Showing posts with label Diari Kehidupan [F2]. Show all posts
Showing posts with label Diari Kehidupan [F2]. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Nur One - Dengan KuasaMu

Assalamualaikum.

          Tengok tajuk post di atas. Pernah dengar x lagu tu? Mestilah pernah, hari2 terpasang dekat blog. Hurm.. selalunya, orang taip tajuk lagu sebagai tajuk post ni, utk beritahu lirik lagu tu kan? Tapi post ini x, sbb dah banyak dah blog yg telahpun wat post pasal lirik lagu ni. "Habis tu, anda mahu cerita apa tentang lagu ni?" Yeah ! Soalan telah diajukan kpd saya ! Ni nak cerita la ni.

          Dalam post ni, aku nk cerita tentang kali pertama aku bertemu dgn lagu ni. "Wah, dengar mcm best je!" Hihi, memang best pun. Alamak, perasan sendiri la. Tak adalah, saya main2 sahaja. Baiklah, straight to the point, kali pertama aku dengar lagu ni. Waktu itu, aku demam panas dekat sekolah. Aku x mampu utk duduk spt biasa di dalam kelas. Jadi, aku x lena, cuma sekadar menundukkan kepala di atas meja.

         Waktu Literasi Komputer [LT], Teacher Zaiton Mahmod berada di hadapan kelas. Tiba2, Teacher Zaiton pergi ke arah aku lalu kejutkan aku. Ketika itu, teacher fikir aku tidur. Mujurlah Nurdiana Nabila beritahu teacher tentang kondisi aku. Teacher terus memegang dahiku, lalu mengatakan bahawa dahiku panas dan patut pergi ke klinik. Teacher pun telefon Ustazah Faizah, lalu menyuruh Diana pergi ke pejabat utk mengambil surat. Selepas itu, teacher menyuruh aku dan Diana ke kantin utk menunggu Ustazah Faizah. TERIMA KASIH TEACHER.

         Setelah menunggu, akhirnya datang juga ustazah yg dicari. Bukan Ustazah Pilihan ya? Hihi. Sambung, selepas brtemu dgn ustazah, ustazah pun mengajak aku dan Diana masuk ke dalam kereta beliau. Dalam perjalanan ke klinik, ustazah pasang radio siaran IKIM. fm, PILIHAN UTAMA. Buat iklan pulak dah. Aku dan Diana hanya mendengarnya. Seronok bila dengar IKIM. Maklumlah, dah lama x dengar sejak darjah 6 dulu. Hmm.. bila dengar tu, tiba2, aku dengar satu lagu yg aku x pernah dengar lagi waktu tu. Aku cuba utk tangkap lirik lagu tu, balik rumah boleh search. Memang best la, aku rasa mcm ada hikmahnya aku demam. Boleh bertemu dgn lagu tu. Waktu tu, lirik yg aku mampu tangkap ialah teman kebahagiaan dgn hanya dia, cuma dia, yg kan mampu menyembuhnya. Tapi, bila balik rumah, aku pun search lagu tu dgn menaip lirik yg aku dpt tangkap ni. Tapi x dapat. Sedih kan?  

        Alhamdulillah.. setelah sekian lama x bertemu, akhirnya Allah temukan aku lagi dgn lagu tu. Ketika itu, aku dan keluarga dlm perjalanan nk pulang ke asrama wat kali terakhir pada tahun ni. Sedang aku dengar lagu kat hanset aku, tiba2, trdengar lagu yg terpasang kt radio. "Dengar macam kenal. Ha, lagu ni la !" Aku masih ingat lirik yg aku tangkap dulu dan melalui lirik tu la aku dpt kesan lagu tu. Aku terus off kan lagu hanset aku. Alhamdulillah.. aku dpt tahu tajuk lagu tu. Dan itulah lagu DENGAN KUASAMU | NUR ONE.

        Begitulah ceritanya tentang pertemuan aku dgn lagu ni. Dan semoga anda terhibur dgn lagu tersebut. Berakhirnya cerita ini, maka berakhirlah post pada kali ini.

        Sekian.

