk taknak jadi 'kambing hitam yang terlepas dari kandang' seperti yang dikatakan oleh Ustazah Najihah masa kelas tambahan QS yang terakhir sebelum SPM. Aku bersyukur sangat sebab kita mulakan SPM kita dengan doa wahidah (oleh ikhwah) dan berakhir pun dengan doa wahidah (oleh akhawat kelas sains). Memang pergh!

Aspuri 1014

Dear sodiiqaati, macam-macam dah kita lalui bersama. InsyaAllah, aku takkan lupa usrah-usrah yang dibuat antara kita-kita ja. Antara peristiwa yang aku tak boleh lupa ialah usrah time nak dekat SPM tu. Banyak jugak la yang bangkit dan berdiri di hadapan untuk memberi ucapan + peringatan yang sangat bermakna. Dihiasi dengan Zikir Terapi Diri alunan Hafiz Hamidun, ramai pakat tak tahan nak mengalirkan air mata. Dan satu lagi ialah masa usrah asrama hujung minggu. Setiap form kena memparodykan lagu bukan nasyid menjadi lagu nasyid. Lagu Papinka, hmm. Bila aku dengar ja, mesti teringat hgpa semua. Banyak sangat kenangan kita yang berkait dengan lagu tu. Huhu, so sweet~ Kawan, semoga ukhuwah antara kita yang disulami dengan mathurat, doa rabitah & doa wahidah yang kita dah baca bersama akan sentiasa dipelihara oleh Allah. Terima kasih sangat2 sebab hgpa menerima aku seadanya. Doakan kejayaan kita semua untuk SPM ni tau?

Sahabat-sahabat yang telah hinggap di memori indahku (Cewah!)

Kepada sahabat yang sentiasa bersamaku; AinaYunus (Siti1), Wahidah (Wassini), Syafia (yang ayu), Mizah (cute), Aminah (Siti2), Balqis (Siti3), Naiematulsaadah (IemaSaadah), dan HaHiHa (HanaAmer, Hidayah & Hajar@Siti4), terima kasih sangat2 sebab terima insan ini seadanya. InsyaAllah aku (@Nadiah) takkan lupa hgpa semua! Uhibbukunna hubban jamma <3 ! Semoga ukhuwah antara kita terus erat, insyaAllah. Aina, Ida, Mizah, Naiemah, Syafia, dari form 1 lagi kot! Nanti tak dapat rasa dah makanan masakan Ida, emak Mizah & kek buatan emak Balqis~ Kepada Aminah, I won't forget your BIG EYES, HAHAHA. Don't worry aih, insyaAllah aku akan ingat semua yang ada kaitan dengan hang selain mata hang ja. Kepada Syamsina, Marya & Aiman, thank you for being my sunshine & two Jamaicans. Aliaa & Mizah (serius), thank you sebab jadi sahabat semerapuku. HAHAHA. Dan my sweeties, Humaira' & Hani, hgpalah sweeties yang paling sweet yang pernah aku jumpa selama ni.

Adik-adik orientasi

Kepada adik2 orientasi (for girls only): Nadia, Farissha, Zawani, Hazwani, Syafiqah, Afiqah (err banyak ni ja ka?), tenkiu sebab jadi adik2 yang baik sepanjang kak Nadiah & kak Fatin Najwa jadi faci hgpa. Pesanan daripada kak Nadiah: jaga diri, jaga hati, jaga iman, jaga akhlak tau. Hidup masa form 2 challenging jugak ooo! So jaga diri baik2. Jangan lupa apa yang dah diajar tak kiralah daripada sapa2pun.

SMKA Al-Irshad, bumi barakah, akan kusemat memori dan butir-butir ilmu yang kuperoleh di atma kecil ini buat selamanya.

Macam mana ya kehidupan tahun depan? Hmm... hanya mampu bergerak mengikut takdir-Nya.

Sekian untuk tahun 2014. Assalamualaikum.  

