Showing posts with label Nukilan Tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label Nukilan Tarbiyah. Show all posts

Sunday, June 19, 2016

Jatuh

Malam itu merupakan malam terakhir aku berada di Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC), Nilai Impian sebelum aku pulang ke Pulau Pinang yang kucinta setelah selesai menuntut ilmu sebagai pelajar asasi di Pusat Tamhidi USIM selama hampir setahun. Di rumahku, hanya aku dan Nana berada di dalam rumah. Yana dan Auni belum pulang dari Jamuan KTS2, Piqun, Rasyidah dan Sarah pula sudah pulang ke kampung halaman.

Suasana kelihatan sunyi ketika itu, dihiasi dengan beg-beg bagasi dan barang-barang lain milik penghuni rumah ini. Aku dan Nana berbual panjang, maklumlah, belum tentu lagi kami dapat bersua semula. Hanya dengan izin Allah sahaja kami bakal bertemu kembali, mudah-mudahan. Entah bagaimana, perbualan kami berdua boleh tiba ke suatu peristiwa yang memilukanku itu:

"Saya kesian tengok awak menangis tahan sakit waktu kita ada kat dalam ambulans dulu." Kata Nana.


* * * * *

Malam itu, aku pulang dari rumah Maznah yang hanya beza satu aras dengan rumahku. Sambil membawa laptop, kakiku tersilap langkah ketika menuruni tangga yang simennya kelihatan pecah-pecah itu.

"DUMMM!"

"Astaghfirullah!"

Aku jatuh melutut. Laptop selamat dalam pelukan. Aku terdiam. Kaku. Ya Allah! Ini bukan mimpi sayang, ini realiti! Benar-benar terjadi pada kaki ini! Aku tak mampu bersuara apa-apa, apatah lagi bergerak. SAKIT!

"Ya Allah, jatuh ka ni?!" Terdapat dua orang yang datang kepadaku.

Aku hanya mengangguk, lantas menangis kerana terlalu sakit.

"Dengaq dari atas hangpa jatuh, sat na, kami panggil yang lain." tutur salah seorang daripada mereka menggunakan loghat utara. Baruku tahu bagaimana mereka boleh tiba di situ.

Ramai-ramai turun untuk menolongku. Ada juga beberapa kawan sekelasku yang turut menolongku, Afiqah dan Maznah. Mereka begitu terkejut kerana tidak menyangka bahawa akulah yang terjatuh itu. Afiqah memegang laptopku, manakala kawan-kawan yang lain memapahku sambil menuruni tangga ketika membawaku pulang ke rumahku, A-2-5.

Aku? Hanya menangis sambil menutup mata ketika berusaha segigih yang mungkin untuk berjalan, kerana tidak sanggup melihat luka yang bakal meninggalkan parut di kaki ini.


***

"Nadiah, felo dah tengah tunggu kat bawah." Sarah memberitahuku setelah menerima respon melalui SMS daripada felo bertugas yang dicari oleh kawan-kawan serumahku dengan penuh kejenuhan. Aku bersiap sekadar yang mampu untuk turun ke bawah. Ketika ini, aku sudah membuka mata dek mula menerima takdir yang menimpa. Rasyidah dan Sarah memapahku sepanjang perjalanan kami kerana aku sememangnya tidak mampu untuk berjalan sendiri pada waktu itu.

***

Tepat jam 12 tengah malam, ambulans USIM tiba di hadapan blok A setelah dihubungi staf keselamatan kerana aku memilih untuk ke hospital kerajaan. Aku dipapah kawan-kawanku sehinggalah aku menjejaki ruang ambulans itu. Kemudian, Nana turut masuk ke dalam ambulans untuk menemaniku secara sukarela setelah ditanya oleh pihak ambulans. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk menemaniku. Aku terharu, Nana yang sangat menjaga waktu tidurnya itu, pada kali ini, mengorbankan waktu tidurnya demi menemani diri ini! Allah.

'Akhirnya, merasa jugak aku duduk dalam ambulans,' getus hati kecilku. Sempat lagi. 

Perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban agak memakan masa, walaupun ambulans dipandu begitu laju! Hospital itulah satu-satunya hospital yang paling dekat dengan KKNC, walaupun hakikatnya agak jauh. Aku memegang tangan Nana erat, bimbang bakal terjatuh dari katil dek kelajuan ambulans di tahap maksima itu. Namun, di sebalik kebimbangan itu, mindaku ligat mengimbau saat itu.

Saat dari mula-mula aku terjatuh,
sehingga di ambulans kini,

iaitu saat yang menjadikan perasaan terharu ini semakin menjalar di ladang hati, lalu air mata mula bertakung, seakan-akan diseru untuk turun menemani perjalanan ini.

Aku kelihatan seakan-akan menahan sakit pada detik itu.

Namun, bukan kerana itu air mataku diseru.

Tapi kerana...

* * * * *

"Nana, Nadiah sebenarnya bukan nangis sebab tahan sakit."

"Habis tu, sebab apa Nadiah?"

"Sebab Nadiah terharu, Allah hantarkan sahabat-sahabat yang baik sangat untuk tolong Nadiah masa tu. Terharu sangat-sangat!"

TAMMAT.

p/s: Terima kasih buat semua kawan yang menolongku ketika insiden yang bertanggal 14 Februari ini. Kawan-kawan yang tolong papah, Maznah yang buat first aiddrive malam-malam semata-mata nak beli bandage dan hantaq aku tiap-tiap hari ke USIM sepanjang kaki sakit, Afiqah yang tolong pegang laptop, teman Maznah dan habaq kat kawan-kawan TTS2 muslimat mintak doakan diri ini, housemates tercinta; yang bersusah-payah mencari felo & akak JAKSA, Rasyidah dan Sarah yang tolong papah jugak dan Nana yang teman sepanjang berada dalam ambulans & hospital serta teman Nadiah pada keesokan paginya dan beli sarapan & makan tengah hari dan Yana yang tolong belikan makan petang,  kawan-kawan TTS2 yang mendoakan kesembuhan, Aiza dan Hana yang rajin melawat diri ini, tidak lupa yang bertanya khabar kaki ini walaupun setelah dua minggu insiden itu berlalu, dan tidak lupa juga buat kawan Auni sorang tu yang begitu curious memikirkan punca kakiku mendapat luka. Terima kasih jugak buat family yang risau dan mendoakan kesejahteraan diri ini, Madam Safiah & suami yang bagi Vaseline, dan Ustazah Azniwati yang bertanya khabar. Terima kasih sangat3 buat felo En. Izzat (kot-kot la kalau terjumpa entri ni XD) yang sanggup lalu highway semata-mata untuk mengambil aku dan Nana pulang dari hospital, dan juga buat pihak ambulans USIM (xtau panggilan yang sebenar). Moga Allah membalas kebaikan kalian.

Panjangnyaaaa hah!

Monday, March 25, 2013

Orang biasa, perbuatannya bermula daripada apa yang dilihatnya. 
Orang luar biasa, perbuatannya bermula daripada minda yang bervisualisasi.

Saturday, February 9, 2013

Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.

-Imam Syafie-
Jangan pernah keluar daripada kepompong niat! Sebab tu ramai yang memberontak.

Sunday, January 27, 2013

Hidup = Pelangi

Hidup itu ibarat pelangi. Tanpa warna gelap, sakit mata kita memandang pelangi tu. Tanpa warna cerah, pelangi tu takkan terserlah. Hidup pun macam tu jugak. Tanpa duka, kita tak tahu erti gembira. Tanpa suka, hidup ni akan suram dan kelam sangat2. Suka duka inilah warna warni kehidupan~ 


Sekian. #Cantik x blog? XD

Monday, November 19, 2012

Klip Kertas Biru

Klip kertas biru, hmm.. aku sebenarnya tidak tahu apakah panggilan untuk alat ini dan fungsi sebenarnya, namun kebanyakan kawan-kawanku menggunakannya untuk menanda halaman novel yang mereka baca. Aku hanya memanggilnya 'klip kertas' kerana alat ini berbentuk klip kertas yang bersaiz besar. Alat inilah yang menjadi hadiah untuk semua pelajar asrama puteri (aspuri) di sekolahku. Setiap tahun, apabila hari sekolah hampir tiba ke penghujungnya, semua pelajar aspuri mendapat 'hadiah form' daripada Jawatankuasa Aspuri.


