Monday, December 30, 2013

Luahan Hati 2013

Assalamualaikum. : )

Lama sangat tak post dekat sini. Haa, sudah menjadi tradisi aku untuk cerita balik apa yang berlaku sepanjang tahun ni. Yang bezanya, dahulunya aku post pada 31 Disember, tapi pada tahun ini, aku post pada 30 Disember. Wanna know why? Mehehe *sedih*, hari ni hari terakhir aku berada di baiti jannati (rumahku syurgaku) untuk tahun ni. : ( Kenapa awal sangat? Awat awai ngat aihh? HAHAHA, AJK asrama di SMKA Al-Irshad balik asrama hari ni. : )

Sepanjang tahun ini, aku rasa banyak sangat perkara yang aku belajar. Dilema, perpisahan, kepimpinan, dakwah, kepentingan ilmu, hmmm. Tahun ni, aku memulakan hidupku dengan menempuh tembok dilema apabila aku menerima tawaran ke PPMT PERMATApintar (Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar) ataupun lebih mesra dengan Quad-P. Walaupun aku cuba untuk tidak menempuh tembok itu dengan tidak mengisi borang permohonan ke SBP, Allah telah merancang segalanya. Allah tetap meletakkan aku di hadapan tembok itu.

*Waktu telefon mak ayah kat asrama*
Aku: Hello, Assalamualaikum.
Ayah: Adik! Tahniah adik!
Aku: Hah? Tahniah apa ni?
Ayah: Tahniah adik! Adik dapat PERMATApintar.
Aku: Sekolah PERMATApintar?
Ayah: Ha. (Ya)
Aku: Alaaa! *dengan penuh kecewa*

Pada awalnya, aku memang terus memilih untuk stay di Al-Irshad. Namun, apabila masa terus berjalan selagi belum tiba tarikh akhir penghantaran borang ke Quad-P, aku mula teringin untuk ke Quad-P, sehinggalah perasaan itu naik menjadi 50%. Berdirilah perasaan itu sama tinggi dengan perasaanku terhadap Al-Irshad. Emosiku mula tidak stabil. Dan masa itulah, bermulanya~ DILEMA.

Aku mengikut saranan kawanku untuk mengerjakan solat istikharah. Aku pun tunaikan, tidak mendapat sebarang petunjuk. Aku meneruskan sehingga 3 atau 4 kali. Alhamdulillah, sebaik sahaja aku membuat keputusan untuk menolak tawaran ke Quad-P atas dasar gerak hatiku yang amat merunsingkan bagiku, hati yang tadi begitu kacau bilau, terus aman bagaikan taman berhujankan rahmat. Pada awalnya, aku ingatkan perasaan sedemikian hanyalah semata-mata kerana berjaya mengelakkan diri daripada terus dilema. Bulan demi bulan, aku merasakan ketenangan, merasa bersyukur dapat terus bersama Al-Irshad, mengingatkanku terhadap peristiwa dilema itu. Baruku tau, istikharahlah penentu yang terbaik. : )

Selepas aku memilih untuk menetap di Al-Irshad, tanpa disangka-sangka, kawan baik aku, Hanis Nurliyana, pindah ke KISAS. Dia sendiri pun tak sangka akan dapat KISAS, sekolah yang diimpikannya sejak Form 1 lagi menurut seorang kawan aku ni. Aku dan Hamizah, kami sedih sama-sama. Air ligat memenuhi kolam mataku sehingga melimpah ruah. Namun Fatin Najwa pesan kat aku, kalau aku sedih, nanti Hanis pun sedih. So, aku kena gembira di hadapannya. : ) Jamuan perpisahan, serius sangat menyedihkan! Apabila otakku berperanan sebagai CD Jamuan Perpisahan, sungguh air mataku tak jemu-jemu berjujuhan tali-temali!

