Tuesday, January 10, 2017

Interview Medic USIM 2016

**KEMASKINI (8 Mei 2019): Link syarat kemasukan ke FPSK USIM dalam post ni dah dikemaskini. Disebabkan laman web fakulti pun dah dikemaskini, jadi link sebelum ni dah outdated. Terima kasih buat yang bertanya tentang syarat kemasukan. Doakan satu batch aku lulus 2nd pro exam (hiks).

**KEMASKINI (1 April 2018): Saya dimaklumkan bahawa interview Medic USIM dah ada perubahan mulai batch Tamhidi 17/18, jadi kalau adik-adik nak refer jugak dekat blog ni, mungkin boleh tengok dari segi bentuk soalan sajalah kot. Terima kasih.

**POST ASAL:

Assalamualaikum.


Keputusan kursus Ijazah Sarjana Muda

Okey, disebabkan dah berjanji dengan diri sendiri yang aku akan share kat sini pasai interview medic bila dah dapat tau kursus degree dan lulus temuduga medic, hari ni aku nak kongsi dengan hgpa semua pasai interview medic USIM 2016. Perlu diingatkan, post ni hanya untuk pelajar TAMHIDI SAHAJA kerana medic USIM tidak menerima pelajar asasi dari universiti lain dan juga pelajar matrik, STPM, STAM, diploma dan sebagainya. Mintak maaf banyak-banyak naa.

Ermm nak mula dari mana ya, hahaha.

Syarat untuk layak ditemuduga + kemasukan ke Sarjana Muda Perubatan USIM

Ha! Mula2 sekali, mestilah kena tau dulu syarat-syarat untuk layak ke medic USIM. Aku tau hgpa mesti dah didedahkan dengan syarat ni masa orientasi tamhidi dulu kan? Tapi takpa, tengok balik ja kat link ni kalau dah terlupa: http://fpsk.usim.edu.my/program-details/?pid=36 [lepas bukak link ni, klik kat "Admission Requirements (Tamhidi leavers)"]

Syarat tambahan untuk layak ditemuduga ialah hgpa kena letakkan kursus medic sebagai PILIHAN PERTAMA dalam senarai pilihan kursus degree, yang ini hgpa akan isi secara online di akhir Sem 2 nanti insyaAllah. Dan masa Sem 2 nanti pun akan ada taklimat dekan yang akan ceritakan balik syarat-syarat ni semua.

Temuduga

Masa aku dulu (dan senior2 sebelum ni jugak), temuduga ni diadakan di USIM Kampus Pandan Indah, KL. Seramai 90 orang yang dipanggil untuk ditemuduga medic, dan 88 sahaja yang hadir. Daripada 88 pelajar, 1 pelajar daripada Tamhidi Pergigian, 7 pelajar daripada Tamhidi Sains & Teknologi dan selebihnya daripada Tamhidi Perubatan. By the way, aku daripada kalangan yang 7 orang tu. Senyum.

Temuduga medic terbahagi kepada 2 bentuk: Temuduga dan ujian bertulis.

Mula2 sekali, kesemua 88 orang tu diminta untuk berkumpul di dewan yang ditetapkan seperti yang tertera di surat tawaran. Masa ni, urusetia akan check kehadiran sekaligus bagi nombor kat kita, yang mana sepanjang temuduga tu urusetia-urusetia yang lain akan panggil kita guna nombor tu ja. Dia macam berfungsi sebagai pengganti nama kita la haa. Jadi kena alert dan dengar betul-betul dan catat bila urusetia bagitau nombor. Lepas tu, urusetia akan bahagikan 88 pelajar ni kepada 3 kumpulan besar. Dan bergeraklah kami ke tempat temuduga mengikut kumpulan masing-masing.

Tanpa diduga (tapi sebenarnya terdetik jugak kat hati ni), nombor aku ialah nombor yang pertama sekali dipanggil untuk ditemuduga, diikuti dengan 2 nombor pelajar lain. Dengan perasaan separa terkejut, aku bangun lalu melangkah keluar dengan gaya acah-acah yakin bersama lagi 2 orang pelajar lelaki.

