Showing posts with label Cerita Pagi Tadi. Show all posts
Showing posts with label Cerita Pagi Tadi. Show all posts

Friday, January 27, 2017

Cerita Pagi Tadi - versi medika

Assalamualaikum.

Pagi tadi, ketua batch GenTle (Gen-12) hantar Whatsapp kat Group Announcement Batch. Whatsapp tersebut merupakan mesej yang forwarded daripada mesej Dr. Azzizah kepadanya. Dalam whatsapp tersebut, terdapat JADUAL WAKTU SEM 2 serta beberapa pengumuman penting berkenaan sem 2 nanti. JADUAL WAKTU DAH DAPAT BAQ HAAAANG, HAHAHA. Macam mana besarnya huruf-huruf dalam ayat tu, macam tu la besarnya perasaan gementar aku masa tu. Haha! Aku download jadual waktu tersebut, lalu melihat jadual itu dari awal hingga akhir. Hari Isnin dah mula pulang pukul enam, dan tiada istilah rehat lagi buat hari Jumaat, huhu. Mujurlah kedua-dua hari tu berakhir dengan subjek-subjek yang ringan, Tamadun Islam dan Halaqah. Bahasa Arab dengan Inggeris pun dah upgrade, tak main dah English For Communication, Arabiyyah Al-Ittisoliyyah. Dah jadi For Academic dengan Al-'Ulum dah pon. Tapi takpalah kan, kata nak belajar perubatan untuk bantu ummah, tetapi kenapa lebih mengimpikan kesenangan dan rehat-rehat di rumah? Huhu deep fascia (bak kata dak2 medic).

Kenapa aku gementar? Ya la, macam biasalah, kehidupan kan makin lama makin susah. Dan ni, perubatan kot! Permulaannya pun sikit lagi nak terkapai-kapai.

Melihat jadual itu tadi pun menyedarkan aku bahawa sekejapnya cuti ni dah nak tiba ke penghujung. Hmm.

Okey, setakat di sini dulu.

Sunday, July 18, 2010

Cerita Pagi Tadi-Siri 5 (HaRi Yg PaLiNG GeMBirA D' DuNia!!)

Assalamualaikum suma!!

       Anda pasti tahu bagaimana perasaan saya pd hari ini (sila lihat topik di atas). Hari ni mmg gembira sgt!! X taulah bila nk abis feeling ni.. Nk tau napa??
       Pagi tadi Hari Anugerah Kecemerlangan kat SKMB II. Aku jadi penerima hadiah 5A UPSR '09. Alhamdulillah! Dpt hadiah. Yg paling bestnya, aku dpt jumpa cikgu2 ngan kawan2 SKMBII tahun lps!! Hmm.. Ckp psal perubahan, ada tu ada la jugak. Tapi x la ketara sgt.
        Selain tu, aku pun jumpa Amila! Dia dpt hadiah mata pelajaran terbaik-Bahasa Arab. Amila pulak makin comel. Eeee.. geram betul bila tengok dia!! Aqilah, adik angkat aku, pun sama. Makin comel!! X sangka depa masih ingat aku. Pelajar Tahun Enam pun sama, still baik2. Seronok jumpa depa!!
        Badrul x berubah, still ngan perangai dia tu.. Ashwinie makin cute! Apalagi dgn baju kurung SM Sains dia tu.. Maklum la, pelajar sekolah sains.. Mestilah kna nampak SMART! Aku, biasalah. Dgn baju batik asrama aku.. Hihi..
        Budak lelaki pulak, Fadzlun ngan Daniel, x brubah. Hidayat, ada la ckit perubahan. Dia makin tinggi, pastu dgn spectacles lagi! Depa pun, boleh tahan.. Not bad! (But who cares?? XD)
        Klah, rasanya sudah puas aku cita kpd anda. Gmbar pun dsertakan skali!

Dari kiri: Pn. Che Maizon (PK Pentadbiran), Pn. Hjh. Aishah (Guru Besar), aku, Siti Badrul Munirah, Muhammad Amirul Hidayat, Daniel, Fadzlun, Ashwinie, Ummi Nadiah, Pn. Norfaizah (PK Hem), En. Megat Aminuddin (PK Kokurikulum). 

Dari kiri: Aku, Badrul, Ashwinie, Ummi..

Sunday, May 2, 2010

Iklan..

Tontonilah Cerita Pagi Tadi musim ke-3, malam ini. Jgn ketinggalan! Hanya di Nadiah_Dia..

Sunday, March 14, 2010

Bestnya!!!!!!

   Oh, what a great day! Hari ni mmg antara hari2 terindahku di dunia. Semasa p jogathon kat sekolah rendah, SKMB II, mmg bestlah! Best sangat2, x terkira!! Fuh!

   Nak tau cam mana masa kat SKMB II? Tontonilah Cerita Pagi Tadi musim terbaru. Klik di sini, hanya di Segalanya Untukmu..

Thursday, December 24, 2009

Cerita Pagi Tadi..

Pagi tadi, aku dikejut oleh emakku dari tidur...

"Adik! Adik!"

Aku pun bangun lalu bertanya, "Ada apa?"

"Adik, adik x dapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh."

"Ha??!!!"

"Betul, Ummi dgn Syazan pun x dapat tawaran p SBP. Yang dapat hanya Ashwinie, Hidayat dan Fadzlun."

Bila mendengar tentang itu, rasa lain macam pulak dalam hati ini. Walaupun begitu, aku berasa sedikit tenang kerana aku telah mendapat tawaran ke SMKA Al-Irshad. Sekolah itu pun salah 1 drp sekolah yg terbaik di P.Pinang. Aku pun x perlu buat pilihan sek. mana yg aku harus pergi tahun hadapan. Lagipun, impianku ialah meneruskan pembelajaranku di sek. agama. Oleh kerana semua SBPI jauh2, terpaksalah aku pilih SM Sains yg berdekatan, tapi x dapat. Hihihi...

Kpd sesiapa yg x dapat tawaran ke SBP, janganlah sedih. Kejayaan kita bukan SBP yg tentukan, semuanya dengan usaha yg gigih dan atas keizinan Allah yg Maha Besar.

Sekian sahaja "Cerita Pagi Tadi" itu tadi. Sesiapa yg nak komen boleh komen di Shoutmix Chat Widget..