Namun aku baru tau, ukhuwah itu, selagi kedua-dua manusia itu masih berpegang kepada ukhuwah atas dasar taqwa, apabila makin jauh jarak mereka, makin teguhlah tali ukhuwah itu. Perpisahan, rupa2nya meneguhkan tali ukhuwah yang terbina atas dasar taqwa, insyaAllah. Aku dan Hanis makin rapat selepas perpisahan itu. : D Walaupun cuti ni agak jarang berchat, dia buat homework barangkali. : )

Kepimpinan? Aku sangat bersyukur untuk terpilih ke Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA 2013. Aku banyak belajar tentang kepimpinan kat sana. Aku tak hanya belajar daripada pengisiannya sahaja, malah daripada kemenjadian peserta2 daripada sekolah lain juga! Tengok kepimpinan depa, MasyaAllah. Tanya saja siapa nak jadi penghulu, penghuluwati, ramai yang angkat tangan laju2! Tanya sapa nak jadi imam, berduyun-duyun depa ke depan nak tulis nama! MasyaAllah! Aku terus belajar erti kepimpinan apabila aku diberi AMANAH *seram* sebagai AJK Aspuri sesi 13/14 (Biro Disiplin). Allah, Allah, Allah~ Biro DISIPLIN? Kinda scared, right? Aku teruskan menimba ilmu kepimpinan apabila menghadiri Daurah Nuqaba' untuk para naqib dan naqibah. Rasa beruntung sangat2 bila sekarang ni ada Pencetus Ummah, memberi ilham untuk menjadi naqibah tahun depan. Bolehka? InsyaAllah : )

Tahun ini jugaklah aku berpeluang merasa kemanisan dakwah, salah satu tali ukhuwahku putus dihiris salah faham oleh kawanku. Ya, hakikat zahirnya sememangnya pahit. Namun pada hakikat batinnya, ia sesuatu yang sangat manis dan aku rasa sangat beruntung untuk merasainya! : D Hakikat batin itu dapat difahami apabila kita benar2 memahami konsep dakwah tu sendiri. Seriously my kiddies. Eheh.

Aku pun baru sedar bahawa ilmu itu sangat penting untuk kita bekalkan dalam diri. Aku mula sedar tentang itu apabila aku membaca novel Untuk Kita Pendosa karya Hilal Asyraf. Aku baru sedar bahawa selama ini aku biarkan sahaja ilmu berkeliaran di sekeliling aku. Aku tak kaut pun selama ni! : ( Imam As-Syafie kata, Sibukkanlah nafsumu dengan kebaikan atau nafsumu akan sibukkan anda dengan kejahatan. Kawan, andai aku jatuh, sukanya aku untuk hangpa hulurkan tangan hangpa balik. : )

Aku beruntung sangat2 dapat duduk kat dorm Sarah, sebab dapat kenal perangai kawan2 aku yang sebenar, baik sangat. Depa tak sedar, tapi mata hati aku nampak. : ) Aku pun dapat jumpa adik2 dorm aku yang baik dan memang hormat senior. Aku sayang depa semua sangat2! Entahlah depa akan baca ke tak, aku tak kisah. Moga Allah jaga ukhuwah antara kami semua. Aamiin. Aku pun bersyukur dapat duduk kelas 4 Ibnu Khaldun. Ya, walaupun amat tersiksa mendengar markah TINGGI2 daripada kawan2 yang lain, tapi, daripada depa yang pandai2 tu la aku berminat nak belajar terutama sekali subjek BI. Mana taknya, ada yang speaking lancar sangat macam cakap BM, ada yang slang dia, wow! Memang macam orang putih! >_< Aku memang cepat kagum dengan hal-hal macam ni. =_=" Ok what? : D Paling penting, aku jumpa kawan yang ciri2 hampir sama dengan aku, Siti Aminah~~ Nota satu kaler, suka math, addmath & barab, tak boleh pi untuk BIO hahaha. Namun, still ada perbezaan, kaler PINK. Dia tak suka, aku SUKA SANGAT~ >_<

Okay la, masa terhad actually. Apa2pun, aku bersyukur sangat2 sebab Allah beri aku kesempatan untuk post luahan hati tahun ni. Jazakumullahu khair sebab sudi baca, then jazakillahu khair Syazwani Syaza!! Here you are, this post! Hope this'll entertain you. : )

6 comments:

  1. Alhamdulillah..nampaknya anti gembira tahun ni walaupun ada ujian yang Allah s.w.t berikan, namun Subhanallah anti berjaya menghadapinya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kena positif bila hadapi ujian. Pegang kata2 "setiap ujian mesti ada hikmah dia". Dengaq macam simple, tapi feel dia, MasyaAllah, x tergambar. : ) bila dpt tempuh ujian tu, insyaAllah nnti kita boleh tolong orang yg hadapi ujian mcm kita dah hadapi la ni.

      Delete
  2. Kak Nadiah~! Terbaik, Alhamdulillah, Kami suka jugak kaler pink! Geng, Sayang kak nadiah ~ <3

    ReplyDelete

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.