Friday, December 28, 2012

Saat yang Mendebarkan, Saat yang Menggembirakan!

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, sekarang ni dah pulang dari UKM dengan selamat. Setelah beberapa lama aku x post kat sini, kali ni, aku nak menceritakan satu memori yang, dah lama aku x merasakan hari yang segembira tu!

Saat yang paling mendebarkan apabila pada tanggal 19/12/2012, aku hanya dapat menunggu panggilan drp emak & kakak utk mengetahui kputusan PMR kerana ketika itu, aku masih lagi ada di Kompleks PERMATApintar Negara, UKM. Waktu tu, banyak kawan aku yg check result dgn SMS. Ada jugak yg dimaklumkan cikgu depa. Sorang2 jeritan dan ucapan "straight A's" kudengar. Aku gembira tengok depa gembira. Melihat mereka jugaklah yg meningkatkan perasaan getaq kat aku! Bila ada kat makmal fizik (iaitu kelasku di Kompleks), aku x mampu buat apa2 melainkan mengadu dkat Cikgu Farizza a.k.a Miss Fa, "saya takut, saya takut, saya takut." Ada satu moment ni, aku telefon emak aku, emak aku jawab

"Adik, mak dah sampai sekolah dah, tinggal nak amik result ja." 

Fuh! Memang getaq abis. Aku terus berdoa dr lepas terima call sammmmmmmmpai aku rasa vibrate hanset. Cepat2 aku angkat phone,

Emak: Adik, kami dah amik result dah. Adik, jangan sedih ya. Agak menyedihkan ar. Adik rasa adik dpt brpa A?
Aku  : 7A.
Emak: 7? Kalau adik dpt 8A adik suka la?
Aku  : Xtau xtau xtau. (mmg getaq gila saat ni, dan dah mula pasrah dgn apa yg bakal aku dapat)
Emak: Adik, adik dpt 9A.
Aku  : Betui ka 9A?
Emak: Haa~
Aku  : Betui ka 9A?
Emak: Haa~
Aku  : 9A?
Emak: Haa~

Apalagi, mmg berSYUKUR SESANGAT-SANGATNYA la kan, Allah dah beri kejayaan. Lepas tu, aku terus gitau Miss Fa yg aku dpt 9A. Lepas smbang dgn Miss Fa, trus prgi kelas sebelah utk gitau Cikgu Fathirah. Cikgu dan kawan2 lain yg dengar impressed bila aku gitau "104 murid dpt 9A". Aku sgt gembira dgn kejayaan Al-Irshad. Terima kasih kepada semua guru SMKA Al-Irshad dan pihak lain yang terlibat dalam usaha untuk mencapai kejayaan ni!

Serius, memang mendebarkan masa tu. Maklumlah, berada jauh dari negeri sendiri, entah macam manalah suasana dekat SMKA Al-Irshad ketika tu~

Sekian (minta maaf sangat2 sbb post pendek, speechless)

No comments:

Post a Comment

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.