Tuesday, December 2, 2014

Luahan Hati 2014

Assalamualaikum Warahmatullah.

Pergh! Post terakhir aku sebelum tajuk ni ialah pada tahun 2013. Maknanya, post ni post yang pertama untuk tahun ni! HAHAHA. Sebenarnya, dah lama dah aku perhati blog ni, bilalah boleh update baru. Dengan penuh kejenuhan, sesuatu yang jauh dari sudut hati aku, pujuk diri ni, "SPM~ SPM~" "Takpa takpa, lepas SPM, hang updatelah puas-puas." Alhamdulillah, bila dah merdeka dengan jayanya, setelah tibanya diri ini ke baiti jannati, aku cuba bergerak mengikut mindsetku. Dan Alhamdulillah, mindsetku dapat digerakkan seiring dengan takdir-Nya! Cuma post sahaja yang lambat sikit diupdate, sebab tak ada idea. Pada hari ini, aku cuba jua untuk menaip post ini... oops, seperkara lagi! Barangkali post ini juga merupakan post yang terakhir pada tahun ini, seperti kata omputih: for the first and last. Haa~ Sebab apa? Sebab tak lama lagi, mulai 6 Disember 2014, hihihi, KAMI WIRA WIRAWATI NEGARA~ PLKN! Hari-hari sebelum tarikh tu mestilah sibuk dengan persediaan nak pi PLKN.

5 Ibn Khaldun 2014

Hmm... bila aku bukak sahaja News Feed dekat fb, mulalah aku melihat tulisan-tulisan dan gambar-gambar yang boleh menerbitkan mutiara jernih daripada mata yang berkaca ini especially mata-mata milik warga The Valours Generation, Irshadian 1014. "Jemaah Subuh terakhir", "Irshad sentiasa di hati", oh! Susah nak percaya bahawa tahun depan aku dah tak menjalani kehidupan aku sebagai seorang murid sekolah. Hmm... Untuk tahun ni, Alhamdulillah. Aku dapat menuntut ilmu di kelas 5 Ibn Khaldun seperti yang diimpikan semasa form 4 dulu. Ya la, bila waktu form 4 duduk kelas IK, masa form 5 pun kena dok kelas IK jugak la. Itulah aku, suka keseragaman. Bila difikirkan balik, kelas IK ni menampakkan aku seorang yang pandai dan menyebabkan kawan2 mendoakan aku, "Takpala, Nadiah pandai." "Untung aaa, budak kelas IK." Memang sometimes it sounds annoying, but if I think it positively, depa sebenarnya mendoakan aku supaya jadi terus pandai dan pandai. Bukan aku ja yang alami menda ni for sure, banyak orang lagi sebenarnya. Terima kasih kawan-kawan, walaupun aku ni tidaklah seperti yang hgpa fikirkan. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang mengingatkan bahawa pujian itu adalah doa.

Ha! Bila cakap sahaja pasal kelas 5IK, dah tentulah ada deskmates! Deskmatesku yang tercinta: Lisa Amiera, Maisarah Smaimai & Nur Zahirah, terima kasih sangat-sangat sebab terima aku yang serba kekurangan ni sebagai kawan hgpa. Thank you sebab memulakan persahabatan dengan aku. Lebiu so much (ha tudia!). Memang lawak bila aku tengah buat kerja ja, dok dengar, "Wei jom gosip jom gosip!" "Wei ada gosip terbaru!" "Wei jom sambung perancangan kita." (Perancangan lepas SPM, padahal SPM pun tak start lagi masa ni, haha) Then, syukran sebab hgpa banyak share ilmu dengan aku plus ada dengan aku di saat gembira, gelong, mandom dan sedih especially. Sehinggakan aku terpengaruh sikit dengan perangai hgpa. Lisa, aku takkan lupakan sweet moments antara kita; ~Dengarlah bintang hatiku~