Sebaik sahaja penghuluwati tingkatan tiga meletakkan kotak berisi 'klip-klip kertas', aku melihat 'klip kertas' yang berwarna merah jambu. Sungguh, klip kertas itu sememangnya menawan, lalu tangan aku bersedia untuk mencapainya! Tidak sampai sesaat pun berlalu, semua pelajar tingkatan tiga cepat-cepat mengambilnya. Aku yang tidak selesa akan suasana sedemikian, gagal untuk mencapai klip kertas merah jambu. Kegagalan itu menyebabkan aku tercapai klip kertas yang berwarna biru.

Aku tidak sedar 'klip kertas' biru yang kucapai, sehinggalah aku melihatnya di genggamanku. "Biru?? Argh!" Aku agak emosi selepas itu, hati tidak senang, jiwa kacau-bilau. Pelik. Selama ini aku tidak pernah kisah akan apa-apa yang aku peroleh. Hanya al-'Alim sahaja yang tahu punca disebalik emosiku ini.

Kawanku yang mengetahui keadaanku itu, menasihati aku agar menerima hadiah itu seadanya. Aku turut cuba memujuk diri, agar tidak lagi beremosi hanya kerana perkara kecil. Aku cuba untuk mengakui klip kertas itu sebagai kepunyaanku. Dengan secara tiba-tiba, iman memberi peringatan kepadaku.

"Terimalah klip kertas ini seadanya, sudah takdir Allah untuk alat itu menjadi milikmu. Sesungguhnya, setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmahnya. Sebagai manusia, anda pasti ingin kawan anda menerima anda seadanya. Anda pasti akan sedih, dan adakalanya geram apabila mendengar umpatan tentang kelemahan anda bukan? Macam klip kertas ni la, cuba kalau anda berada di tempatnya yang tidak mahu diterima oleh tuannya, mesti anda akan berasa sangat, sangat sedih."


Sejak itu, aku melihat klip kertas biru itu buat kali kedua. Hati aku mula berdetik, "Mungkin ini yang terbaik untukku, bukan yang merah jambu tadi." Akhirnya, Alhamdulillah~ Aku sudah mampu menerima klip kertas biru itu sebagai milikku dengan sepenuh, dan setulus hati.

Tuesday, December 27, 2011

Buat Sahabat..

Assalamualaikum.

Ku bukanlah sasterawan, yg mampu menukilkan puisi indah. Ku hanya mampu mendendangkan nasyid di sini serta memaparkan liriknya berjudul SAHABAT utk anda hayatinya. Nasihat buat sahabat, janganlah berkecil hati jika sahabat anda tidak memberi ungkapan rindunya buat kamu. Sesungguhnya, sebutir mutiara doa buat sahabat lebih berharga daripada 1001 ungkapan rindu di bibir. Hayatilah lirik ini~

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah daku dalam doamu
Begitu indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

Sumber: liriknasyid.com

Kredit buat sahabat Nur Mawaddah kerana memberi ilham (highlight pelangi)

Sekian.

Tuesday, December 20, 2011

Penggunaan Air Tanah Dalam Penyucian Najis Mughalazah

Assalamualaikum.

Seperti yg kita semua tahu, untuk menyucikan najis mughalazah, kita perlu cuci dgn 6 kali air mutlak dan 1 kali air tanah. Ha, mesti ada di kalangan para pembaca yg tertanya-tanya, kenapa perlu disertai dengan air tanah? Meh sini nak habaq mai.  

         Ini kerana berdasarkan hadis Nabi SAW:
"Sucinya bekas salah seorang kamu apabila dijilat anjing hendaklah membasuhnya dengan tujuh kali air. Enam kali air mutlak dan satu kali air tanah". (Hadis riwayat Muslim dan Ahmad).

          Dan sebuah kajian telah dilakukan. Para pengkaji telah mengambil bakteria drp seekor anjing gila [dimana bakteria pada anjing gila lebih aktif berbanding pada anjing biasa] lalu merebus dgn air didih sehingga (x ingat, sama ada 300 atau 400 darjah celcius). Namun bakteria2 itu hanya TIDUR.

         Tetapi, apabila hanya DITITISKAN air tanah ke atas bakteria itu, bakteria itu terus mati.

