Saturday, January 1, 2011

Luahan Hati 2010..

Assalamualaikum semua.....

Buka mata anda seluas-luasnya..... Eh, eh ! Beberapa minit lagi nak tahun baru la ! Sungguh cepat derap langkah 2010 ingin meninggalkan kita tanpa kita sedari ! Sedih la jugak ! Fuh... Bila wat entri psal ni, teringat pulak entri tahun lepas. Nak tengok? Lompat sini !
           Ni baru je lepas gosok baju ! Nasib baik sempat jugak wat entri yang terakhir pada tahun 2010 ! Hmmm... Apa yang aku nak luahkan ya pasal tahun 2010 ni??
            Tahun ni, duniaku berpindah ke SMKA Al-Irshad. Bukan lagi di SK Machang Bubok II. Walau bagaimanapun, SKMBII tetap tersemat di hati ! Err.. berbalik kepada cerita tadi, kawan2 di sekolahku sekarang ni ok2 je. Baik2 semua. :) Kawan sebelah meja, kawan belakang meja, semua ok je ! Kawan sebelah meja ! Hmmm... Wani, ooo wani.. Seorang yg agak kasar tetapi BAIK dan LUCU ! I like ! Duduk sebelah dia memang boleh jadi GILA ! :D *Jangan marah ya.. Dia bendahari di kelasku tercinta, 1 Al-Razi. Dia umpama "along" di kelas aku. Haha ! Dia mmg bendahari yg RESPONSIBLE !
             Belakang meja, YA ! Hamizah dan Ida ! Sahabat kiut aku ! Mizah, seorang yg pandai. Memang pandai dia ni. Walaupun pandai, attitude dia lebih kurang je dgn attitude murid lain ! *Bukan jahat, ok? Ida pulak, hmmm... aku selalu ejek dia "Wassini" sebab nama dia Wahidah ! Hehe ! *Jahat jugak aku ni.. Yg ni je la antara kawan2 aku kat sekolah.
             Asrama, hmmm... mula2 tu, rasa macam nak keluar pun ada. Tapi, bila dah lama stay kat asrama tu, rasa macam sayang pulak nak tinggalkan asrama. Lagipun, ada kak form 2 prnah kata, "Jangan keluar asrama, nnti ampa rugi kalau ampa kluar", lebih kurang mcam tu la ayat dia. :D Best la duduk asrama, apatah lagi, kami berUSRAH bersama kak2 form 5 ! Sungguh menyedarkan diri ! Rindu la saat2 tu.... KAK FORM 5, MISS U !
              Rasanya pasal sekolah sudah abis. Kali ni tentang prog. PERMATApintar Negara 2010 pula ! Erm... Kalau dari segi peraturan, agak ketat berbanding tahun lepas. Walaupun begitu, prog. tu tetap best ! Teringat pulak saat2 ketika prep malam, belajar, sukan, x ingat sgt kot, x minat la. Hehee. Kesenian, ingat la jugak ! Hampir setiap malam, aku bergelak ketawa dgn Mawaddah & Izza, walaupun depa bukan roomate aku. :D Best la depa ni ! Sayang ampa ! Ingat lagi waktu aku masuk dikir timur utk Talentime hari tu.. Best lorh ! Tapi, aku paling suka waktu pi Istana Budaya utk tonton prsembahan Anak2 Permata Seni ! Best sangat ! Balik pukul 12 tuh ! Hee.
             Ok, tak mau banyak cerita, aku akan terus ke hari yg paling best dalam tahun ni. Aku paling suka hari... hari apa ya. Aku dah x ingat, yg aku tau, waktu tu kita semua tgh cuti raya Aidilfitri seminggu. Hari tu, aku pi beraya kat Taman Seri Janggus iaitu tmpat tinggal antara kawan2 SKMBII aku. Ada kawan aku jemput. Bila dah sampai sana,, rasa mcam mimpi pulak. Ya la, x pernah trfikir langsung dapat jumpa semula kawan2 lama even hanya seketika. Memang best moment la !
            Err... tampaknya, setakat ni je la luahanku tentang 2010 ni.. Aku ingin ucapkan..

           Selamat tinggal 2010...
                        Hello 2011.........

Salam semua ! Have a !

2 comments:

  1. Perghh!panjangnye entri!bagos2x.
    :thumbsup:

    ReplyDelete
  2. Hehe ! :D Ty to u !
    Suka wat entri panjang2, apalagi pasal luahan ni..
    Rasanya entri Luahan Hati 2009 lagi panjang kot..

    ReplyDelete

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.