Untuk overall (kelas ni sahaja), kelas ni memang hingaq dan lawak! Tak kiralah pelajar ikhwah ka, akhawat ka, semuanya lawak-lawak. Peristiwa yang paling best ialah masa kelas Bahasa Inggeris. Tc Zainab buat debate kat PKP (Pusat Kegiatan Pelajar) yang bertajuk: Money is more important than beauty in finding future spouse (lebih kurang macam tu la). Hujah yang paling tak dapat dilupakan daripada pihak government ialah: 

(Terjemahannya) Saya ada satu analogi. Cuba kalau kita masukkan duit ke dalam mesin bank, dan kita tengok balik lepas 3 tahun, duit itu masih lagi elok. Cuba kita masukkan perempuan yang cantik ke dalam mesin bank, dan kita tengok balik lepas 3 tahun, perempuan itu dah tak cantik dah. 

Waktu tu, tunggu lagi, memang berdekah-dekahlah kat dalam PKP tu.

Dorm Rokiah 2014

Dorm? Rasa macam baru ja aku post menda ni kat fb:



Seperti kat printscreen tu, tahun ni aku jadi penghuni dorm Rokiah. Alhamdulillah, cik kiah2 mana yang form 5 semuanya hingaq2 belaka. Kepada Izzianti (beloved ketua dorm), Aqilah Lolz (Kulukulu), Ain Nur Syahmi, Nurfatin Syafiqah (beloved bedmate) & Ummi Nadiah (cik kiah terbaru), lebiu hangpa sangat2! Yan, teruskan kerajinan anda sebagai perempuan Melayu terakhir, HAHAHA. FatinSyaf, maintainkan keayuan anda. Aqilah, Ain & Ummi, maintainkan kegelongan anda. Tenkiu, syukran, & t. kasih sebab menjadi lampu tatkala daku dalam kegelapan dan menjadi kopi tatkala daku kepahitan di ~COFFEE HOUSE~ kita. HAHAHA. Sorry tau, berbalaghah (bersastera) sangat. Lepas ni, hgpa tak dengar aku berpuitis dah. Hurmm. Dan kepada adik2 cik kiah yang form 2 & form 1 tu; MilaTasya, Izatul (MekTown), NabilahZarudin, IllyaInsyiraa, MimiIsmail, SitiAfiqah, Balqis (adik kak Wani) & HudaHS (harap Huda paham, hahaha), lebiu & t. kasih sangat2 sebab dah jadi adik2 dorm yang baik, yang senyap especially Afiqah tu, hehehe. Jaga diri, jaga iman, jaga akhlak ok? INGAT! Tudia, nalla!

IRSHADIAN 1014

Kepada sahabat sebatch, yakni The Valours Generation, Alhamdulillah, ukhuwah antara kita makin meningkat, begitu juga dengan kefahaman kita tentang erti kesatuan. Aku kagum sangat dengan kepimpinan hgpa dan terima kasih jugak sebab menghargai sokongan dan bantuan daripada ahli bawahan yang seorang ini. Kepada Iman 'Iffah & Fatin Fadzir (mentor2 Fizikku), terima kasih sangat2 sebab ajaq aku dengan penuh kejenuhan sehingga ke lantunan suara yang terakhir! Pergh~~ Kepada Alia, t. kasih sebab jadi mentor Fizik & Kimia yang penyabar. Kepada Aminah (Siti2), thank you for being my diligent and cheerful mentor in English. Kepada sasterawatiku Wani Syaza , terima kasih sangat2 sebab sudi jadi personal mentor untuk karangan BM dan ketawa dikala ku berjenaka. Alhamdulillah, kat Irshad ni, orang hat pandai2 tu semua pakat share ilmu. Beruntung sangat dapat jumpa orang macam depa. Impressed sangat masa hari2 SPM yang kita dah lalui tu, baca Yaasin berjemaah, solat berjemaah, mathurat berjemaah, study berjemaah, memang nampak sangat kesatuan tu bila diperhatikan. Macam nak berperang! Masing-masing berusaha untuk taknak jadi 'kambing hitam yang terlepas dari kandang' seperti yang dikatakan oleh Ustazah Najihah masa kelas tambahan QS yang terakhir sebelum SPM. Aku bersyukur sangat sebab kita mulakan SPM kita dengan doa wahidah (oleh ikhwah) dan berakhir pun dengan doa wahidah (oleh akhawat kelas sains). Memang pergh!