# Mana-mana istilah yang tak difahami bolehlah tanya kat ruangan komen di bawah. 

Monday, December 30, 2013

Luahan Hati 2013

Assalamualaikum. : )

Lama sangat tak post dekat sini. Haa, sudah menjadi tradisi aku untuk cerita balik apa yang berlaku sepanjang tahun ni. Yang bezanya, dahulunya aku post pada 31 Disember, tapi pada tahun ini, aku post pada 30 Disember. Wanna know why? Mehehe *sedih*, hari ni hari terakhir aku berada di baiti jannati (rumahku syurgaku) untuk tahun ni. : ( Kenapa awal sangat? Awat awai ngat aihh? HAHAHA, AJK asrama di SMKA Al-Irshad balik asrama hari ni. : )

Sepanjang tahun ini, aku rasa banyak sangat perkara yang aku belajar. Dilema, perpisahan, kepimpinan, dakwah, kepentingan ilmu, hmmm. Tahun ni, aku memulakan hidupku dengan menempuh tembok dilema apabila aku menerima tawaran ke PPMT PERMATApintar (Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar) ataupun lebih mesra dengan Quad-P. Walaupun aku cuba untuk tidak menempuh tembok itu dengan tidak mengisi borang permohonan ke SBP, Allah telah merancang segalanya. Allah tetap meletakkan aku di hadapan tembok itu.

*Waktu telefon mak ayah kat asrama*
Aku: Hello, Assalamualaikum.
Ayah: Adik! Tahniah adik!
Aku: Hah? Tahniah apa ni?
Ayah: Tahniah adik! Adik dapat PERMATApintar.
Aku: Sekolah PERMATApintar?
Ayah: Ha. (Ya)
Aku: Alaaa! *dengan penuh kecewa*

Pada awalnya, aku memang terus memilih untuk stay di Al-Irshad. Namun, apabila masa terus berjalan selagi belum tiba tarikh akhir penghantaran borang ke Quad-P, aku mula teringin untuk ke Quad-P, sehinggalah perasaan itu naik menjadi 50%. Berdirilah perasaan itu sama tinggi dengan perasaanku terhadap Al-Irshad. Emosiku mula tidak stabil. Dan masa itulah, bermulanya~ DILEMA.

Aku mengikut saranan kawanku untuk mengerjakan solat istikharah. Aku pun tunaikan, tidak mendapat sebarang petunjuk. Aku meneruskan sehingga 3 atau 4 kali. Alhamdulillah, sebaik sahaja aku membuat keputusan untuk menolak tawaran ke Quad-P atas dasar gerak hatiku yang amat merunsingkan bagiku, hati yang tadi begitu kacau bilau, terus aman bagaikan taman berhujankan rahmat. Pada awalnya, aku ingatkan perasaan sedemikian hanyalah semata-mata kerana berjaya mengelakkan diri daripada terus dilema. Bulan demi bulan, aku merasakan ketenangan, merasa bersyukur dapat terus bersama Al-Irshad, mengingatkanku terhadap peristiwa dilema itu. Baruku tau, istikharahlah penentu yang terbaik. : )

Selepas aku memilih untuk menetap di Al-Irshad, tanpa disangka-sangka, kawan baik aku, Hanis Nurliyana, pindah ke KISAS. Dia sendiri pun tak sangka akan dapat KISAS, sekolah yang diimpikannya sejak Form 1 lagi menurut seorang kawan aku ni. Aku dan Hamizah, kami sedih sama-sama. Air ligat memenuhi kolam mataku sehingga melimpah ruah. Namun Fatin Najwa pesan kat aku, kalau aku sedih, nanti Hanis pun sedih. So, aku kena gembira di hadapannya. : ) Jamuan perpisahan, serius sangat menyedihkan! Apabila otakku berperanan sebagai CD Jamuan Perpisahan, sungguh air mataku tak jemu-jemu berjujuhan tali-temali!