Di bilik temuduga, ada dua orang penemuduga, kedua-duanya pensyarah USIM Pandan Indah. Seorang pensyarah pelajar pra-klinikal subjek Fisiologi, dan seorang lagi pensyarah pelajar klinikal. 3 kerusi tersusun kemas di hadapan mereka, aku dan 2 pelajar lelaki itu duduk kat situ setelah menyerahkan resume dan fail yang berisi sijil-sijil di atas meja.

Dan, di bawah ni ialah soalan-soalan yang diajukan kepada kami bertiga:


1. Tell me about yourself.
2. What was your last school?
3. Can you speak Penang? (HAHAHA soalan ni berdasarkan soalan 1st tadi. Orang lain dapat soalan lain.)
4. Kebanyakan student medic ni bila dah sampai ke pertengahan, diorang dah mula lemah semangat. Apa pendapat awak dan mcm mana nak selesaikan problem macam ni?
5. Let's say your lecturer was angry at you during lecture or what so ever. Will you release your anger at facebook?
6. How many siblings do you have?
7. Do you have any siblings who already get married? Imagine that you are a second year medical student, and one of your siblings will have his/her wedding ceremony. Which do you choose, attending class or attending wedding ceremony? (Sungguh ni memang soalan killer!)
8. What is your CGPA?


Pendapat hgpa tentang soalan-soalan di atas? HAHA, ada yang dapat lagi killer, dapat soalan pasai vaksin ka diabetes entah, tapi tu dengan penemuduga lainlah.

Ujian bertulis

Selepas rehat seketika setelah masing-masing sudah selesai ditemuduga, semua pelajar bergerak ke dewan peperiksaan di tingkat 11 untuk ujian bertulis. Soalannya semua objektif, 30 soalan. MasyaAllah, kebanyakan soalan dalam ujian tu memang degree punya silibus, mujurlah ada jugak sebahagian pasai Biologi Tamhidi. Jawab atas kertas OMR. Bila berada dalam suasana ujian bertulis masa tu, tetiba hati ni menggetus, 'adakah aku bakal merasa suasana yang sama di tempat yang sama pada waktu yang akan datang?' You'll know what I mean.

Persediaan

1. Doa: Doa banyak-banyak. Lebih tinggi minat hgpa terhadap bidang perubatan, lebih tu la yang hgpa sepatutnya berdoa.

2. Usaha: Baca banyak-banyak bahan yang berkaitan dengan perubatan, macam Top 10 penyakit yang paling kerap membawa maut ka, pastu kaji satu-satu pasai setiap penyakit tu. Ini persediaan untuk ujian bertulis. Dan buat persediaan untuk temuduga jugak kalau perlu. Kalau anda semua jenis yang lagi suka be spontaneous bila kena interview macam aku, insyaAllah cukup sekadar wujudkan English surrounding dengan cara dengar lagu English dan dengar omputih speaking untuk mantapkan bahasa Inggeris, dan juga develop keyakinan banyak-banyak sebelum waktunya tiba. Eheh.

Ingat! Bila interviewer tanya kita dalam bahasa Inggeris, baru kita jawab dengan bahasa Inggeris. Kalau interviewer tanya dalam bahasa Melayu, jawab dengan bahasa Melayu, nanti 'lawan tokey' pulak kalau tetiba jawab dalam English. Tapi interview mostly memang dalam English. Pasal adab-adab temuduga, hgpa akan belajar masa sem 2 Tamhidi nanti dalam subjek English. Siap ada mock interview lagi ha!

3. Tawakkal: Hgpa dapat interview ka tak, ataupun hgpa pass interview ka tak, setiap daripada tu pasti ada hikmah yang Allah nak tunjukkan. Ingat, Allah Maha Mengetahui tentang diri kita berbanding kita sendiri.

Keputusan

Alhamdulillah, seramai 80 orang yang terpilih sebagai pelajar Sarjana Muda Perubatan & Surgeri (MBBS), seorang daripada Tamhidi Pergigian, 6 orang daripada Tamhidi Sains & Teknologi, dan selebihnya daripada Tamhidi Perubatan.

