Monday, June 13, 2016

Memori Seorang Wirawati A020

[It is supposed to be posted on February 2015 XD]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pembaca-pembaca sekalian,

sila baca tajuk di atas,

kemudian, lukiskan tanda soal di minda anda apabila gerak mata anda tiba di perkataan A020.

Sekian, terima kasih.

"Haa. So, what's the meaning of such code?"

Hahaha. Itu bukan kodlah sayang. Hehehe *habis hebatlah ni?* Itu merupakan nombor indeks yang dimiliki oleh semua wira dan wirawati kat PLKN. Haa, hari tu kan aku dah beritahu kat post yang lepas bahawa aku akan ke PLKN. Sekarang dah ada kat rumah dah. *Say, Alhamdulillah (hehe)*

Hari pertama di PLKN + first impression

Pada tanggal 6 Disember 2014, sungguh aku tidak percaya bahawa pada saat itu aku sudah berada di tempat pendaftaran. Aku seolah-olah merasakan hanya jasad sahaja yang berada di situ. Adakalanya, aku merasakan mindaku ikut sahaja ke mana mindaku diheret. Disuruh daftar, daftar ja. Disuruh naik bas, naik ja. Hanya bergerak mengikut takdir-Nya.

Aku sempat berkenalan dengan seseorang di sebelah seatku dalam bas, namanya Pavithra. Kemudian, kepalaku tunduk, mata terpejam, aku terus tidur. Sebaik sahaja aku mengangkat kepala, pandanganku terus menangkap pemandangan pintu gerbang "SELAMAT DATANG KE PLKN BUKT BESAR". 'Oh, aku sudah sampai di tempat ni,' getus hatiku. Fikiranku kosong, hanya bergerak mengikut takdir-Nya.

Malam itu, wira & wirawati solat di surau. Hanya solat Subuh, Maghrib dan Isyak sahaja di surau. Wira dan wirawati diasingkan dengan tirai di dalam surau. Selepas solat Maghrib, kami wirawati (trip pertama) berkumpul ala-ala usrah dengan Cikgu Faizah a.k.a Cikgu Faiz. Kata-kata cikgu yang satu ni memang aku pegang sampailah habis PLKN: "Kat kelas nanti, kalau kamu tak ambil pengajaran betul-betul, memang kamu akan kata, ala, apalah cikgu ni, macam aktiviti budak-budak ja. Tapi, kalau kamu bagi perhatian, ilmu tu sebenarnya sangat berguna untuk masa depan nanti, masa kamu nak bekerja nanti." Memang la ayatnya tak sebijik macam ni, tapi Alhamdulillah, aku still ingat apa yang cikgu nak sampaikan.

Momen-momen terindah di PLKN Bukit Besar

Bersama rakan-rakan sebilik


Rakan2 sebilik. Kami kompeni Alpha. :)

Perkara yang aku tak mampu lupakan adalah ketika aku mengalami demam panas di sana. Setelah pergi ke klinik (lupalah gelaran khas dia), aku diberikan ubat serta MC selama dua hari. Dua hari itu aku nikmatinya dengan penuh rasa ummm, hahaha. Hanya mampu berbaring di atas katil. Pada petang hari pertama aku menikmati MC itu, aku terkejut apabila sebaik sahaja mataku melihat dunia setelah tidur, batang tubuh sister Yee Kun terus muncul di hadapan mata sambil membawa makan malam. MasyaAllah, hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa terharunya perasaanku ketika itu! Bagai orang mengantuk disorongkan bantal.

Ada juga peristiwa yang menggeletek nurani kecil ini ketika itu. Aku tak berapa ingat sama ada peristiwa ini berlaku pada hari pertama atau hari kedua aku MC. Apabila sorang roomateku (tak ingat siapa) datang membawa makanan untukku, tidak lama kemudian, Syakiroh juga membawa makan malam untukku. Allah, aku sememangnya tak mampu untuk menghabiskan kedua-duanya. Mujur Syakiroh mampu menghabiskan makanan yang dibawanya itu.

