Monday, December 31, 2012

Luahan Hati 2012

Assalamualaikum. Hari ni, hari terakhir bagi tahun 2012. Tak banyak benda yang aku mampu taipkan kat sini, sebab mostly memori sudah berjela di pelusuk minda. Dan kebanyakan memori di situ x dapat kuterjemahkan dengan kata2.

Tahun ni, di SMKA Al-Irshad, aku menuntut ilmu di kelas 3 Al-Razi. Kelas ni banyak budak baik, Alhamdulillah, senang hati aku berada kat kelas ni. Sekali lagi aku menjadi Penolong Ketua Kelas, sememangnya lebih mencabar untuk tahun ni. Walaupun kebanyakan rakan sekelas diam2 orangnya, tapi bila buat pembentangan tu, ha~ Hingaq habis bak kata orang utara! Kenangan yang~ bukan nak kata pahit, tapi agak embarassing? *boleh la tu*, ialah semasa camping dekat Bendang Man. *Shhhh~ xyah cerita la. Panjang sangat. *ya ka? *

Syukur Alhamdulillah, Allah al-Khaliq telah ciptakan untukku sebuah memori yang sangat indah. Memori di PPCS 2012, daripada naik bas sampailah habis program. Kepada yg bergurau senda sama2 dalam bas tu; Kamaliah, Shyarin, Shasha, Hidayah, mesti ingat lagi waktu naik bas tu, "PIN PIN! PIN PIN!" Hahaha, sungguh, memang hingaq! Dan masa tengok DVD kumpulan Khalifah tu, lagu2 dia, serius, memang pelik2.

Greentech! Pekena TOPUP sat? HAHA. "G-Tech in~ TOPUP!". Sungguh, banyak benda yang aku belajar sepanjang aku jadi pelajar Greentech 2012 ni selain mendengar deraian tawa dan turut menghasilkan melodi tawa tu sendiri . Apa yang aku niatkan, dapat jugak kucapai. Jujurly *pinjam ayat kawan sat*, adakalanya aku tergelak sorang2 bila teringat memori ni. Paling tidak pun senyum sorang2. X payah teringat, memori ni berlegar di minda dengan sukarela. Xkan lupa insan2 ini; Miss Fathirah, Miss Fa, Sir Taufiq, Sir Izzat, Abang Fet, Kak Cah, kawan2 TH1 dgn TH2 .

Gambar ni, aku letak kat BESTA aku. Jadi, jangan hairan la pulak bila tengok ada prkataan BESTA kat atas gambar ni.

Kepada semua yang mengenali diri ini, minta maaf sangat kalau ada terkasar dari segi percakapan dan perbuatan. Dan minta maaf jugak, sebab post luahan tahun ni pendek ja. Esok dah kena pulang ke asrama~ *ada nada happy x?*

Sekian untuk tahun ini

*macam ni ea post yg ditaip dalam kekalutan?*

No comments:

Post a Comment

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.