Sekian, dan selamat ditemuduga. :)

Teringin? Fokus untuk Sem 2 tamhidi sekarang! :D

34 comments:

  1. Tahniah nadiah..all the best in your life as medical student��

    ReplyDelete
  2. Hebat ar nadiah . Tahniah2 👍👍

    ReplyDelete
  3. doakan sy sis
    sy kts 2 terigin gila medic hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah sis.
      Usaha dari sekarang nah!
      Kalau tetiba rasa malas nak belajaq, ingat medic, hikhik. 😀
      InsyaAllah masih ada peluang sem 2 ni!

      Btw, akak kts1. :)

      Delete
  4. Akak, kalau sem 1 pointer saya tak perform, ada harapan tak nak dipanggil untuk interview untuk medik ? Saya dari tamhidi medik gak huhu tapi pointer sem 1 tak berapa cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Interview medic dipanggil berdasarkan pointer keseluruhan. Kalau adnin rasa sem 1 adnin tak berapa perform, bersemangatlah untuk sem 2 pulak 😀. Ada ja student tamhidi dulu2 yang result tak cantik masa sem 1, tapi perform masa sem 2, then dapat atas 3.5 untuk keseluruhan.

      Doa banyak2, usaha banyak2, tawakkal sepenuhnya, Allah sentiasa aturkan jalan cerita yang terbaik buat adnin. :)

      Delete
  5. Cemerlang lah Nadiah,
    Kak Amalina Nudin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaahhh Kak Amalina Nudin laaa 😃😃😃 Alhamdulillah, kak Malin pun cemerlang jugak! Selamat bertugas sebagai HO tak lama lagi. 😆

      Delete
  6. Assalamualaikum kak,nak tanya.
    Buku2 utk student tamhidi semua sama ke? eventhough tamhidi lain2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Masa akak tamhidi dulu, memang guna buku yang sama, dan belajaq benda yang sama walaupun tamhidi lain-lain (medic, sains tech, dental). Sebab tu la pelajar tamhidi sains & dental pun boleh mohon degree medic kalau nak.

      InsyaAllah selagi tak berubah, buku-buku semua sama walaupun tamhidi lain-lain.

      Delete
  7. Salam akak.Nak tanya,medic dia pilih 100 org ke temuduga?Ke depend kepada berapa orang mintak untuk tahun tu?let say 200 layak untuk iv jadi dia panggil 200 jugaklh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam dik. Ya Allah mintak maaf sangat-sangat lambat balas, biasanya dapat emel bagitau ada orang komen kat blog, tapi kali ni tak dapat pulak emel. Ni pun akak check sendiri kat website blogger ni. Mintak maaf sangat-sangat.

      Sejujurnya, akak takdak jawapan yang betul-betul pasti untuk soalan adik ni. Tapi kalau ikut Dekan FPSK kata masa taklimat dulu, asalkan dia menepati kesemua syarat untuk mohon medic, memang pihak sana akan panggil. Kalau betullah macam ni, maknanya memang bergantung kepada berapa orang yang mintaklah.

      Dan bagi akak, possible jugak kalau ada 200 orang yang layak untuk interview, 200 orang tu jugaklah dia akan panggil. Sebab interview dental (waktu akak dulu) pun dia panggil 90 tapi nak pilih 35 ja.

      Itu sajalah jawapan akak. Harap membantu walaupun sikit. ☺

      Delete
    2. Tapi sbnaqnya start thn ni mksudnya iv medic for tamhidi 1718.. Diorang buat 2 sesi temuduga.. Maksudnya sesi 1 temuduga utk org yg lps pointer 3.5 dan ke atas utk result sem 1... Mcm thn ni temuduga first dia buat betul2 lps final exam sem 2 and then utk iv yg second sape yg dh pergi 1st iv x perlu dh prgi 2 nd iv. . 2nd iv ni dia akan tgk result keseluruhan maksudnya lps dpt result final sem 2 sapa2 yg lps 3.5 pointer keseluruhan akan dipanggil temuduga yg 2nd.. Tp andai kata la ada org yg dh pergi iv 1 st tp untk pointer keseluruhan dia x smpai 3.5 ttap x terpilih utk msuk degree medik sbb x capai syarat2 dia...