Saturday, November 5, 2011

Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Sekolah..

Assalamualaikum..

       Aku di sini ingin mengimbau kembali tentang Sambutan Bulan Bahasa + mengotakan janji terhadap anda semua pada post yg lepas. Ingat x lagi? Kalau dah x ingat, rujuk post kat bawah ni.

       Sekolah aku telah mengadakan Sambutan Bulan Bahasa peringkat sekolah. Pertandingan yg diadakan ialah bahasa berirama, forum, kuiz, pidato, pantun dan bahas. Saringan dibuat pada hari Selasa dan finalis akan bertanding sekali lagi pada hari Khamis iaitu ketika Majlis Penutup Sambutan Bulan Bahasa. Pertandingan yg ada peringkat akhir: pantun, bahas, forum dan pidato.

       Bahasa berirama. Aku x tengok la depa lawan sbb waktu tu aku menyertai saringan utk ****** [you will know it later]. Dan keputusannya:

       Tempat pertama: 2 Al-Farabi
       Tempat kedua   : 2 Az-Zahrawi
       Tempat ketiga   : 2 Al-Razi

       Konduktor Terbaik: Fatin Nabilla (2 Al-Razi)

----------------------------------------------------------------------------------

Sekarang, aku mahu cerita tentang Majlis Penutup Sambutan Bulan Bahasa.

       Acara yg pertama sekali ialah pertandingan pantun. Pasukan terdiri drp Pasukan 2 Al-Farabi (Alia, Humaira', Syamsina, Nadhira & Hajar) dan Pasukan 2 Al-Razi (Lisa, Annisa, Izzan, Syifaa & Ayu). Nampak macam susah jugak la tengok depa bertanding. Siapa yg pandai berpantun tu mmg rasa senang la kan. Tapi best la tengok, dah la lawan pakai baju kurung. Ngee~ Dan keputusannya:

       Tempat pertama: Nur Alia Nabihah (2 Al-Farabi)        Tempat kedua   : Nur Syamsina (2 Al-Farabi)                Tempat ketiga   : Lisa Amiera (2 Al-Razi)

      Acara kedua - bahas. Dengar saja perkataan "bahas" mesti kita rasa macam gah kan? Macam pergghhh gitu. Ha~ Dah la yg masuk pun tingkatan 2. Baru tingkatan 2 dah pandai berbahas. Finalis2nya ialah: Kerajaan - Amsyar Husaini, Nur Syazwani Syaza, Azim Haziq. Pembangkang - Yusuf, Amirah Afiqah, Adibah. Usul yg perlu dibahaskan ialah "Kehidupan di Asrama Menjamin Masa Depan yang Seimbang" [kalau salah tolong betulkan, ya]. Memang hebat la depa semua ni. Kadang2 lawak jugak, ni la antara faktor yg aku suka tengok bahas ni. Barisan pembangkang semuanya style garang2 ar, haha. Dan keputusannya:
     
     Usul: Diterima

     Pembahas terbaik:
     Tempat pertama - Adibah (2 Ibnu Rushd)                      Tempat kedua    - Nur Syazwani Syaza (2 Ibnu Sina)
     Tempat ketiga    - Amirah Afiqah (2 Ibnu Sina)

     Acara yg seterusnya - forum. Pertandingan ni disertai oleh pelajar tingkatan 3 sahaja. Pertandingan ni terdiri drp 3 orang ahli panel dan seorang pengerusi majlis. Pandai kak2 ting. 3 beri hujah masing2. Hujah diberikan tentang masalah pelajar asrama - tidur di dalam kelas. Macam lawak je kan tajuknya? Tapi itulah lumrah pelajar asrama. Dan keputusannya, err.. alamak. Terlupa la pulak nama kak tu. Emm.. xpa la. Kalau dah tau nnti aku bagitau ya? "Kpd kak yg berkenaan, kami minta maaf ya?"

