Saturday, November 5, 2011

Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Sekolah..

Assalamualaikum..

       Aku di sini ingin mengimbau kembali tentang Sambutan Bulan Bahasa + mengotakan janji terhadap anda semua pada post yg lepas. Ingat x lagi? Kalau dah x ingat, rujuk post kat bawah ni.

       Sekolah aku telah mengadakan Sambutan Bulan Bahasa peringkat sekolah. Pertandingan yg diadakan ialah bahasa berirama, forum, kuiz, pidato, pantun dan bahas. Saringan dibuat pada hari Selasa dan finalis akan bertanding sekali lagi pada hari Khamis iaitu ketika Majlis Penutup Sambutan Bulan Bahasa. Pertandingan yg ada peringkat akhir: pantun, bahas, forum dan pidato.

       Bahasa berirama. Aku x tengok la depa lawan sbb waktu tu aku menyertai saringan utk ****** [you will know it later]. Dan keputusannya:

       Tempat pertama: 2 Al-Farabi
       Tempat kedua   : 2 Az-Zahrawi
       Tempat ketiga   : 2 Al-Razi

       Konduktor Terbaik: Fatin Nabilla (2 Al-Razi)

----------------------------------------------------------------------------------

Sekarang, aku mahu cerita tentang Majlis Penutup Sambutan Bulan Bahasa.

       Acara yg pertama sekali ialah pertandingan pantun. Pasukan terdiri drp Pasukan 2 Al-Farabi (Alia, Humaira', Syamsina, Nadhira & Hajar) dan Pasukan 2 Al-Razi (Lisa, Annisa, Izzan, Syifaa & Ayu). Nampak macam susah jugak la tengok depa bertanding. Siapa yg pandai berpantun tu mmg rasa senang la kan. Tapi best la tengok, dah la lawan pakai baju kurung. Ngee~ Dan keputusannya:

       Tempat pertama: Nur Alia Nabihah (2 Al-Farabi)        Tempat kedua   : Nur Syamsina (2 Al-Farabi)                Tempat ketiga   : Lisa Amiera (2 Al-Razi)

      Acara kedua - bahas. Dengar saja perkataan "bahas" mesti kita rasa macam gah kan? Macam pergghhh gitu. Ha~ Dah la yg masuk pun tingkatan 2. Baru tingkatan 2 dah pandai berbahas. Finalis2nya ialah: Kerajaan - Amsyar Husaini, Nur Syazwani Syaza, Azim Haziq. Pembangkang - Yusuf, Amirah Afiqah, Adibah. Usul yg perlu dibahaskan ialah "Kehidupan di Asrama Menjamin Masa Depan yang Seimbang" [kalau salah tolong betulkan, ya]. Memang hebat la depa semua ni. Kadang2 lawak jugak, ni la antara faktor yg aku suka tengok bahas ni. Barisan pembangkang semuanya style garang2 ar, haha. Dan keputusannya:
     
     Usul: Diterima

     Pembahas terbaik:
     Tempat pertama - Adibah (2 Ibnu Rushd)                      Tempat kedua    - Nur Syazwani Syaza (2 Ibnu Sina)
     Tempat ketiga    - Amirah Afiqah (2 Ibnu Sina)

     Acara yg seterusnya - forum. Pertandingan ni disertai oleh pelajar tingkatan 3 sahaja. Pertandingan ni terdiri drp 3 orang ahli panel dan seorang pengerusi majlis. Pandai kak2 ting. 3 beri hujah masing2. Hujah diberikan tentang masalah pelajar asrama - tidur di dalam kelas. Macam lawak je kan tajuknya? Tapi itulah lumrah pelajar asrama. Dan keputusannya, err.. alamak. Terlupa la pulak nama kak tu. Emm.. xpa la. Kalau dah tau nnti aku bagitau ya? "Kpd kak yg berkenaan, kami minta maaf ya?"

     Acara yg terakhir - pidato. Hurm.. saringan telah dilakukan dan keputusannya:

     Tempat pertama: Siti Aminah (2 Al-Farabi)
     Tempat kedua   : Nur Syifaa Hanisah (2 Ibnu Khaldun)
     Tempat ketiga   : Hannan Sofwah (2 Al-Farabi)

     Namun, yg berentap ketika majlis penutup hanyalah Syifaa Hanisah kerana Siti Aminah diganti oleh saya sendiri (saya pulak dah) kerana Siti Aminah berada di Sabah ketika final berlangsung. Begitu juga dengan Hannan Sofwah yg diganti oleh Ahmad Bustaman kerana Hannan berada di KLIA pd final. Ada pidato terancang dan pidato spontan. Keputusannya:

     Tempat pertama: Nur Syifaa Hanisah (2 Ibnu Khaldun) - 91%
     Tempat kedua   : Nur Nadiah Nadhirah (2 Al-Razi) - 86% [Alhamdulillah..]
     Tempat ketiga   : Ahmad Bustaman (2 Al-Razi) - 70%

     Acara diteruskan dengan persembahan bahasa berirama drp Johan Bahasa Berirama [2 Al-Farabi] dan koir drp 2 Az-Zahrawi. Haha. Bahasa berirama, best! Koir, haha. Ni dia equation utk koir 2AZ:

     Lawak + Best = Koir 2AZ

     Lepas tu, persembahan sajak dan majlis berakhir dgn penyampaian hadiah. Dan berakhirlah sudah Majlis Penutup Bulan Bahasa. Maka, berakhirlah juga post pada kali ini. Minta maaf sgt2 sbb xdak gambar utk post ni. Bluetooth buat hal. Apa boleh buat, manusia yg merancang, Allah yg menentukan. Redha sajalah dgn ketentuanNya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui tentang apa yg terbaik utk kita semua.

     Sekian.

6 comments:

  1. Tahniah atas kejayaan hg cik NNN.. aku mntk maaf sbb x sempat nk bgitau kt hg hri tu.. Cayalah! Cik NNN berbakat dalam penulisan. Berusahalah ya!

    ReplyDelete
  2. @Gadis Cadbury

    Terima kasih. xpa. Penulisan? Bukan pidato ke? Apa2pun, terima kasih..

    ReplyDelete
  3. tahniah jugak nadiah.. tak sgka btch kta ni gempak giler.. apa2 un tahniah atas pncapaian..

    ReplyDelete
  4. Ye la, penulisan. Kan pidato perlukan teks ucapan sendiri. Teks tu hg bersusah payah fikirkan idea apa.. :)

    ReplyDelete
  5. @ Nur Ain bt. Yusri

    terima kasih.. tu la.. mmg gempak! : D

    ReplyDelete
  6. @ Gadis Cadbury

    owh. stakat penulisan, hg pun leh buat. tapi, Alhamdulillah, Allah bgi idea. : )

    ReplyDelete

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.