Saturday, February 17, 2018

Mencari Secebis Semangat

[Ditujukan khusus buat pelajar perubatan, tetapi semua golongan pembaca mampu mendapat manfaat, insyaAllah]

Sudah masuk tahun kedua aku bergelar pelajar perubatan. Semakin lama aku telusuri bidang ini, semakin jelas konsepnya yang aku temui, membuatkan aku lebih memahami bidang perubatan, lalu menjadikanku amat bersyukur untuk berada dalam bidang ini. Namun tak dinafikan, semakin banyak juga rintangan baru yang aku tempuhi apabila menginjak tahun demi tahun.

Adakalanya, sekuat-kuat insan ingin berehat. Berehat daripada segala dugaan yang menimpa, setelah sekian lama bertahan. Namun, masa untuk berehat hanyalah singkat sekali dan perlu cepat-cepat bangkit! Oleh itu, dalam jangka masa rehat yang singkat itu, walau apapun kekangan yang ada, aku perlu mencari sesuatu sebagai pemangkin untuk aku bangkit kembali. Apa saja yang aku boleh temui dalam tempoh masa yang pendek ini?

Semangat.
Ya! Secebis semangat.

Dari mana datangnya semangat itu?
Daripada tujuan utama kita ingin berada dalam bidang ini, di saat kita belum lagi berada dalam bidang ini dan kita nak sangat-sangat sehidup semati dengan bidang ini, pada ketika itu.

Aku cuba menggali segala tujuan yang berkenaan dengan hala tujuku ke bidang ini, sehinggalah aku terimbau kata-kataku ketika di sekolah rendah. Ketika itu, aku dan kawanku berbual tentang borang yang perlu diisi untuk pemilihan sekolah SMK/SMKA. Begini situasinya,

"Hang pilih sekolah mana?" Tanya kawanku.
"Aku pilih SMKA Al-Irshad. Aku pilih sekolah agama sebab nak jadi doktor macam Ibnu Sina!" Jawab aku dengan penuh semangat.

Aku berasa agak terkejut apabila teringat akan kata-kataku itu, ada dua sebab; (1) pada ketika itu, kata-kata itu sekadar dihamburkan secara bersahaja, akan tetapi, kata-kata itu seolah-olah menjadi doa dan asbab aku berada dalam jurusan ini, dan juga universitiku kini, USIM, (2) aku sudah mempunyai cita-cita untuk menjadi doktor berpengetahuan luas dalam Islam sejak kecil.

Dan aku juga bersyukur apabila terimbau perbualan itu, kerana daripada imbauan itulah aku mengerti bahawa bidang yang aku berada sekarang merupakan selangkah menuju cita-cita yang kuinginkan sejak kecil, sejak masih lembut kuku kaki ini, sejak masih belum memahami banyak lagi erti kehidupan.

Kawan.
Berapa ramai orang dalam dunia ini yang direzekikan Allah untuk merealisasikan cita-citanya semenjak kecil?
Mungkin ramai, tetapi yang pasti, bukan semua.
Andai anda antara golongan tersebut, maka bersyukurlah, walaupun anda kerap dihujani saat yang getir tak terperi ketika menuntut ilmu dalam bidang itu.
Lebih-lebih lagi pelajar yang menyambung perubatan, yakni majoriti daripadanya menyambung atas dasar cita-cita semenjak kecil.

Kita sudah dapat apa yang diinginkan,
tetapi adakalanya keinginan itu seakan-akan dihembus angin dan menghilang.
Namun hakikatnya keinginan itu tak menghilang,
cuma keinginan kita itu cuba didugai sang cabaran,
seolah-olah ada persoalan menerjah,
"betulkah kau nak jadi doktor (contohnya)?"

Aku sudah temui semangat yang dicari.
Anda bagaimana? Barangkali boleh cuba juga menggali zaman kanak-kanak anda. :)

- Nadiah Zainol

9 comments:

  1. way to go sunshine!! <3

    ReplyDelete
  2. No words can describe how amazing u are Nadiah. Keep strong n always hv this kind of sharing. I love it!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thanks Zakiah. You're amazing too, and inspiring me as well! 😃 InsyaAllah, do pray for my consistency in writing, okay? 😊😊

      Delete
  3. Semoga terus dikurniakan semangat dan motivasi, bersama-sama lah dalam perjuangan yang tak pernah sirna dari rintangan dan ujian, semoga terus kuat Insyaallah... ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. InsyaAllah. Semoga berlaku perkara yang sama juga buat anda. 😊💕

      Delete

Komen, jangan tak komen~ XD