         Sebab itulah disertakan air tanah dlm penyucian najis mughalazah.

         Sekadar berkongsi ilmu yg diperoleh drp 30 MINIT USTAZ DON.

         Sekian.

Sunday, December 18, 2011

Ragam Hati

Assalamualaikum.

Ya Allah. Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu. Malam ni, tiba-tiba ja rasa tak senang hati. Sebab apa? Hati letih kah? Risaukan sesuatukah? Entahlah~ Hanya itulah jawapan yg dapat kuungkapkan. Suatu ragam hati yg tidak dapat diketahui oleh sesiapapun, yg memiliki hati ini pun x terkecuali. Hanya Al-Khaliq yg Maha Mengetahui.

         Syukur Alhamdulillah, Allah memberi kedamaian kepadaku melalui lagu yg terpasang ni. Lagu SELAMATKAN DUNIA. Memang rasa tenang, lalu Allah beri kedamaian lagi melalui peluang yg Allah berikan kepadaku utk menaip di sini. Alhamdulillah, rasa tak senang hati pun semakin berkurang. TERIMA KASIH YA ALLAH !

         Ya Allah. Risaunya andai kita semakin jauh dari Allah. Ada satu ayat ni, memang aku suka. Even it's just a simple sentence, it brings an awesome meaning.


Biar putus cinta dgn manusia Jangan putus cinta dgn Allah

         Ini dia, linear equation khas utk tujuan post ini ditaip.

Luahan hati + Pesanan utk diri + Pesanan buat pembaca sekalian
= Post "Ragam Hati"

         Sekian.

Tuesday, December 6, 2011

Hargailah Masa

Assalamualaikum.


Ku renung jauh sambil menikmati keindahan ciptaan Ilahi. Hembusan pawana membawaku lebih jauh ke alam sendiri. Ku mengimbau kembali kenangan manis yg berlaku di sekolahku.

"Ya Allah ! Begitu baik hubungan antara aku dan semua rakan perempuan yg sekelas denganku ! Awal tahun dahulu, sempat lagi mengutuk perangai mereka. Kenapalah aku tidak maniskan lagi waktu itu dengan elakkan dosa itu dan memaafkan saja mereka?"

"Ya Allah ! Hubungan antara semua ahli dormku pada tahun ini sangat erat ! Sungguh sedih utk meninggalkan mereka. Dengan kehidupan asrama yg walaupun adakalanya membebankan, namun menarik utk diimbau kembali. Halaqah selalu ku datang lambat. Doa wahidah adakalanya x baca dgn kesungguhan. Baru kusedar, tahun hadapan ku tidak akan lagi melalui semua itu. Kenapa aku tidak maniskan lagi waktu itu dengan mendisiplinkan diri?"

"Ujian dan peperiksaan yg terdahulu aku meraih keputusan yg baik. Sememangnya menjadi kenangan manis dalam hidupku ! Setelah hilang semangat untuk belajar, akhirnya keputusanku merudum sekali. Dan akhirnya, membawaku kepada tangisan yg tidak dapat dilupakan hingga kini. Kenapa aku tidak melengkapkan lagi kenangan manisku dgn berusaha sebaik mungkin utk menjadi insan yg berilmu?"

Tiba-tiba, kenangan itu lenyap dengan serta-merta, seperti ada bayu yg membawanya pergi jauh dari fikiranku ketika itu. Fikiranku kembali ke dunia sebenar. Hati aku mula berdetik, "Ya Allah, aku rindu sekolah ! Rasa macam x sabarlah nak ke sekolah !" Namun, apabila difikirkan kembali, baruku sedar bahawa...

MASA dan DIRI KITA umpama berlumba lari. Apabila MASA sedang berjalan, KITA juga berjalan dalam melalui ranjau kehidupan. Berlumbalah dgn MASA dengan perkara yang bermanfaat. Jangan sampai MASA dapat memotong KITA. Pepatah arab kan telah menyatakan, masa ibarat pedang, sekiranya kamu tidak memotong ia, nescaya ia akan memotong kamu.

Hargailah nikmat yg Allah berikan. Nikmat yg sedang berjalan ketika ini, iaitu masa. Janganlah mengeluh pada 'hari ini', kelak kita rindu akan 'hari ini' pada masa hadapan. Agi idup, agi ngelaban. Selagi hidup, selagi itu kita berjuang. Dah masuk sejarah dah..