Namun aku baru tau, ukhuwah itu, selagi kedua-dua manusia itu masih berpegang kepada ukhuwah atas dasar taqwa, apabila makin jauh jarak mereka, makin teguhlah tali ukhuwah itu. Perpisahan, rupa2nya meneguhkan tali ukhuwah yang terbina atas dasar taqwa, insyaAllah. Aku dan Hanis makin rapat selepas perpisahan itu. : D Walaupun cuti ni agak jarang berchat, dia buat homework barangkali. : )

Kepimpinan? Aku sangat bersyukur untuk terpilih ke Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA 2013. Aku banyak belajar tentang kepimpinan kat sana. Aku tak hanya belajar daripada pengisiannya sahaja, malah daripada kemenjadian peserta2 daripada sekolah lain juga! Tengok kepimpinan depa, MasyaAllah. Tanya saja siapa nak jadi penghulu, penghuluwati, ramai yang angkat tangan laju2! Tanya sapa nak jadi imam, berduyun-duyun depa ke depan nak tulis nama! MasyaAllah! Aku terus belajar erti kepimpinan apabila aku diberi AMANAH *seram* sebagai AJK Aspuri sesi 13/14 (Biro Disiplin). Allah, Allah, Allah~ Biro DISIPLIN? Kinda scared, right? Aku teruskan menimba ilmu kepimpinan apabila menghadiri Daurah Nuqaba' untuk para naqib dan naqibah. Rasa beruntung sangat2 bila sekarang ni ada Pencetus Ummah, memberi ilham untuk menjadi naqibah tahun depan. Bolehka? InsyaAllah : )

Tahun ini jugaklah aku berpeluang merasa kemanisan dakwah, salah satu tali ukhuwahku putus dihiris salah faham oleh kawanku. Ya, hakikat zahirnya sememangnya pahit. Namun pada hakikat batinnya, ia sesuatu yang sangat manis dan aku rasa sangat beruntung untuk merasainya! : D Hakikat batin itu dapat difahami apabila kita benar2 memahami konsep dakwah tu sendiri. Seriously my kiddies. Eheh.

Aku pun baru sedar bahawa ilmu itu sangat penting untuk kita bekalkan dalam diri. Aku mula sedar tentang itu apabila aku membaca novel Untuk Kita Pendosa karya Hilal Asyraf. Aku baru sedar bahawa selama ini aku biarkan sahaja ilmu berkeliaran di sekeliling aku. Aku tak kaut pun selama ni! : ( Imam As-Syafie kata, Sibukkanlah nafsumu dengan kebaikan atau nafsumu akan sibukkan anda dengan kejahatan. Kawan, andai aku jatuh, sukanya aku untuk hangpa hulurkan tangan hangpa balik. : )

Aku beruntung sangat2 dapat duduk kat dorm Sarah, sebab dapat kenal perangai kawan2 aku yang sebenar, baik sangat. Depa tak sedar, tapi mata hati aku nampak. : ) Aku pun dapat jumpa adik2 dorm aku yang baik dan memang hormat senior. Aku sayang depa semua sangat2! Entahlah depa akan baca ke tak, aku tak kisah. Moga Allah jaga ukhuwah antara kami semua. Aamiin. Aku pun bersyukur dapat duduk kelas 4 Ibnu Khaldun. Ya, walaupun amat tersiksa mendengar markah TINGGI2 daripada kawan2 yang lain, tapi, daripada depa yang pandai2 tu la aku berminat nak belajar terutama sekali subjek BI. Mana taknya, ada yang speaking lancar sangat macam cakap BM, ada yang slang dia, wow! Memang macam orang putih! >_< Aku memang cepat kagum dengan hal-hal macam ni. =_=" Ok what? : D Paling penting, aku jumpa kawan yang ciri2 hampir sama dengan aku, Siti Aminah~~ Nota satu kaler, suka math, addmath & barab, tak boleh pi untuk BIO hahaha. Namun, still ada perbezaan, kaler PINK. Dia tak suka, aku SUKA SANGAT~ >_<

Okay la, masa terhad actually. Apa2pun, aku bersyukur sangat2 sebab Allah beri aku kesempatan untuk post luahan hati tahun ni. Jazakumullahu khair sebab sudi baca, then jazakillahu khair Syazwani Syaza!! Here you are, this post! Hope this'll entertain you. : )

Monday, December 31, 2012

Luahan Hati 2012

Assalamualaikum. Hari ni, hari terakhir bagi tahun 2012. Tak banyak benda yang aku mampu taipkan kat sini, sebab mostly memori sudah berjela di pelusuk minda. Dan kebanyakan memori di situ x dapat kuterjemahkan dengan kata2.

