Wednesday, January 18, 2017

Hayat Medika - 3 Assumptions In Deriving Michaelis-Menten Rate Equation

Bismillah.
Assalamualaikum.

Huhu. Berdebar rasanya, maklumlah, ini segmen hayat medika yang pertama dalam blog ni (kalau dalam facebook, yang kedua). Bahahaha, cakap macam masuk tv ja!

Baiklah, kita teruskan dengan apa yang ingin aku sampaikan dalam entri ni. 

3 Assumptions in Deriving Michaelis-Menten Rate Equation

Okey, apa yang tertera di atas ni ialah sebahagian yang aku belajar pasal Michaelis-Menten Equation iaitu salah satu subtopik di bawah tajuk Enzyme Classification, Specificity and Kinetics: Factors Affecting Enzyme Activity, subjek Biochemistry.

Sebelum tu, 3 Assumptions in Deriving Michaelis-Menten Rate Equation ni belajar pasai apa? Haa, macam ni. Ada 2 orang, nama dia Michealis dengan Menten. Depa ada perkenalkan satu model tentang macam mana enzyme ni berfungsi. Lepastu, daripada model tu, depa derive (baca: peroleh) satu equation, iaitu Michaelis-Menten Equation. Masa depa tengah derive tu, ada 3 assumptions (baca: andaian) yang depa buat:

1. Relative concentrations of E and S: substrate concentration [S] (substrate ni contohnya macam, makanan yang kita kunyah-kunyah dan telan tu? Hee.) lagi tinggi daripada enzyme concentration [E], sampaikan bila semua enzyme dah gabung dengan substrate masing-masing dalam bentuk enzyme-substrate complex (ES), masih ada lagi lebihan substrate.

2. Steady-state assumption: ES concentration tak berubah dengan masa; Berapa banyak ES terbentuk, banyak tu la ES yang akan break down.

3. Initial velocity: Hanya speed yang terawal ja yang diambil kira untuk analisis aktiviti enzyme. Maknanya, enzyme punya rate of reaction ni diukur betul-betul masa enzyme dengan substrate ni bergabung dan masa tu, baru ada sikiiit ja product yang terhasil.


 ***

Baiklah, sekarang dah tahu sikit kan pasal 3 assumptions tu. Sekarang, kita banding dengan kehidupan kita, iaitu apa yang kita kena assume pada diri kita supaya kita jadi lebih baik. Bayangkan:

Equation = Hati kita
Michaelis & Menten = Diri sendiri
3 assumptions = 3 elemen penting yang kita cuba tanamkan dalam hati:

1. Sediakan payung sebelum hujan

Dalam assumption yang pertama tadi, dikatakan substrate kena lagi banyak daripada enzyme. Lebih kuranglah dengan kehidupan kita. Dalam hidup ni, kita kena siapkan diri, prepare bekalan kita banyak-banyak untuk menuju ke akhirat. Pastikah kita bahawa amalan yang kita sedia ada itu sudah cukup? Yakinkah kita bahawa amalan yang sedia ada tu semuanya diterima Allah? Sediakanlah bekalan, walaupun dengan hanya sekecil-kecil amalan. Sediakanlah bekalan banyak-banyak, seperti banyaknya substrate concentration [S], selagi kita masih bernafas. Bila sibuk belajar, niatlah belajar kerana Allah. Bila masuk waktu, solat awal waktu. Bila asyik belajar ja, luangkan masa sekejap dengan al-Quran. Bila kawan tanya pasal pelajaran, kita bantu, mudah-mudahan dengan itu kita bersedekah dalam bentuk ilmu. Manalah tahu, andai kata semua amalan yang telah dinilai tidak diterima (na'uzubillah), tiba-tiba terdapat satu lebihan amalan, bagaikan lebihan substrate itu tadi, dan amalan itulah yang membawa ke syurga?

2. Hati kena steady

Campaklah kita dalam bentuk dugaan macam mana pun, hati ni, nak goyah pun biarlah sekadar lepaskan stres, janganlah lebih dari itu. Tetapkan hati ini untuk terus teguh, dan steady sesteady ES concentration, sama ada ketika bergabung atau ketika break down, kadarnya tetap sama! Teguhkan hati anda dengan keyakinan, dan pasti anda akan tertanya, apa yang akan membentuk keyakinan itu? Inilah dia: 

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ...  (Al-Baqarah 2:286)

Jadi, jangan pernah pandang rendah dengan diri sendiri, kerana dah terbukti anda mampu menghadapinya, dengan izin Allah! Senyuuum.

3. Permulaan hari, pengukur kehidupan seharian.

Aku pernah baca, permulaan hari amat mempengaruhi kehidupan seharian. Kalau pada hari tu kita solat Subuh awal, siap dengan solat sunat sebelumnya lagi (nak lagi hebat, tambah qiamullail), aktiviti kita, ibadah kita, rasa teratur ja. Kalau pada hari tu kita solat Subuh lewat sikit, nampaklah serabut sikit daripada biasa rutin harian kita ketika itu. Jadi, sama-samalah kita berusaha untuk menjaga permulaan harian kita. Kalau aktiviti enzyme ni dikaji pada initial velocity, kita pula cuba kaji kehidupan kita pada permulaan hari kita, lalu usahalah ke arah hasil yang lebih baik, dan perhatikanlah hasilnya!

Okey, sekian sahaja di sini.
Moga kita terus letakkan hati dan minda kita sebentar,
bagi menadah pengajaran daripada ciptaan Allah di sekeliling kita,
biarpun hanya sekecil enzyme. Ihih.
Mohon maaf atas segala kekurangan.

Biochemistry lecture note: 3 Assumptions In Deriving Michaelis-Menten Rate Equation

2 comments:

  1. Wahhh..menariklah bila kak nadiah relate michaelis menten ni dgn real life kita!, baru nmpk ibrah yg dpt diambil dr sekecil2 enzyme,iollss tak trfikir pun nk relate mcm ni...(Menyesal x baca post ni masa sem 1 hahhaha)

    - ur cute junior,SN - *heheee*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak sangka hangpa still rasa post ni menarik. Akak rasa termalu sendiri bila baca balik. 😂 Betul, apa-apa ilmu pun, mesti menarik bila kita nampak kaitannya dengan kehidupan.

      Terima kasih sebab jadi pembaca setia blog ni! 😆

      Delete

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.