     Acara yg terakhir - pidato. Hurm.. saringan telah dilakukan dan keputusannya:

     Tempat pertama: Siti Aminah (2 Al-Farabi)
     Tempat kedua   : Nur Syifaa Hanisah (2 Ibnu Khaldun)
     Tempat ketiga   : Hannan Sofwah (2 Al-Farabi)

     Namun, yg berentap ketika majlis penutup hanyalah Syifaa Hanisah kerana Siti Aminah diganti oleh saya sendiri (saya pulak dah) kerana Siti Aminah berada di Sabah ketika final berlangsung. Begitu juga dengan Hannan Sofwah yg diganti oleh Ahmad Bustaman kerana Hannan berada di KLIA pd final. Ada pidato terancang dan pidato spontan. Keputusannya:

     Tempat pertama: Nur Syifaa Hanisah (2 Ibnu Khaldun) - 91%
     Tempat kedua   : Nur Nadiah Nadhirah (2 Al-Razi) - 86% [Alhamdulillah..]
     Tempat ketiga   : Ahmad Bustaman (2 Al-Razi) - 70%

     Acara diteruskan dengan persembahan bahasa berirama drp Johan Bahasa Berirama [2 Al-Farabi] dan koir drp 2 Az-Zahrawi. Haha. Bahasa berirama, best! Koir, haha. Ni dia equation utk koir 2AZ:

     Lawak + Best = Koir 2AZ

     Lepas tu, persembahan sajak dan majlis berakhir dgn penyampaian hadiah. Dan berakhirlah sudah Majlis Penutup Bulan Bahasa. Maka, berakhirlah juga post pada kali ini. Minta maaf sgt2 sbb xdak gambar utk post ni. Bluetooth buat hal. Apa boleh buat, manusia yg merancang, Allah yg menentukan. Redha sajalah dgn ketentuanNya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui tentang apa yg terbaik utk kita semua.

     Sekian.

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..




Nadiah @ KL..

Assalamualaikum..

         Hola ! I'm back ! Aku di sini ingin menceritakan tentang ... wait ! Before that, aku ingin katakan sesuatu. Semua orang yg sejenis dgn aku tu semuanya dah post pasal benda yg aku nk post ni. Tapi, aku pun nak post jugak. Boleh x? Xpa la, aku post saja~~ 

         Apakah yg dimaksudkan dgn sejenis dgn aku tu? Ha, actually, aku terpilih utk lawatan ke PETROSAINS, Pusat Sains Negara dan Bukit Kiara. Yang sejenis dgn aku tu maksudnya orang2 yg turut terpilih utk lawatan tersebut la. Lawatan diadakan pada 26/7 (Selasa) - 29/7 (Khamis). Baiklah, tanpa membuang masa, LET'S GO !

         Untuk pengetahuan anda, sepanjang lawatan diadakan, aku dan yg lain termasuklah Teacher Rafidah, Teacher Fitriyah dan Cikgu Sarah menginap di Kompleks ...
           
 
         Ya, itulah dia. Kompleks Rakan Muda, Bukit Kiara.. 1 bilik 2 orang (majority). Aku dan kawan aku menginap di bilik ...

         Kami sampai di sana lebih kurang dlam pkul 11.30 mlm mcam tu la. Kalau salah, tolong jolokkan betulkan ya. Hari kedua pula, kami semua ke Pusat Sains Negara sebagai pasukan penyokong. 2 orang drp sekolah aku telah menyertai Pertandingan Pertunjukan Sains PETROSAINS. Macam2 cara yg peserta lakukan utk persembahkan science show mereka. Best ! Ilmu baru pun dapat tau ! Inilah antara yg ada di Pusat Sains Negara.

 
Cantikkan pemandangan ni?
Ini Rock Music. Kalau kita ketuk dia, bunyi dia macam bunyi gamelan. Haha. (Bagi telinga aku la)
Benda ni pulak, ermm.. Kalau kita pijak kat atas segi empat yg kecik2 tu, muzik akan berbunyi (spt piano) dan terpancutnya air. Kalau hgpa tengok btul2, ada lubang dkat batu2 tu..
         Ha, cakap pasal bnda yg kat atas ni. Hari tu, aku main la bnda tu, pijak kesemua squares kat situ. Wujudlah satu muzik. Satu2 air terpancut. Lepas aku pijak kesemua squares tu, tetiba ada sorang PAK CIK kata, "Wah, pandainya main !" (lbih kurang mcm tu la ayat dia) Aku pun, apalagi, CeGaR la~~ Haha.