Tahun ni, di SMKA Al-Irshad, aku menuntut ilmu di kelas 3 Al-Razi. Kelas ni banyak budak baik, Alhamdulillah, senang hati aku berada kat kelas ni. Sekali lagi aku menjadi Penolong Ketua Kelas, sememangnya lebih mencabar untuk tahun ni. Walaupun kebanyakan rakan sekelas diam2 orangnya, tapi bila buat pembentangan tu, ha~ Hingaq habis bak kata orang utara! Kenangan yang~ bukan nak kata pahit, tapi agak embarassing? *boleh la tu*, ialah semasa camping dekat Bendang Man. *Shhhh~ xyah cerita la. Panjang sangat. *ya ka? *

Syukur Alhamdulillah, Allah al-Khaliq telah ciptakan untukku sebuah memori yang sangat indah. Memori di PPCS 2012, daripada naik bas sampailah habis program. Kepada yg bergurau senda sama2 dalam bas tu; Kamaliah, Shyarin, Shasha, Hidayah, mesti ingat lagi waktu naik bas tu, "PIN PIN! PIN PIN!" Hahaha, sungguh, memang hingaq! Dan masa tengok DVD kumpulan Khalifah tu, lagu2 dia, serius, memang pelik2.

Greentech! Pekena TOPUP sat? HAHA. "G-Tech in~ TOPUP!". Sungguh, banyak benda yang aku belajar sepanjang aku jadi pelajar Greentech 2012 ni selain mendengar deraian tawa dan turut menghasilkan melodi tawa tu sendiri . Apa yang aku niatkan, dapat jugak kucapai. Jujurly *pinjam ayat kawan sat*, adakalanya aku tergelak sorang2 bila teringat memori ni. Paling tidak pun senyum sorang2. X payah teringat, memori ni berlegar di minda dengan sukarela. Xkan lupa insan2 ini; Miss Fathirah, Miss Fa, Sir Taufiq, Sir Izzat, Abang Fet, Kak Cah, kawan2 TH1 dgn TH2 .

Gambar ni, aku letak kat BESTA aku. Jadi, jangan hairan la pulak bila tengok ada prkataan BESTA kat atas gambar ni.

Kepada semua yang mengenali diri ini, minta maaf sangat kalau ada terkasar dari segi percakapan dan perbuatan. Dan minta maaf jugak, sebab post luahan tahun ni pendek ja. Esok dah kena pulang ke asrama~ *ada nada happy x?*

Sekian untuk tahun ini

*macam ni ea post yg ditaip dalam kekalutan?*

Saturday, December 31, 2011

Luahan Hati 2011..

Assalamualaikum .

Hari ni merupakan post yg terakhir pada tahun 2011 . Ya , aku turut mengatakan hal yg sama , seperti hati anda yg baru saja berbicara tadi , "sekejapnya 2011 tiba di penghujungnya ~" , biarpun x sama caraku ungkapkannya , namun tetap sama jugakan maksudnya? Apa2 jea la .  

         Tahun ni merupakan dunia keduaku di SMKA Al-Irshad . Alhamdulillah , sekarang dah jinak dah di sekolah menengah . Namun , sekolah rendah + (kawan2 + guru2) di sana = x pernah lupa , insyaALLAH [selesaikan yg bracket dulu , ingat BODMAS .] Haha , masuk math pulak dah . 

2 Al-Razi

Seperti yg IRSHADIANs tau , aku pelajar kelas 2 Al-Razi atau lebih mesra dgn 2AR . Serius , kelas 2AR sgt best ! Banyak sgt kenangan manis kt kelas ni walaupun ada juga sebutir kenangan pahit . Tapi , disebabkan kenangan manis banyak sgt , sebutir kenangan pahit tu x dpt dimuatkan lagi ke dalam poket memori .  Banyak jugak benda yg aku pelajari sepanjang jadi pelajar 2AR , pasal amanah , erti persahabatan , kesabaran , macam2 lah . Terima kasih buat semua yg sekelas dgn aku sbb ajar aku semua ni . Aku x pernah pun lagi kawan dgn semua budak perempuan yg sekelas dgn aku sampai aku dok kelas 2AR . Serius , mmg best kalau berbaik dgn semua orang kt kelas sendiri . Harap2 , aku dpt wat mcm tu jugak dkat kelas tahun depan , 3 Al-Razi .
 

