Tuesday, January 24, 2017

Hayat Medika - Perbezaan (Versi Introduction to Muscles)

Perbezaan.
Sehingga kini,
masih ramai lagi insan
yang tak mahu cuba
untuk menerima perbezaan.
Bila bergaul,
hanya bergaul dengan yang setaraf,
sama pandai,
sama pendapat,
sama kaya,
sama upaya,
sama 'HOT'.
Yang tidak setaraf,
bukan sekadar diabaikan,
malah ada yang dikecam dan diperleceh,
lalu terjadilah,
umat manusia yang berpuak-puak.

Malulah buat yang tidak mampu terima perbezaan,
kerana otot di jasad sendiri
pun menerima perbezaan.
Hebatkan otot-otot di badan kita?
Lihatnya sama sahaja,
berbeza rupa-rupanya.

Ya, otot kita sebenarnya
berbeza pennate (arah fiber otot);
ada yang unipennate, bipennate, multipennate, circumpennate,
berbeza bilangan kepala;
seperti biceps yang ada 2 kepala,
triceps yang punya 3 kepala,
quadriceps yang memiliki 4 kepala,
dan beberapa lagi perbezaan yang lain.
Namun mengapa otot-otot ini
hanya dilihat sama
hingga kita tak mampu membezakannya?
Kerana perbezaan itu,
melengkapi satu sama lain,
hingga otot-otot itu
dilihat seolah-olah punya
fungsi yang sama,
dan rupa yang sama.

Lalu,
bagaimana untuk hapuskan jurang perbezaan sesama kita?

Jadikan perbezaan itu suatu pelengkap.
Andai kita yang lebih baik,
bantulah yang kurang baik,
andai kita yang kurang baik,
belajarlah daripada yang lebih baik,
supaya kita semua dilihat sama
walaupun hakikatnya berbeza,
seperti otot-otot di tubuh kita.

Otot kita pun terima perbezaan,
kenapa tidak kita? :)

Sekian,
pengajaran daripada ciptaan Allah bernama otot.

                           Dari kiri: Gambar pertama - Unipennate & Bipennate muscles, 
                                        gambar kedua - Mulipennate & Convergent/Circumpennate muscles, 
                                        gambar ketiga - biceps brachii (otot 2 kepala yang terdapat di bahagian lengan). 
                                                 [Klik gambar untuk imej lebih besar.]

Tajuk: Introduction to Muscle
Subjek: Anatomy - Gross Anatomy

2 comments:

  1. Berbeza mana pun manusia..akan ada persamaan yg menyatukan kita.seperti otot kota..berbaleza mana pun dr segi anatomy nya..mereka berkongsi satu persamaan..iaitu untuk menyokong satu pergerakan anggota kita..nice writing nadiah bucuk :-)

    ReplyDelete

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.