Friday, June 10, 2011

Sekadar Cer Citer..

Assalamualaikum..

       Sudah lama aku x post di tinta ini. Rasa malas menguasai diri. Kini, rasa x syok dgn post yg dah berkurun pulak yg menyelubungi hati.
         
       Sebenarnya, aku x ada idea untuk cakap tentang apa. Tetapi, oleh kerana aku ingin mengisi post baru, jadi, ada idea ke, x ada idea ke, kena cuba jugak untuk ada idea..
     
       Cuti sekolah dah nak habis. Perasaan di hati ni, x tahu nak dikata. Sebab terdapat dua perasaan yg apabila dilihat, ia seolah-olah x sepadan langsung, tetapi bercampur gaul di hati ini. Aneh bukan? Entah la.. Apakah kedua-dua perasaan yg aku maksudkan? Err.. x apa la. Lupakan saja ya..

       Aku tau, anda pasti x faham dengan apa yg aku maksudkan kat atas tu. Biasalah, aku bercakap tu mggunakan bahasa otak, iaitu bahasa yg aku gunakan ketika berfikir. Begitulah aku, bila brfikir, aku akan brfikir secara mendalam dan lebih mendalam. Jadi, sesiapa yg ingin memahami apa yg aku mksudkan, anda perlu brfikir sedalam-dalamnya kerana ada sedikit trsirat di situ. (sikit je? hee~)

       Ok, kita bukak cerita baru, tutup cerita tentang bahasa otak tadi. Ha, hgpa semua pi mana cuti sekolah ni? Aku, hmm.. cuti sekolah ni pi K.L. je pun. Hihi.. Tapi kan, macam2~ yg berlaku cuti sekolah ni. Minggu pertama cuti sekolah, ada DRAMA dgn kelas tambahan, Kelas tambahan xyah kata apa2 kot.. Faham2 je la.. Haha. (sedap je mulut aku ckap mcam tu) Pasal drama ni, agak best la. Setiap kelas prlu mmpersembahkan drama mngikut kreativiti kelas masing2. Kelas aku, sgtlah kelam kelibut (bak kata cikgu kat sekolah aku) waktu drama hari tu. Dah la giliran yg 1st pulak tu. Fuh! Apa2pun, tahniah wat kelas yg menang. Nak tahu pemenangnya? 
            
                1st: 2 Ibnu Rushd - The Danger of Susuk
                2nd: 2 Az-Zahrawi - The Chosen One
                3rd: 2 Al-Razi - I My Me Mine

        Macam kenal je kan kelas yg dihighlight tu.. Agak2 la kan, kelas sapa la tu ya? Haha.. Main2 ja. Sekali lagi aku ucapkan tahniah wat pemenang. Yang x menang, cuba la lagi pada Drama Form 4 yg akan datang (manjang ayat ni ja).

        Baiklah, setakat ini sajalah idea yg dpt ku perah dan ku curah di tinta ini.. 


2 comments:

  1. I MY ME MINE? SNSD's song ! <3

    ReplyDelete
  2. Haha.. Orang yg wat citer tu pun peminat Korea.. Sbb tu la.. tajuk citer drama tu pun ambil dri lagu korea..

    ReplyDelete

Komen, jangan tak komen~ XD