Thursday, December 24, 2009

Cerita Pagi Tadi..

Pagi tadi, aku dikejut oleh emakku dari tidur...

"Adik! Adik!"

Aku pun bangun lalu bertanya, "Ada apa?"

"Adik, adik x dapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh."

"Ha??!!!"

"Betul, Ummi dgn Syazan pun x dapat tawaran p SBP. Yang dapat hanya Ashwinie, Hidayat dan Fadzlun."

Bila mendengar tentang itu, rasa lain macam pulak dalam hati ini. Walaupun begitu, aku berasa sedikit tenang kerana aku telah mendapat tawaran ke SMKA Al-Irshad. Sekolah itu pun salah 1 drp sekolah yg terbaik di P.Pinang. Aku pun x perlu buat pilihan sek. mana yg aku harus pergi tahun hadapan. Lagipun, impianku ialah meneruskan pembelajaranku di sek. agama. Oleh kerana semua SBPI jauh2, terpaksalah aku pilih SM Sains yg berdekatan, tapi x dapat. Hihihi...

Kpd sesiapa yg x dapat tawaran ke SBP, janganlah sedih. Kejayaan kita bukan SBP yg tentukan, semuanya dengan usaha yg gigih dan atas keizinan Allah yg Maha Besar.

Sekian sahaja "Cerita Pagi Tadi" itu tadi. Sesiapa yg nak komen boleh komen di Shoutmix Chat Widget..

No comments:

Post a Comment

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.