Monday, February 4, 2019

Kental

'Hmm dah setengah tahun aku guna pan ni, elok ja lagi dia sampai sekarang,' detik Nada Arifah dalam hati sambil mencuci kuali merah jambunya dengan girang.

Setelah membersihkan kualinya, dia teringat akan sesuatu sambil menutup air paip.

'Memang benar telahanku, siapa kata warna merah jambu hanyalah kelembutan yang takkan kental? Lihat saja pan aku ini, walaupun telah berkhidmat untuk pelbagai jenis masakan, walaupun berkali-kali dipanaskan dan diketuk bertalu-talu, kualiku masih teguh untuk terus berfungsi. Tanggapanku bahawa pan merah jambu ini hanya sesuai untuk masakan yang ringan sahaja adalah salah sama sekali.

Aku yang berkali-kali 'dipanaskan dan diketuk bertalu-talu' oleh dentuman dugaan ini, harus menjadi seperti pan aku! Nampak lembut di luar, tapi kental dalamannya.

Tidak perlu mengubah identiti, selagi identiti itu tidak menjejaskan kekuatan fizikal dan mental seseorang individu. Malahan, warna-warni identiti inilah yang menjadikan manusia itu unik!'

Nada Arifah pun menggantung kuali merah jambunya sebelum berlalu dari dapur.