Tuesday, January 10, 2017

Interview Medic USIM 2016

**KEMASKINI (1 April 2018): Saya dimaklumkan bahawa interview Medic USIM dah ada perubahan mulai batch Tamhidi 17/18, jadi kalau adik-adik nak refer jugak dekat blog ni, mungkin boleh tengok dari segi bentuk soalan sajalah kot. Terima kasih.

**POST ASAL:

Assalamualaikum.


Keputusan kursus Ijazah Sarjana Muda

Okey, disebabkan dah berjanji dengan diri sendiri yang aku akan share kat sini pasai interview medic bila dah dapat tau kursus degree dan lulus temuduga medic, hari ni aku nak kongsi dengan hgpa semua pasai interview medic USIM 2016. Perlu diingatkan, post ni hanya untuk pelajar TAMHIDI SAHAJA kerana medic USIM tidak menerima pelajar asasi dari universiti lain dan juga pelajar matrik, STPM, STAM, diploma dan sebagainya. Mintak maaf banyak-banyak naa.

Ermm nak mula dari mana ya, hahaha.

Syarat untuk layak ditemuduga + kemasukan ke Sarjana Muda Perubatan USIM

Ha! Mula2 sekali, mestilah kena tau dulu syarat-syarat untuk layak ke medic USIM. Aku tau hgpa mesti dah didedahkan dengan syarat ni masa orientasi tamhidi dulu kan? Tapi takpa, tengok balik ja kat link ni kalau dah terlupa: http://fpsk.usim.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=73&Itemid=279&lang=en

Syarat tambahan untuk layak ditemuduga ialah hgpa kena letakkan kursus medic sebagai PILIHAN PERTAMA dalam senarai pilihan kursus degree, yang ini hgpa akan isi secara online di akhir Sem 2 nanti insyaAllah. Dan masa Sem 2 nanti pun akan ada taklimat dekan yang akan ceritakan balik syarat-syarat ni semua.

Temuduga

Masa aku dulu (dan senior2 sebelum ni jugak), temuduga ni diadakan di USIM Kampus Pandan Indah, KL. Seramai 90 orang yang dipanggil untuk ditemuduga medic, dan 88 sahaja yang hadir. Daripada 88 pelajar, 1 pelajar daripada Tamhidi Pergigian, 7 pelajar daripada Tamhidi Sains & Teknologi dan selebihnya daripada Tamhidi Perubatan. By the way, aku daripada kalangan yang 7 orang tu. Senyum.

Temuduga medic terbahagi kepada 2 bentuk: Temuduga dan ujian bertulis.

Mula2 sekali, kesemua 88 orang tu diminta untuk berkumpul di dewan yang ditetapkan seperti yang tertera di surat tawaran. Masa ni, urusetia akan check kehadiran sekaligus bagi nombor kat kita, yang mana sepanjang temuduga tu urusetia-urusetia yang lain akan panggil kita guna nombor tu ja. Dia macam berfungsi sebagai pengganti nama kita la haa. Jadi kena alert dan dengar betul-betul dan catat bila urusetia bagitau nombor. Lepas tu, urusetia akan bahagikan 88 pelajar ni kepada 3 kumpulan besar. Dan bergeraklah kami ke tempat temuduga mengikut kumpulan masing-masing.

Tanpa diduga (tapi sebenarnya terdetik jugak kat hati ni), nombor aku ialah nombor yang pertama sekali dipanggil untuk ditemuduga, diikuti dengan 2 nombor pelajar lain. Dengan perasaan separa terkejut, aku bangun lalu melangkah keluar dengan gaya acah-acah yakin bersama lagi 2 orang pelajar lelaki.

Di bilik temuduga, ada dua orang penemuduga, kedua-duanya pensyarah USIM Pandan Indah. Seorang pensyarah pelajar pra-klinikal subjek Fisiologi, dan seorang lagi pensyarah pelajar klinikal. 3 kerusi tersusun kemas di hadapan mereka, aku dan 2 pelajar lelaki itu duduk kat situ setelah menyerahkan resume dan fail yang berisi sijil-sijil di atas meja.

Dan, di bawah ni ialah soalan-soalan yang diajukan kepada kami bertiga:


1. Tell me about yourself.
2. What was your last school?
3. Can you speak Penang? (HAHAHA soalan ni berdasarkan soalan 1st tadi. Orang lain dapat soalan lain.)
4. Kebanyakan student medic ni bila dah sampai ke pertengahan, diorang dah mula lemah semangat. Apa pendapat awak dan mcm mana nak selesaikan problem macam ni?
5. Let's say your lecturer was angry at you during lecture or what so ever. Will you release your anger at facebook?
6. How many siblings do you have?
7. Do you have any siblings who already get married? Imagine that you are a second year medical student, and one of your siblings will have his/her wedding ceremony. Which do you choose, attending class or attending wedding ceremony? (Sungguh ni memang soalan killer!)
8. What is your CGPA?


Pendapat hgpa tentang soalan-soalan di atas? HAHA, ada yang dapat lagi killer, dapat soalan pasai vaksin ka diabetes entah, tapi tu dengan penemuduga lainlah.

Ujian bertulis

Selepas rehat seketika setelah masing-masing sudah selesai ditemuduga, semua pelajar bergerak ke dewan peperiksaan di tingkat 11 untuk ujian bertulis. Soalannya semua objektif, 30 soalan. MasyaAllah, kebanyakan soalan dalam ujian tu memang degree punya silibus, mujurlah ada jugak sebahagian pasai Biologi Tamhidi. Jawab atas kertas OMR. Bila berada dalam suasana ujian bertulis masa tu, tetiba hati ni menggetus, 'adakah aku bakal merasa suasana yang sama di tempat yang sama pada waktu yang akan datang?' You'll know what I mean.

