Friday, January 27, 2017

Cerita Pagi Tadi - versi medika

Assalamualaikum.

Pagi tadi, ketua batch GenTle (Gen-12) hantar Whatsapp kat Group Announcement Batch. Whatsapp tersebut merupakan mesej yang forwarded daripada mesej Dr. Azzizah kepadanya. Dalam whatsapp tersebut, terdapat JADUAL WAKTU SEM 2 serta beberapa pengumuman penting berkenaan sem 2 nanti. JADUAL WAKTU DAH DAPAT BAQ HAAAANG, HAHAHA. Macam mana besarnya huruf-huruf dalam ayat tu, macam tu la besarnya perasaan gementar aku masa tu. Haha! Aku download jadual waktu tersebut, lalu melihat jadual itu dari awal hingga akhir. Hari Isnin dah mula pulang pukul enam, dan tiada istilah rehat lagi buat hari Jumaat, huhu. Mujurlah kedua-dua hari tu berakhir dengan subjek-subjek yang ringan, Tamadun Islam dan Halaqah. Bahasa Arab dengan Inggeris pun dah upgrade, tak main dah English For Communication, Arabiyyah Al-Ittisoliyyah. Dah jadi For Academic dengan Al-'Ulum dah pon. Tapi takpalah kan, kata nak belajar perubatan untuk bantu ummah, tetapi kenapa lebih mengimpikan kesenangan dan rehat-rehat di rumah? Huhu deep fascia (bak kata dak2 medic).

Kenapa aku gementar? Ya la, macam biasalah, kehidupan kan makin lama makin susah. Dan ni, perubatan kot! Permulaannya pun sikit lagi nak terkapai-kapai.

Melihat jadual itu tadi pun menyedarkan aku bahawa sekejapnya cuti ni dah nak tiba ke penghujung. Hmm.

Okey, setakat di sini dulu.

No comments:

Post a Comment

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.