Tengok tajuk post di atas. Pernah dengar x lagu tu? Mestilah pernah, hari2 terpasang dekat blog.

Dalam post ni, aku nk cerita tentang kali pertama aku bertemu dgn lagu ni. "Wah, dengar mcm best je!" Hihi, memang best pun. Alamak, perasan sendiri la. Tak adalah, saya main2 sahaja.

Waktu Literasi Komputer [LT], Teacher Zaiton Mahmod berada di hadapan kelas. Tiba2, Teacher Zaiton pergi ke arah aku lalu kejutkan aku. Ketika itu, teacher fikir aku tidur. Mujurlah Nurdiana Nabila beritahu teacher tentang kondisi aku. Teacher terus memegang dahiku, lalu mengatakan bahawa dahiku panas dan patut pergi ke klinik. Teacher pun telefon Ustazah Faizah, lalu menyuruh Diana pergi ke pejabat utk mengambil surat. Selepas itu, teacher menyuruh aku dan Diana ke kantin utk menunggu Ustazah Faizah. TERIMA KASIH TEACHER.
Setelah menunggu, akhirnya datang juga ustazah yg dicari. Bukan Ustazah Pilihan ya? Hihi. Sambung, selepas brtemu dgn ustazah, ustazah pun mengajak aku dan Diana masuk ke dalam kereta beliau. Dalam perjalanan ke klinik, ustazah pasang radio siaran IKIM. fm, PILIHAN UTAMA. Buat iklan pulak dah. Aku dan Diana hanya mendengarnya. Seronok bila dengar IKIM. Maklumlah, dah lama x dengar sejak darjah 6 dulu. Hmm.. bila dengar tu, tiba2, aku dengar satu lagu yg aku x pernah dengar lagi waktu tu. Aku cuba utk tangkap lirik lagu tu, balik rumah boleh search. Memang best la, aku rasa mcm ada hikmahnya aku demam. Boleh bertemu dgn lagu tu.


Alhamdulillah.. setelah sekian lama x bertemu, akhirnya Allah temukan aku lagi dgn lagu tu. Ketika itu, aku dan keluarga dlm perjalanan nk pulang ke asrama wat kali terakhir pada tahun ni. Sedang aku dengar lagu kat hanset aku, tiba2, trdengar lagu yg terpasang kt radio. "Dengar macam kenal. Ha, lagu ni la !" Aku masih ingat lirik yg aku tangkap dulu dan melalui lirik tu la aku dpt kesan lagu tu. Aku terus off kan lagu hanset aku. Alhamdulillah.. aku dpt tahu tajuk lagu tu. Dan itulah lagu DENGAN KUASAMU | NUR ONE.
Begitulah ceritanya tentang pertemuan aku dgn lagu ni. Dan semoga anda terhibur dgn lagu tersebut. Berakhirnya cerita ini, maka berakhirlah post pada kali ini.
Sekian.

No comments:
Post a Comment
Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.