Di surau, masing-masing sedang mengerjakan ibadat seperti membaca al-Quran, al-Mathurat dan majalah-majalah ilmiah sementara menunggu masuknya waktu Maghrib. Setelah membaca mathurat bersama kawan-kawan, aku hanya duduk memerhatikan kawan-kawan yang lain. Aku berasa sangat terharu dan adakalanya tersentuh apabila melihat kawan-kawan yang belajar semula dari bawah cara membaca al-Quran, selalu bertanya tentang cara bacaan dan tajwid. Ada juga yang datang kepadaku meminta ajarkannya membaca mathurat. Lebih mengharukan hati ini apabila suasana seperti ini didapati di Program Latihan Khidmat Negara. Allah Allah, moga-moga Allah terus melimpahi rahmat dan hidayah dalam kehidupan kita semua. By the way, aktiviti2 lasak kat sini semuanya diasingkan mengikut wira dan wirawati. 👍👍 

"Satu Semangat, HUHA!"

Aku ketawa kecil sebaik sahaja aku menaip tajuk di atas (juga merupakan sebuah cheer utk kumpulanku). Lawak, masih segar di ingatan apabila cheer tersebut dilaungkan. Kalau nak tahu, ini kumpulan waktu berada di kelas yang awal -- kelas dirombak setelah itu. Haa, ingat PLKN xdak kelas? Adaaa jangan kata xdak, tetapi subjek2nya bukanlah fizik, bio, akaun semua tu. Ada modulnya yang tersendiri. Sepanjang aku bekerjasama dengan mereka, mereka merupakan kawan sekumpulan yang sangat aktif, kadang2 annoying jugak. Tak dinafikan, ada jugak sesetengah ahli kumpulan yang pendiam. Aku bersyukur kerana mereka semua masih lagi mampu untuk menjaga pergaulan yang baik sepanjang kami semua berada dalam satu bulatan yang sama.

Alamak, gambaq xdak. Maklumlah, handfon ada kat tangan waktu hujung minggu jaa. Heh.

Malam terakhir

Allah Allah. Waktu ni memang waktu paling sedih rasanya, ya la, mana tidaknya, sekejap sahaja sudah tiba ke penghujung. Lagipun, bukan mudah untuk bersua semula dengan kawan2 PLKN ni, semuanya tinggal jauh2. Pada malam tu, ada satu majlis yang aku tak ingat namanya :'D, dia macam dinner besar-besaran gitu la, haa. Ada persembahan nasyid, tarian, nyanyian daripada cikgu2 lelaki PLKN, dan beberapa anugerah buat cikgu PLKN. Menarik, terhibur, semua rasa ada, namun bercampur-baur jua dengan perasaan sedih yang makin menjalar di hati dek sedar bahawa itulah malam terakhirku di situ.


Setelah selesai aktiviti di atas pentas, semua wira dan wirawati serta cikgu PLKN dikehendaki berada di luar untuk melihat pertunjukan bunga api. MasyaAllah, munculnya bunga api itu seolah-olah mengunci kenangan manis ini daripada terus lesap dari minda ini. Cantik sangat bunga api tu! Bunga api yang begitu banyak, dengan warna-warninya, berlatarkan langit yang kelamnya, haa!

Yang lebih manisnya, apabila malam tu, Kompeni Alpha diumumkan sebagai kompeni terbaik. Yeahh, Alhamdulillah.


Gambar ketika Hari Menembak :)
Pagi terakhir

Apa lagi? Semua pakat menangislah sebab dah nak berpisah, hehe. Tapi aku, tak. Pelik kan? Huhu, barangkali kerana deria penglihatanku yang kabur ketika itu membuatkan segala reseptor dan saraf seolah-olah kurang efisien untuk berfungsi. HAHA. Nasiblah, spec jatuh dalam jamban, oops! HAHAHAHAHAHA. Namun, hanya seorang sahaja yang mampu menggugurkan mutiara jernih dari kolam mata ni, iaitu Shuhaida. Ayat-ayatnya, sungguh, benar2 meruntun jiwa, ditambah pula dengan pengetahuanku iaitu dia pulang lewat sehari daripada kami yang pulang pada 14 Februari. Teringat jua, saat Chira beri sabun beras pada pagi terakhir itu~


Alhamdulillah, aku bersyukur sangat kerana dipilih Allah untuk singgah sebentar di Memori Seorang Wirawati A020 di PLKN Bukit Besar. PLKN Bukit Besar, bumi tarbiyah jua~

p/s: HAHAHAHA. Baru siap deh, padahal berkurun dah taip ni, tergantung buat sekian lama!

No comments:

Post a Comment

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.