      Dan format iv pn dh lain. . Thn ni dh x de ujian bertulis.. Dan soalan iv utk setiap org adalah sama ..

      Delete
    3. Oh macam tu ya format baru interview. Okey terima kasih sebab bagitau. 👍

      Delete
  8. Akak, bila akan diberitahu result untuk masuk degree nya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hangpa masuk awal bulan 9, mungkin dapat result dalam pertengahan bulan 8 macam tu.

      Macam waktu akak dulu, 8 Ogos kot tau result degree, 29 ogos dah masuk degree.

      Nanti rajin-rajinkanlah diri check e-tasjil tu setiap hari bila dah masuk bulan 8 nanti. Okey? :)

      Delete
  9. SALAM AKAK,kebanyakkan budak2 medic lain yang x trpilih lnsng utk temuduga ,diorng kebanyakkannye smbung course ape ea ? lagi satu ,klau x layak terus utk smbng medic nie , ade harapan x lgi utk brjaya dlm bidang lain ?contoh mcm food biotechnology ker ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Random. Batch akak, kebanyakan budak medic yang tak dapat temu duga sambung engineering dengan food bio (ni berdasarkan pemerhatian akak ja, sejujurnya tak berapa tahu sangat sebab akak tamhidi sains). Ada gak satu batch tu, ramai budak tamhidi medic yang sambung aktuari. Bergantunglah pilihan kedua (atau pilihan seterusnya) student tu kursus apa.

      "Kalau tak layak terus untuk sambung medic ni, ada harapan tak lagi untuk berjaya dalam bidang lain?" Sangat ada, malahan sebab tu lah Allah letakkan seseorang tu dalam bidang selain medic. Mungkin dengan diletakkan di bidang lain, dia akan lebih berjaya! Tapi jangan lupa, sertakan sekali DUIT (doa usaha ikhtiar tawakkal).

      Sabar. Pujuk hati. Doa kat Allah, minta permudahkan urusan untuk diperlihatkan hikmah di sebalik tak dapat sambung medic. Follow the flow. InsyaAllah, satu-satu hikmah akan dirungkaikan. Ya, nampak senang, nak mengadap tu memang susah. Takpa pelan-pelan okey. :)

      Akak ada seorang kawan ni, dia dapat temuduga medic. Dan akak tau, dia memang nak sangat medic. Tapi takdir Allah menetapkan dia di kursus lain. Dan beberapa bulan yang lalu (yakni tengah 2nd year), masa tengah scroll fb, akak nampak gambaq dia sedang bergembira dalam majlis dean list students. Akak tumpang gembira untuk dia. :)

      Dan sukanya akak nak kongsi kata-kata ni, "love what you do, not do what you love". Sebab apa? Sebab tak semua benda yang kita cinta itu kita akan dapat. Jadi, nak tak nak, kena jugak cintakan apa yang kita sedang lalui dan harungi.

      Sekian, maaf panjang.

      Delete
  10. Salam akak, bile medic nak pindah nilai, tahun 2019? Jadi kalau tamhidi 1819 nanti masuk kat nilai lah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Anonymous. InsyaAllah bulan September 2019. Kalau jadi pindah mengikut tarikh yang ditetapkan tu, nampak gayanya tamhidi 1819 yang akan masuk medic 1920 nanti akan blajaq kat Nilailah.

      Delete
  11. Assalamualaikum akak.Untuk apply degree medic,result SPM diambil kira jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kalau ikut syarat dalam website FPSK USIM, result SPM pun diambil kira jugak. Boleh rujuk kat link di awal post ni, akak dah update. Terima kasih sebab tanya soalan ni.