Aspuri 1014

Dear sodiiqaati, macam-macam dah kita lalui bersama. InsyaAllah, aku takkan lupa usrah-usrah yang dibuat antara kita-kita ja. Antara peristiwa yang aku tak boleh lupa ialah usrah time nak dekat SPM tu. Banyak jugak la yang bangkit dan berdiri di hadapan untuk memberi ucapan + peringatan yang sangat bermakna. Dihiasi dengan Zikir Terapi Diri alunan Hafiz Hamidun, ramai pakat tak tahan nak mengalirkan air mata. Dan satu lagi ialah masa usrah asrama hujung minggu. Setiap form kena memparodykan lagu bukan nasyid menjadi lagu nasyid. Lagu Papinka, hmm. Bila aku dengar ja, mesti teringat hgpa semua. Banyak sangat kenangan kita yang berkait dengan lagu tu. Huhu, so sweet~ Kawan, semoga ukhuwah antara kita yang disulami dengan mathurat, doa rabitah & doa wahidah yang kita dah baca bersama akan sentiasa dipelihara oleh Allah. Terima kasih sangat2 sebab hgpa menerima aku seadanya. Doakan kejayaan kita semua untuk SPM ni tau?

Sahabat-sahabat yang telah hinggap di memori indahku (Cewah!)

Kepada sahabat yang sentiasa bersamaku; AinaYunus (Siti1), Wahidah (Wassini), Syafia (yang ayu), Mizah (cute), Aminah (Siti2), Balqis (Siti3), Naiematulsaadah (IemaSaadah), dan HaHiHa (HanaAmer, Hidayah & Hajar@Siti4), terima kasih sangat2 sebab terima insan ini seadanya. InsyaAllah aku (@Nadiah) takkan lupa hgpa semua! Uhibbukunna hubban jamma <3 ! Semoga ukhuwah antara kita terus erat, insyaAllah. Aina, Ida, Mizah, Naiemah, Syafia, dari form 1 lagi kot! Nanti tak dapat rasa dah makanan masakan Ida, emak Mizah & kek buatan emak Balqis~ Kepada Aminah, I won't forget your BIG EYES, HAHAHA. Don't worry aih, insyaAllah aku akan ingat semua yang ada kaitan dengan hang selain mata hang ja. Kepada Syamsina, Marya & Aiman, thank you for being my sunshine & two Jamaicans. Aliaa & Mizah (serius), thank you sebab jadi sahabat semerapuku. HAHAHA. Dan my sweeties, Humaira' & Hani, hgpalah sweeties yang paling sweet yang pernah aku jumpa selama ni.

Adik-adik orientasi

Kepada adik2 orientasi (for girls only): Nadia, Farissha, Zawani, Hazwani, Syafiqah, Afiqah (err banyak ni ja ka?), tenkiu sebab jadi adik2 yang baik sepanjang kak Nadiah & kak Fatin Najwa jadi faci hgpa. Pesanan daripada kak Nadiah: jaga diri, jaga hati, jaga iman, jaga akhlak tau. Hidup masa form 2 challenging jugak ooo! So jaga diri baik2. Jangan lupa apa yang dah diajar tak kiralah daripada sapa2pun.

SMKA Al-Irshad, bumi barakah, akan kusemat memori dan butir-butir ilmu yang kuperoleh di atma kecil ini buat selamanya.

Macam mana ya kehidupan tahun depan? Hmm... hanya mampu bergerak mengikut takdir-Nya.

Sekian untuk tahun 2014. Assalamualaikum.  