         Salah satu peristiwa menarik kat kelas aku ialah waktu Pendidikan Islam . Yeah , sejak nak dekat PAT , Ustazah Murni bagi worksheet utk kami semua wat latihan . Lepas buat , bincang jawapan . Waktu nak bincang tu la , berebut-rebut orang angkat tangan . Kadang2 aku join sekali . Ada sekali tu , aku pegang pen . Tiba2 , ustazah bagi isyarat utk kami semua angkat tangan . " 123 !" Semua angkat tangan . Aku yg x sedar yg aku pegang pen pun TERangkat tangan sekali , lalu melambung pen tu ke depan . Aku dan orang lain yg nmpak pun terkejut termasuk ustazah . Ustazah pun tanya , "Pen siapa yg melambung ni?" Aku cegar ==" Lalu ustazah bagi pen aku dkat ownernya (aku la) . Terima kasih ustazah ! Lepas habis subjek PI , ada sorang tu mengejek aku psal pen melambung tu pastu tanya aku , mcam mana pen tu boleh melambung . Adess ~ 

Dorm Sumaiyah 

Dorm Sumaiyah , mmg bestlah ! Sporting , prihatin , lawak , loyaq (haha! men2 ja) , mcam2 lagi . Form 2 , drp banyak ni : aku , Nurhani , Anis Zulaikha , Naiematul , Syafia , Iman Iffah ; hinggalah tinggal kami bertiga : aku , Nurhani & Anis Zulaikha . Naiemah , selalu sembang dgn aku . Hani + Anis = gandingan yg menarik sekali . Suka sgt ! Kak Asma , selalu datang sembang dgn kami , para form 2 . Kak Anis Marhaini pun selalu datang sembang , tapi kadang2 jea . Kak Hana , pretty good looking (ya) , garang (x perlu kata apa2) , baeeek (yes !) . [Hani , hg x marah kan ?] Kak Nani dan kak Ifah , comel . Kak Maziah , baik , selalu menyokong kami utk martabatkan bahasa baku (haha!) . Dan yg pasti , kak2 dorm Sumaiyah sentiasa mmberi tazkirah (peringatan) tatkala kami para form 2 ni terlupa . Kadang2 , aku nak tidoq pun xleh sbb xnak ketinggalan lawak Hani + Anis . Ha ! Satu perkara yg mmg x dpt dilupakan , LIPAS ! Kalau dengar suara dari kak2 ke , kawan2 ke , itu tandanya kena capai penyapu . "Kak Anis & kak Hana , katak tu comel kan?" (Haha!) Terima kasih wat semua ahli dorm Sumaiyah sbb menjadikan kenangan di dorm Sumaiyah sgt berharga ! Hani , aku rindu bunyi kambing hg . Tahun depan wat lagi ya .


Adik2 berdah group 4 + kakak2nya (haha)

Buat adik2 ,

"Hai adik2 ! Kita bertemu lagi dalam berita adik !" Iklan dah abis . Sekarang kita masih bersama-sama dlm Nadiah Ada Class (haha !) . Seronok mengajaq hgpa semua ; Fara , Fatini Insyirah a.k.a Fia , Ain Nasuha , Najibah , Atikah , Iffah , Sadina , Syafiqah , Diana , Ayuni , Fatihatul & Insyirah . Macam2 kerenah la hgpa semua ni .  Tapi sori la , sbb kami ni bukan pandai ajaq sgt pun mcm kak2 laen . Apa2pun , hgpa semua mmg cantik waktu nak wat persembahan berdah tu , pandai kak2 (selain kami) wat design . Tahniah sgt2 wat hgpa sbb dpt no. 2 dlm berdah 2011 . Betul kata kak2 form 3 masa tahun lepas , "mungkin tahun depan adik2 hgpa yg menang ka."