      Delete
  12. Assalamualaikum kak.dengar cerita banyak buat presentation masa tamhidi.boleh x ajar buat macamner(guna app ape,tips)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Haah, memang banyak buat presentation pun. Hampir semua subjek ada termasuk bahasa Arab. Guna powerpoint atau Prezi. Ikutlah lecturer suruh buat guna apa. Role play pun ada gak.

      Tipsnya, kalau dari segi fizikal tu tak dak sebab dah lama tinggai tamhidi 😅 so dah tak ingat. Kalau dari segi mental, sukanya akak nak habaq, jangan rasa presentation tu satu bebanan, tapi jadikan presentation tu satu medium untuk tambah skil atau nilai tambah dalam diri. Kalau present dalam English, kita akan speaking lebih baik daripada masa sekolah. Kalau present dalam Arab, kita boleh cakap Arab lagi lancar. Anggap presentation tu sebagai satu keperluan, bukan sesuatu yang kita takuti. 😊

      Delete
    2. Oh ya, kalau tips dari segi fizikal, akak ada 1 (baru ingat). Ni akak pernah buat untuk presentation Arab, subjek lain belum pernah buat atau mungkin ada buat cuma tak ingat.

      Petang sebelum atau 2 hari sebelum hari presentation tu kan hangpa mesti dah berlatih atau tulis nak cakap apa kan. Malam sebelum presentation tu, sebelum tidur, imagine dalam minda yang hangpa present hebat gila & fasih gila, nampak cool sangat. Pastikan imagine tu sampai kita betui betui nampak visualnya dan sampai rasa berkobar-kobar kat hati! InsyaAllah masa presentation tu sebijik macam imaginasi kita. 😊

      Delete
    3. Eh ada lagi 😂. Lagi satu, masa present tu, pentingnya untuk kita pasang niat. Niat yang kita present (1) untuk pahamkan orang tentang apa yang kita nak sampaikan, (2) untuk tambah skil dalam diri. Flownya, bila kita fikir yang kita betui betui nak orang paham, kita akan rasa nak usaha untuk asah skil presentation kita supaya orang paham apa yang kita sampaikan, tak kisahlah skilnya tu datang masa present tu jugak ke atau masa presentation lain.

      Jangan pernah sama sekali niat present untuk menunjuk yang kita ja yang pandai present. Takut kecewa nanti walaupun kesilapan tu cuma minimum.

      Ni ja lah kot, kalau nak tau lagi, boleh tanya lagi 😆. Tapi maaf ya kalau terbalas lambat, sebab sekarang tengah profesional exam sampai 31/5. Tapi insyaAllah akan dibalas jugak, rajin-rajinlah ya bukak blog ni untuk nak tau komen dibalas ke tak 😁.

      Delete
  13. pointer akak berapa ye time tamhidi ? sorry tanya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai adik. Mintak maaf sangat sebab terlupa nak reply. Dah ada nampak dah kat e-mel hari tu.

      Sem 1: 3.9
      Sem 2: 3.4
      PNGK: 3.65

      Delete
  14. Assalamualaikum kak.. degree medic ada biasiswa ke...kalau ada camne nk mohon...susahke nak dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Akak tak ambik mana-mana biasiswa/pinjaman, jadi akak tak berapa tau sangat. Apa yang akak akan sampaikan kat bawah ni ialah jawapan daripada kawan akak yang ambik biasiswa merangkap Timbalan Presiden Medical Student Club (MSC) USIM 19/20.

      "Untuk medic, ada je biasiswa yang offer, salah satunya ialah biasiswa YTAR (nanti boleh google lebih lanjut). Kalau JPA ada juga tapi dia tak dikira biasiswa, dia kira pinjaman boleh ubah (PBU) and JPA akan dibuka untuk permohonan lepas dah dapat result sem 1 first year.

      JPA tu dikira pinjaman boleh ubah, maknanya nanti akan terikat dengan JPA mengikut berapa tempoh pengajian. So kalau untuk USIM medic 6 tahun, so kena terikat dengan JPA 6 tahun, and if dah complete perjanjian kerja dengan kerajaan 6 tahun tu baru tak payah bayar balik."

      Delete

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.