Sunday, October 28, 2012

Syukur~

Assalamualaikum

Dah lama aku x berkongsi cerita kat sini. Lepas buat persediaan utk PMR dan berjihad ketika PMR, Alhamdulillah, ada jugak masa yg begitu banyak terluang dan alhamdulillah, ada satu berita gembira yang ingin aku kongsikan di sini.


Semasa aku ada kat asrama, aku telefon emak untuk bagitau bahawasanya aku akan balik pada esok tu. Apabila aku communicate dgn emak dalam public phone hijau tu , tiba2 saja emak aku bagitau, "Adik, adik dapatlah pi PERMATApintar." Lantas aku,

Aku  : Ya ka?
Emak: Ha~
 
Aku  : Ya ka?!
Emak: Ha~

Aku  : Ya ka?!!
Emak: Ha~


Lepas tu, x sempat berbual panjang, 40 sen melayang begitu cepat sekali. Perbualan aku dan emak pun terhenti. Sedih~ Aku pulang ke dorm dgn jeritan yg bervolume 50% . [Ceh.]

Hari esok, aku dah balik rumah. Aku terus cari surat tawaran. Alhamdulillah, serius memang gembira sangat-II . Sebab tahun ni peluang terakhir untuk aku layak ke PPCS [Program Perkhemahan Cuti Sekolah]. Ujian PERMATApintar ni hanya sampai tingkatan 3 ja. Lepas tengok surat, aku mencapai netbook hitam untuk semak kelayakan ujian UKM2 [walaupun dah tau resultnya].



Hmm.. kursus kali ni aku dapat 'Teknologi Hijau' atau lebih mesra dgn 'Green Tech'. Dan kali ni aku x sama course dah dgn kawan baik aku, Mawaddah. Dia dapat 'Fizik Lanjutan'. Khas utk Mawaddah, 


"X perlu bermuram durja. Dapat jumpa awak kt PPCS pun dah lebih dari cukup. Let's study hard in our respective course, so we'll share what we'd learn. At least x macam tahun lepas kan? What a heart-ranching, bila teringat awak tulis pasal saya dlm blog tahun lepas."
 
Pasal green tech, setakat ni, aku x search lagi kursus tu dgn lebih mendalam. Yg aku tau, dalam green tech ni, ada pendedahan tentang penggunaan sejenis tenaga iaitu 'green energy', utk menggantikan 'fossil fuels'. Lepas tu, dlm green tech pun ada pasal teknologi yg menggunakan tenaga yg boleh diperbaharui dan bertepatan dgn Green Building Index (GBI). Then, pelajar diberi peluang utk reka rumah hijau tu sendiri berteraskan 3 elemen penting, environmental friendly (mesra alam), stability dan natural system cooler. Green tech pun ada pendedahan tentang petroleum dan kaitan petroleum dgn isu dunia.

Nampak macam best jugak kan green tech ni, xpa la, bila dah belajar nanti pasal green tech, InsyaAllah aku kongsi lagi kat sini.

"Ya Allah, ajarkanlah aku apa yg aku tidak tahu dan apa yg aku lupa."


2009 - Dapat
2010 - Dapat
2011 - x dapat

2012 - DAPAT

Sekian

No comments:

Post a Comment

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.