Buat kakak2nya ,

Terima kasih sgt2 sbb tolong ajaq depa sekali dgn penuh semangat . Aku pun kalah dgn hgpa ; Hanifa , Alia , Shamirah , Shazafiqah , Nurizzati a.k.a Kak Bet , Adhwa , Shaza Diana , Hana , Aqilah , Farah Najwa . Berkat selawat tafrijiyah + doa yg kita baca + kesatuan hati antara kita & adik2 kita = kejayaan berpihak kpd kita . Lawak kot baca komen depa kat kita . Haha .

IRSHADIAN 1014

X kiralah gender apapun anda , terima kasih sbb post bahan2 ilmiah & gambaq2 lawak kat situ . Aku banyak belajar daripada group ni . Teruskan mengepost ilmu dan mnda lawak kt group tu ya . Minta maaf sgt2 kalau apa yg aku post selama ni x patut utk dipost . Kalau anda kata patut , terima kasih sekali lagi (merepek dah!) . Kepada sesiapa yg rasa terganggu dgn chat IRSHADIAN 1014 waktu aku dok chat kt situ , minta maaf ya . Buat siapa2 yg x berapa kenal aku dan melihat perangai pelik aku secara tiba2 , minta maaf ya . Khemah ibadah , sgt best dan mmg memberi mesej kat aku . Irshadians yg lain? Harap mmberi mesej jugak wat hgpa semua bila hgpa semua cuba mengimbau kembali khemah ibadah tu .

Aspuri form 2 + form 4

Teringat lagi waktu usrah terakhir . Usrah yg sebelum2 ni pun ingat jugak . Lolipop dah abis (haha!) . Bila ada usrah tu , rasa macam hubungan antara form 2 aspuri rapat sgt ! Rasa dekat sgt dengan Allah bila ada satu usrah tu , alunan zikir drp kak2 sebagai latar belakang , dan kak Maziah bermuhasabah diri bersama kami para form 2 aspuri . Kami harap sgt , agar kak2 terus jaga kami , even secara x langsung .

Group nasyid SMAI

Nasyid , pertama kali aku masuk . Dan kali pertama jugaklah aku masuk pertandingan smpai ke peringkat kebangsaan . Serius , aku belajaq macam2 drp nasyid . "Nasyid , bukan sekadar rupa" (itu Vokal) . Kak Aina , kak Syahidah , kak Sufi , kak Ain , kak Hana , kak Echa , kak Zarith , kak Syuk , kak Athirah , kami nak minta maaf sgt2 sepanjang kami brlatih nasyid dgn hgpa . Ustazah Aeida , terima kasih sgt2 sbb ajaq kami semua ahli nasyid . Andai ustazah dpt baca , wow ! Hepinya~ Dan kak Echa , terima kasih sgt2 sbb ajaq kami pasal harmoni . Alhamdulillah , skrg dpt wat harmoni better , walaupun x better sepenuhnya .

Kepada semua yg ada kaitan dgn post di atas + orang yg mengenali aku (walaupun x dak kaitan dgn di atas) , minta maaf , minta maaf , dan minta maaf sgt2 atas segalanya ! Last but not least , terima kasih , terima kasih , dan terima kasih atas segalanya !

Sekian pada tahun 2011 ~

Saturday, January 1, 2011

Luahan Hati 2010..

Assalamualaikum semua.....