Persediaan

1. Doa: Doa banyak-banyak. Lebih tinggi minat hgpa terhadap bidang perubatan, lebih tu la yang hgpa sepatutnya berdoa.

2. Usaha: Baca banyak-banyak bahan yang berkaitan dengan perubatan, macam Top 10 penyakit yang paling kerap membawa maut ka, pastu kaji satu-satu pasai setiap penyakit tu. Ini persediaan untuk ujian bertulis. Dan buat persediaan untuk temuduga jugak kalau perlu. Kalau anda semua jenis yang lagi suka be spontaneous bila kena interview macam aku, insyaAllah cukup sekadar wujudkan English surrounding dengan cara dengar lagu English dan dengar omputih speaking untuk mantapkan bahasa Inggeris, dan juga develop keyakinan banyak-banyak sebelum waktunya tiba. Eheh.

Ingat! Bila interviewer tanya kita dalam bahasa Inggeris, baru kita jawab dengan bahasa Inggeris. Kalau interviewer tanya dalam bahasa Melayu, jawab dengan bahasa Melayu, nanti 'lawan tokey' pulak kalau tetiba jawab dalam English. Tapi interview mostly memang dalam English. Pasal adab-adab temuduga, hgpa akan belajar masa sem 2 Tamhidi nanti dalam subjek English. Siap ada mock interview lagi ha!

3. Tawakkal: Hgpa dapat interview ka tak, ataupun hgpa pass interview ka tak, setiap daripada tu pasti ada hikmah yang Allah nak tunjukkan. Ingat, Allah Maha Mengetahui tentang diri kita berbanding kita sendiri.

Keputusan

Alhamdulillah, seramai 80 orang yang terpilih sebagai pelajar Sarjana Muda Perubatan & Surgeri (MBBS), seorang daripada Tamhidi Pergigian, 6 orang daripada Tamhidi Sains & Teknologi, dan selebihnya daripada Tamhidi Perubatan.

Sekian, dan selamat ditemuduga. :)

Teringin? Fokus untuk Sem 2 tamhidi sekarang! :D

14 comments:

  1. Tahniah nadiah..all the best in your life as medical student��

    ReplyDelete
  2. Hebat ar nadiah . Tahniah2 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Masehhh.

      'Sapa laa gerangan Dr. R ni hahaha.'

      Delete
  3. doakan sy sis
    sy kts 2 terigin gila medic hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah sis.
      Usaha dari sekarang nah!
      Kalau tetiba rasa malas nak belajaq, ingat medic, hikhik. 😀
      InsyaAllah masih ada peluang sem 2 ni!

      Btw, akak kts1. :)

      Delete
  4. Akak, kalau sem 1 pointer saya tak perform, ada harapan tak nak dipanggil untuk interview untuk medik ? Saya dari tamhidi medik gak huhu tapi pointer sem 1 tak berapa cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Interview medic dipanggil berdasarkan pointer keseluruhan. Kalau adnin rasa sem 1 adnin tak berapa perform, bersemangatlah untuk sem 2 pulak 😀. Ada ja student tamhidi dulu2 yang result tak cantik masa sem 1, tapi perform masa sem 2, then dapat atas 3.5 untuk keseluruhan.

      Doa banyak2, usaha banyak2, tawakkal sepenuhnya, Allah sentiasa aturkan jalan cerita yang terbaik buat adnin. :)

      Delete
  5. Cemerlang lah Nadiah,
    Kak Amalina Nudin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaahhh Kak Amalina Nudin laaa 😃😃😃 Alhamdulillah, kak Malin pun cemerlang jugak! Selamat bertugas sebagai HO tak lama lagi. 😆

      Delete
  6. Assalamualaikum kak,nak tanya.
    Buku2 utk student tamhidi semua sama ke? eventhough tamhidi lain2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Masa akak tamhidi dulu, memang guna buku yang sama, dan belajaq benda yang sama walaupun tamhidi lain-lain (medic, sains tech, dental). Sebab tu la pelajar tamhidi sains & dental pun boleh mohon degree medic kalau nak.

      InsyaAllah selagi tak berubah, buku-buku semua sama walaupun tamhidi lain-lain.

      Delete
  7. Salam akak.Nak tanya,medic dia pilih 100 org ke temuduga?Ke depend kepada berapa orang mintak untuk tahun tu?let say 200 layak untuk iv jadi dia panggil 200 jugaklh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam dik. Ya Allah mintak maaf sangat-sangat lambat balas, biasanya dapat emel bagitau ada orang komen kat blog, tapi kali ni tak dapat pulak emel. Ni pun akak check sendiri kat website blogger ni. Mintak maaf sangat-sangat.

      Sejujurnya, akak takdak jawapan yang betul-betul pasti untuk soalan adik ni. Tapi kalau ikut Dekan FPSK kata masa taklimat dulu, asalkan dia menepati kesemua syarat untuk mohon medic, memang pihak sana akan panggil. Kalau betullah macam ni, maknanya memang bergantung kepada berapa orang yang mintaklah.

      Dan bagi akak, possible jugak kalau ada 200 orang yang layak untuk interview, 200 orang tu jugaklah dia akan panggil. Sebab interview dental (waktu akak dulu) pun dia panggil 90 tapi nak pilih 35 ja.

      Itu sajalah jawapan akak. Harap membantu walaupun sikit. ☺

      Delete

Komen, jangan tak komen~ XD