# Mana-mana istilah yang tak difahami bolehlah tanya kat ruangan komen di bawah. 

6 comments:

  1. ~Alhamdulillah, akhirnya....~
    -Waktu baca entry ni, rasa mcm ter'thrown back into retrospect'...kenangan di kelas yg x pernah dilupakan dan x leh nk dilupakan!
    -Syabas dan tahniah! Kita semua dh berjaya mgharungi setitis daripada selautan dugaan hidup kita...walau ada segelintir yg terkecundang T_T
    -Nadiah, I will always be your loyal reader..so keep on updating your blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ya Allah, terharunya~ Sapa la gerangan anonymous ni? Hmm rasa mcm nadiah tau ja sapa ni, HAHA. Tahniah jugak untuk anda yg dah berjaya mengharungi ranjau kehidupan di sekolah menengah. InsyaAllah, and I hope you'll pray for me to stay strong and health and also to have more ideas so that I'll keep updating this blog. Jazakillahu khair.

      Delete
  2. yaALLAH! terharunya baca blog ni! bnyk kenangan di irshad yg xkn dilupakn baik manis/pahit.
    even kluar asrama msa bln 6 f1 tp msuk blik f4(tu pn tgh2) seriously mmg rsa keindahan memoriesIRSHADIAN.
    SUSAH sbnrnya nk go in life luar dr irshad. irshad la sng nk bt itu ini...
    thanks nadiah for be my friend!
    thanks for be teacher and mentor... sori slalu ganggu nadiah msa spm!
    slmt mnjalani plkn! chaiyok!
    i will miss u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, aku hepi bila hg terharu baca blog ni walaupun kenangan psal irshad kat blog ni xla banyak mana pun apatah lg kt post ni ja. Memang, susah sebenarnya, tapi, kita boleh cuba dan usaha utk tetap hidup dlm biah Islam dgn praktikkan apa yg kita dah blajaq kt irshad. Mcm baca mathurat ka, al-mulk ka. Kita kna ingat dan hg pun kena peringat aku nnti. Kalau kita rindu & sayang irshad, praktikkan apa yg dah dipelajari kt irshad walaupun kita dah x duduk kt irshad. X, hg x pernah kacau aku pun. Tenkiu jugak sbb jd kawan aku. :) InsyaAllah, esok kot! Grr! Miss u too, insyaAllah. :)

      Delete
  3. Assalamualaikum Nadiah,

    Saya sangat teharu dengan penulisan kamu. sangat sangat. Segala memori yang kamu terjemahkan dalam bentuk penulisan ini membuatkan saya sangat sangat rindu untuk kembali ke bumi itu. Bumi yang mengajar saya macam macam. Di situlah, saya hafal Mathurat, Almulk , buat doa wehdah , tahu apa itu ukhuwah. Haih, kalau nak list, memang tak habis.

    Tapi Allah takdirkan saya hanya tiga tahun menuntut di bumi itu. Allah menyebut namaku di saat berjuta yang lain memohon bumi waqafan sana. Sebenarnya sangat berat nak tinggalkan. Dekat sana pun, saya belajar macam macam. Saya dapat macam macam. Tapi kalu saya nak bandingkan, memang dua dua best, namapun tempat tuntu ilmu kannn. Tapi saya lebih memandang Irshad sebab kat situ bermula segala-galanya. Kalau bukan ilmu yang saya dapat kat situ, entah di tahap jahil manalah saya berada bila di bumi waqafan. Whatever it is, kat setiap tempat mesti ada kurang lebihnya kan.

    Percaturan Allah hebat. Sangat hebat. Cinta saya untuk kedua dua bumi barakah itu tak akan pernah pudar .

    Saya sangka kamu boleh teka siapa saya. 1014

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam anonymous yang telah diketahui. (hahaha)

      Alhamdulillah, apa yg saya coretkan telah membangkitkan rasa cinta kamu terhadap bumi barakah, SMKA Al-Irshad, walaupun pada saya, I wasn't telling so much about school actually. Saya amat bersyukur apabila anda menemui apa sebenarnya yang saya ingin sampaikan kepada pembaca. Ya, memang benar. Setiap tempat ada kurang lebihnya. Namun, sebaik sahaja Allah meletakkan kita di sesuatu tempat itu, maka tempat itulah yang terbaik di mata kita sebenarnya, coz Allah brings what's the best to us. Ok.

      Delete

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.