         Sebelum aku terlupa, semasa kami melihat science show, ada sepasang peserta ni, dari SMA-MAIWP, waktu tu mereka la yg mmpersembahkan science show mereka. (awat pelik sgt ayat ni?) Pastu, waktu mereka nak panggil 2 orang drp penonton2 sekalian tu, salah seorang yg dipanggil tu ialah aku. Haha. Lawak kot. Punyalah aku berharap agar aku x naik langsung kat atas pentas science show tu, rupa2nya, aku naik jugak. Tapi, xpa la. Dapat jugak pengalaman. Bukan pengalaman je yg aku dpt, bnda lain pun aku dpt. Nak tau apa dia? Ni dia..

Huish.. Dah la bulan puasa la ni. Jgn hgpa lapar sudah.. haha.

         Malam tu pulak, kami semua pi Putrajaya. Solat kat sana, kat mana lagi kalau bukan kat Masjid Putrajaya. Subhanallah ! Cantik masjid tu.. Smasa kat sana, dkat kedai beli souvenir la, aku ada dgr bacaan ayat2 suci Al-Quran drp Ahmad Sa'ud. MasyaAllah ! What a beautiful voice ! Rasa macam berada kat bumi yg paling tenang ja waktu tu.. Menangis pilu ! T_T 

Ni la Masjid Putrajaya.. (mcm la org xtau)

         Hari terakhir, kami pi jenjalan kat PETROSAINS iaitu di ...

Menara Berkembar Petronas

         Macam2 yg kami wat kat PETROSAINS. Aku pulak, cari la game yg aku rindu gila nk main. Bila aku pi PETROSAINS, aku teringat pulak waktu pi Prog. PERMATApintar Negara. Inilah game2 favourite aku:

Yeah ! BATAK ! Mmg favourite aku..

Mindball ! Suka game ni..

         Dan ada lagi satu game favourite aku tetapi x sempat nk snap gambar bnda tu. Alohai~ 

         Slepas pi PETROSAINS, kami pun balik. On the way nk balik tu pun ada jalan2 gak, tapi sekadar nk pi makan ja. Kami sampai di SMKA Al-Irshad pada pkul 11.15 mlm. Ok la, rasanya setakat tu je la post aku kali ni.

Saturday, June 25, 2011

Assalamualaikum.. 
BuatPEMBACAsekalian,inginSEKALIaku, menyusunSEPULUHjariMEMOHONkemaafan, keranaTIDAKdapatMENGISIpostBARU..
 



Friday, June 10, 2011

Sekadar Cer Citer..

Assalamualaikum..

       Sudah lama aku x post di tinta ini. Rasa malas menguasai diri. Kini, rasa x syok dgn post yg dah berkurun pulak yg menyelubungi hati.
         
       Sebenarnya, aku x ada idea untuk cakap tentang apa. Tetapi, oleh kerana aku ingin mengisi post baru, jadi, ada idea ke, x ada idea ke, kena cuba jugak untuk ada idea..
     
       Cuti sekolah dah nak habis. Perasaan di hati ni, x tahu nak dikata. Sebab terdapat dua perasaan yg apabila dilihat, ia seolah-olah x sepadan langsung, tetapi bercampur gaul di hati ini. Aneh bukan? Entah la.. Apakah kedua-dua perasaan yg aku maksudkan? Err.. x apa la. Lupakan saja ya..