Buka mata anda seluas-luasnya..... Eh, eh ! Beberapa minit lagi nak tahun baru la ! Sungguh cepat derap langkah 2010 ingin meninggalkan kita tanpa kita sedari ! Sedih la jugak ! Fuh... Bila wat entri psal ni, teringat pulak entri tahun lepas. Nak tengok? Lompat sini !
           Ni baru je lepas gosok baju ! Nasib baik sempat jugak wat entri yang terakhir pada tahun 2010 ! Hmmm... Apa yang aku nak luahkan ya pasal tahun 2010 ni??
            Tahun ni, duniaku berpindah ke SMKA Al-Irshad. Bukan lagi di SK Machang Bubok II. Walau bagaimanapun, SKMBII tetap tersemat di hati ! Err.. berbalik kepada cerita tadi, kawan2 di sekolahku sekarang ni ok2 je. Baik2 semua. :) Kawan sebelah meja, kawan belakang meja, semua ok je ! Kawan sebelah meja ! Hmmm... Wani, ooo wani.. Seorang yg agak kasar tetapi BAIK dan LUCU ! I like ! Duduk sebelah dia memang boleh jadi GILA ! :D *Jangan marah ya.. Dia bendahari di kelasku tercinta, 1 Al-Razi. Dia umpama "along" di kelas aku. Haha ! Dia mmg bendahari yg RESPONSIBLE !
             Belakang meja, YA ! Hamizah dan Ida ! Sahabat kiut aku ! Mizah, seorang yg pandai. Memang pandai dia ni. Walaupun pandai, attitude dia lebih kurang je dgn attitude murid lain ! *Bukan jahat, ok? Ida pulak, hmmm... aku selalu ejek dia "Wassini" sebab nama dia Wahidah ! Hehe ! *Jahat jugak aku ni.. Yg ni je la antara kawan2 aku kat sekolah.
             Asrama, hmmm... mula2 tu, rasa macam nak keluar pun ada. Tapi, bila dah lama stay kat asrama tu, rasa macam sayang pulak nak tinggalkan asrama. Lagipun, ada kak form 2 prnah kata, "Jangan keluar asrama, nnti ampa rugi kalau ampa kluar", lebih kurang mcam tu la ayat dia. :D Best la duduk asrama, apatah lagi, kami berUSRAH bersama kak2 form 5 ! Sungguh menyedarkan diri ! Rindu la saat2 tu.... KAK FORM 5, MISS U !
              Rasanya pasal sekolah sudah abis. Kali ni tentang prog. PERMATApintar Negara 2010 pula ! Erm... Kalau dari segi peraturan, agak ketat berbanding tahun lepas. Walaupun begitu, prog. tu tetap best ! Teringat pulak saat2 ketika prep malam, belajar, sukan, x ingat sgt kot, x minat la. Hehee. Kesenian, ingat la jugak ! Hampir setiap malam, aku bergelak ketawa dgn Mawaddah & Izza, walaupun depa bukan roomate aku. :D Best la depa ni ! Sayang ampa ! Ingat lagi waktu aku masuk dikir timur utk Talentime hari tu.. Best lorh ! Tapi, aku paling suka waktu pi Istana Budaya utk tonton prsembahan Anak2 Permata Seni ! Best sangat ! Balik pukul 12 tuh ! Hee.
             Ok, tak mau banyak cerita, aku akan terus ke hari yg paling best dalam tahun ni. Aku paling suka hari... hari apa ya. Aku dah x ingat, yg aku tau, waktu tu kita semua tgh cuti raya Aidilfitri seminggu. Hari tu, aku pi beraya kat Taman Seri Janggus iaitu tmpat tinggal antara kawan2 SKMBII aku. Ada kawan aku jemput. Bila dah sampai sana,, rasa mcam mimpi pulak. Ya la, x pernah trfikir langsung dapat jumpa semula kawan2 lama even hanya seketika. Memang best moment la !
            Err... tampaknya, setakat ni je la luahanku tentang 2010 ni.. Aku ingin ucapkan..

           Selamat tinggal 2010...
                        Hello 2011.........

Salam semua ! Have a !

Friday, January 1, 2010

Luahan Hati 2009..

Assalamualaikum..

