Tuesday, December 6, 2011

Hargailah Masa

Assalamualaikum.


Ku renung jauh sambil menikmati keindahan ciptaan Ilahi. Hembusan pawana membawaku lebih jauh ke alam sendiri. Ku mengimbau kembali kenangan manis yg berlaku di sekolahku.

"Ya Allah ! Begitu baik hubungan antara aku dan semua rakan perempuan yg sekelas denganku ! Awal tahun dahulu, sempat lagi mengutuk perangai mereka. Kenapalah aku tidak maniskan lagi waktu itu dengan elakkan dosa itu dan memaafkan saja mereka?"

"Ya Allah ! Hubungan antara semua ahli dormku pada tahun ini sangat erat ! Sungguh sedih utk meninggalkan mereka. Dengan kehidupan asrama yg walaupun adakalanya membebankan, namun menarik utk diimbau kembali. Halaqah selalu ku datang lambat. Doa wahidah adakalanya x baca dgn kesungguhan. Baru kusedar, tahun hadapan ku tidak akan lagi melalui semua itu. Kenapa aku tidak maniskan lagi waktu itu dengan mendisiplinkan diri?"

"Ujian dan peperiksaan yg terdahulu aku meraih keputusan yg baik. Sememangnya menjadi kenangan manis dalam hidupku ! Setelah hilang semangat untuk belajar, akhirnya keputusanku merudum sekali. Dan akhirnya, membawaku kepada tangisan yg tidak dapat dilupakan hingga kini. Kenapa aku tidak melengkapkan lagi kenangan manisku dgn berusaha sebaik mungkin utk menjadi insan yg berilmu?"

Tiba-tiba, kenangan itu lenyap dengan serta-merta, seperti ada bayu yg membawanya pergi jauh dari fikiranku ketika itu. Fikiranku kembali ke dunia sebenar. Hati aku mula berdetik, "Ya Allah, aku rindu sekolah ! Rasa macam x sabarlah nak ke sekolah !" Namun, apabila difikirkan kembali, baruku sedar bahawa...

MASA dan DIRI KITA umpama berlumba lari. Apabila MASA sedang berjalan, KITA juga berjalan dalam melalui ranjau kehidupan. Berlumbalah dgn MASA dengan perkara yang bermanfaat. Jangan sampai MASA dapat memotong KITA. Pepatah arab kan telah menyatakan, masa ibarat pedang, sekiranya kamu tidak memotong ia, nescaya ia akan memotong kamu.

Hargailah nikmat yg Allah berikan. Nikmat yg sedang berjalan ketika ini, iaitu masa. Janganlah mengeluh pada 'hari ini', kelak kita rindu akan 'hari ini' pada masa hadapan. Agi idup, agi ngelaban. Selagi hidup, selagi itu kita berjuang. Dah masuk sejarah dah..


Janganlah kita persoalkan masa lalu untuk menyesalinya, kerana nasi sudahpun menjadi bubur. Persoalkan MASA LALU agar menjadi pengajaran kepada kita utk HARI INI, lalu menjadi bekalan utk MASA DEPAN.

Sekian, moga kita semua mendapat iktibar drp post ini.

No comments:

Post a Comment

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.