       Aku tau, anda pasti x faham dengan apa yg aku maksudkan kat atas tu. Biasalah, aku bercakap tu mggunakan bahasa otak, iaitu bahasa yg aku gunakan ketika berfikir. Begitulah aku, bila brfikir, aku akan brfikir secara mendalam dan lebih mendalam. Jadi, sesiapa yg ingin memahami apa yg aku mksudkan, anda perlu brfikir sedalam-dalamnya kerana ada sedikit trsirat di situ. (sikit je? hee~)

       Ok, kita bukak cerita baru, tutup cerita tentang bahasa otak tadi. Ha, hgpa semua pi mana cuti sekolah ni? Aku, hmm.. cuti sekolah ni pi K.L. je pun. Hihi.. Tapi kan, macam2~ yg berlaku cuti sekolah ni. Minggu pertama cuti sekolah, ada DRAMA dgn kelas tambahan, Kelas tambahan xyah kata apa2 kot.. Faham2 je la.. Haha. (sedap je mulut aku ckap mcam tu) Pasal drama ni, agak best la. Setiap kelas prlu mmpersembahkan drama mngikut kreativiti kelas masing2. Kelas aku, sgtlah kelam kelibut (bak kata cikgu kat sekolah aku) waktu drama hari tu. Dah la giliran yg 1st pulak tu. Fuh! Apa2pun, tahniah wat kelas yg menang. Nak tahu pemenangnya? 
            
                1st: 2 Ibnu Rushd - The Danger of Susuk
                2nd: 2 Az-Zahrawi - The Chosen One
                3rd: 2 Al-Razi - I My Me Mine

        Macam kenal je kan kelas yg dihighlight tu.. Agak2 la kan, kelas sapa la tu ya? Haha.. Main2 ja. Sekali lagi aku ucapkan tahniah wat pemenang. Yang x menang, cuba la lagi pada Drama Form 4 yg akan datang (manjang ayat ni ja).

        Baiklah, setakat ini sajalah idea yg dpt ku perah dan ku curah di tinta ini.. 


Sunday, May 15, 2011

PPT dah nak dekat. Sedarlah!

Assalamualaikum..

      Aku di sini ingin memberitahu bahawa 2 hari lagi PPT akan berlangsung. Oh tidak! (Boleh lagi aku berblogging kat sini)

      "Bangkitkan semangat dalam dirimu, Nadiah!" Itulah yg terdetik di hati sekarang ni. Cuba mewujudkan semangat utk mengulang kaji. Semalam baru ulang kaji Sejarah. Nasib baik masuk jugak dalam otak. Lebih baik ulang kaji ckit, tapi dapat inputnya, drp ulang kaji belambak, tapi x ingat langsung apa yg diulang kaji.

      Di sini, aku minta kat ampa semua wahai pembaca (minta sgt2 ni), doakanlah kejayaanku utk PPT ni. Sesungguhnya, doa anda amatlah ku pinta. Serious! Doakanlah daku, ya?

      Baiklah, setakat ini sahaja yg tangan aku nk taip. :)

Thanks for coming ! Hope you enjoy reading it !

Monday, April 25, 2011

Nasyid ASAT~

Assalamualaikum~

        Fuh~ Hari ni balik asrama semula. Baru ja balik rumah semalam nk dekat pkul 8 (ke dah pukul 8?). Letih ooo semalam. Kenapa aku letih?
    
         Semalam, aku masuk pertandingan nasyid ASAT peringkat negeri. Hari tu dah menang dah peringkat daerah (Alhamdulillah~), jadi, kali ni lawan peringkat negeri pulak. Lawan dgn 5 buah sekolah. Kat Pulau Pinang pun ada 5 daerah, jadi, 5 buah sekolah la. Biarpun letih, tetapi, Alhamdulillah, nasyid SMKA Al-Irshad telah menjadi johan peringkat negeri. Ini sememangnya merupakan ssuatu yg tidak disangka-sangka. (btol ke ayat aku ni ?)

        4 buah sekolah lagi yg aku brtanding ialah SMKA Nibong Tebal, SMKA Al-Mashoor (P), lagi 2 buah sekolah, x ingat. Minta maaf ya.. -.-

        Sebelum terlupa, terima kasih wat semua (trmasuk kawan2) yg telah mendoakan kump. nasyid SMAI agar dpt wat yg terbaik utk prtandingan semalam..

        Baiklah, yg tu je aku nk cerita. Sekadar mengisi post baru.
       
Till we meet again ! Salah dan silap harap dimaafi