Hai, sekejapnya tahun 2009 dah nak habis. Bak kata addah97, 2010 just around the corner. Macam2 yg berlaku sepanjang tahun 2009 ni. Ada suka, ada duka, ada sakit, ada sihat, ada2 jelah.
           Sepanjang tahun ni, banyak kenangan manis yg aku dpt terutamanya di sekolah dan semasa Prog. PERMATApintar negara di UKM. Nak dikatakan, di sek. yg paling bnyk kenangan manis, terutamanya apabila bersama-sama dgn kawan2 di sekolah, iaitu di SK Machang Bubok II.
           Di sekolah, kawan2ku suka wat lawak. X kira la waktu apa pun, lawak tetap ada. Aku pergi sekolah, kalau x gelak, x sah. Dalam bnyak2 bulan, bagiku bulan 8 dan 11 la yg best. Bulan 8 (klau x silap), cikgu mengubah tempat kami, murid2 kelas 6 Aman, mengikut keputusan peperiksaan Percubaan UPSR. Aku mendapat nombor 1 dlam periksa tersebut,jadi aku prlu duduk di hadapan sekali. Kawanku, Ummi, dapat nombor 2, jadi dia kena duduk di sebelah kananku. Amirul Hidayat, dpt no. 3. So, tempatnya di belakang aku. Fatin Nabila, dpt no. 4. Oleh itu, dia perlu duduk di sebelah kanan Hidayat.
           Sejak itu, hari2 aku gelak. Terutamanya bila tengok Hidayat ngan Fatin bergaduh. Kata Fatin kpdaku, x selamat duduk ngan Hidayat. Haha! Aku dan Ummi hnya memerhati tingkah laku mereka dan gelak. Hidayat tu pun mmg suka buat lawak. Apalagi dgn perangai kebudak-budakkan dia tu, mmg buat org gelak.. (Hihi, mintak2 la Hidayat x baca..)
           Bulan 11 iaitu tanggal 19/11/2009, hari yg paling berdebar bagi semua murid tahun 6 2009. Sbb apa, ya? Sbb, hari tu la murid2 tahun 6 dpt tahu kputusan UPSR 2009. Macam mana dgn aku ya waktu tu? Aku, adoyai, berdebar habis. Smpai nak demam dibuatnya. Walaupun semua kawanku mengatakan bhawa aku akan mndapat 5A dlam UPSR.
           "Ok, sekarang pelajar perempuan pulak. Pelajar yg pertama, adik Nur Nadiah Nadhirah binti Zainol." Aku apa lagi, terkezut la. Waktu tu, aku btul2 x sangka yg aku akan dpt 5A. Sbb aku rasa soalan BM Pemahaman susah2 belaka.. Berbalik kpd cita tadi, kalimah "Alhamdulillah" ku lafazkan sebagai tanda syukurku kpd Yang Maha Kuasa. Aku terus naik ke pentas lalu bersalaman dgn Guru Besar sekolahku. Beliau memberi sejambak bunga kpdaku, mengucapkan tahniah lalu mencium pipiku. Hatiku menjadi sebak. Aku pun pergi ke pelajar2 lain yg mendapat 5A dlam UPSR. Beberapa lama kmudian, hatiku x dpt menahan sebak lagi. Air mata mula membasahi pipi. Ummi cuba memujuk diriku yg teresak-esak itu. Smpai skarg, aku masih lagi ingat bagaimana perasaanku waktu itu. Pelajar2 SKMB II yg mndapat 5A dlm UPSR ialah Aidil Fariz, Fadzlun, Daniel, Amirul Hidayat, Syazan, Nur Nadiah Nadhirah (aku), Ummi Nadiah, Ashwinie dan Siti Badrul Munirah.
           Ha, skarg ni nak cita psal kenanganku semasa Prog. PERMATApintar Negara pulak. Semasa di sana, aku mula berkawan dgn Fatin Nadhirah, roomate aku. Bila dah kenal semua rakan sekelas (Robotik 3/RO3), Fatin mula rapat dgn orang lain. Aku pula tiada partner utk jalan bersama-sama. Suatu hari, Mawaddah, slh seorang drpd classmateku, partnernya x hadir sbb demam. Dia pun mngajakku utk berjalan dgnnya. Stlah bersembang dan bergelak ketawa, kami mula rapat dan akhirnya, dia pun menjadi salah seorang drpd best friend aku di sana. Waktu malam, aku, Fatin dan Syuhada a.k.a. Shada (jiran sebelah bilik), membuat band dalam bilik aku dan Fatin. Macam2 lagu yg kami nyanyi. Syok btullah waktu tu.
          Sbenarnya, bnyak lagi yg aku nak cerita kpd anda semua. Tetapi, smpai di sini saja la yg aku dpt ceritakan kpd anda. Buat semua yg membaca luahan hatiku ini, salah dan silapku harap dimaafi..

Oklah, memandangkan jam hmpir pkul 12.00 tgh malam, aku nak ucapkan..

Goodbye 2009..
               Hello 2010!!