Janganlah kita persoalkan masa lalu untuk menyesalinya, kerana nasi sudahpun menjadi bubur. Persoalkan MASA LALU agar menjadi pengajaran kepada kita utk HARI INI, lalu menjadi bekalan utk MASA DEPAN.

Sekian, moga kita semua mendapat iktibar drp post ini.

Friday, November 25, 2011

Jangan banyak bicara, diam lebih baik

Jangan banyak bicara, kelak akan binasa. Pepatah Melayu telahpun berkata, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Banyak bicara, ketelanjuran bicaralah alamatnya.

         Kata-kataku di atas merupakan kata-kata yg sememangnya datang dari lubuk hati. Pengalaman yg telah dialami, dari situlah wujudnya kata-kata tersebut dan aku pelajari, banyak bicara akan membinasakan diri. Oleh itu, di sini aku ingin berpesan buat anda semua bahawa berhati-hatilah dalam berbicara, dan jangan terlalu banyak berbicara. Diam itu lebih baik. Biarlah diam kita itu sebahagian daripada ibadah kita.

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..
>TAPI...
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..
>KERANA...
DIAM kita mungkin disalah tafsir...
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka...
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..
>MAKA...
jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM!!!!
ALLAHURABBI...

 

          Sekian..

Wednesday, November 23, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Tidak wajarlah bagi orang yang bodoh, berdiam diri atas kebodohannya. Dan tidak wajarlah bagi orang yang berilmu berdiam diri atas ilmunya. [Hadis Riwayat al-Thabrani dan Abu Na'im]

Hadis ini menjelaskan bahawa orang bodoh takkan bodoh selamanya jika dia membulatkan tekad lalu berusaha ke arah kecemerlangan. Manakala orang yang berilmu tidak wajar untuk berdiam diri atas ilmunya, sebaliknya menyebarkan ilmu yang ada, mengajarkan ilmu yang ada kepada orang lain. Ingat! Mengajar ilmu menyamai sedekah! Dan ilmu tidak akan berkurang, malah akan bertambah apabila berkongsi ilmu dengan yang lain.

Pengajaran: Kita mestilah berusaha ke arah kejayaan jika kita tidak mahu lagi dibelenggu kebodohan. Orang yang berilmu haruslah berkongsi ilmu dengan yang lain.

p/s: Post ni sesuai untuk pelajar2 yg bakal menghadapi peperiksaan apapun, terutamanya peperiksaan besar. : D

Sunday, November 20, 2011

Tak Malukah Kita?

Allah pinjamkan mata kpd kita untuk kita melihat perkara baik.
Tetapi kita menggunakannya utk melihat perkara yg x patut dilihat.
Tak malukah kita?

Allah pinjamkan mulut kpd kita utk kita menyebut asma' Allah dan berbicara tentang perkara yg baik.
Tetapi kita menggunakannya utk berbicara perkara lagha, mengumpat.
Tak malukah kita?

Allah pinjamkan telinga kpd kita utk kita mendengar asma' Allah dan perkara yg baik.
Tetapi kita menggunakannya utk mendengar lagu2 yg melalaikan.
Tak malukah kita?

Allah pinjamkan tangan kpd kita utk kita melakukan kerja yg baik.
Tetapi kita menggunakannya utk rosakkan harta benda awam, mencuri, belasah orang.
Tak malukah kita?

Allah pinjamkan kaki kpd kita utk kita berjalan ke tempat yg baik.
Tetapi kita menggunakannya utk berjalan ke tempat yg mungkar, tendang orang.
Tak malukah kita?

Allah pinjamkan otak kpd kita utk mempelajari ilmu yg baik drp Allah.
Tetapi kita menggunakannya utk menimba ilmu yg x baik & perkara2 yg melalaikan.
Tak malukah kita?

Allah pinjamkan hati kpd kita utk menghidupkannya dgn mengingati Allah.
Tetapi kita mematikannya dgn titik2 dosa.
Tak malukah kita?

Allah pinjamkan semua yg kita miliki di dunia ni utk kita gunakannya ke jalan Allah. Namun, sedarkah kita, kita guna semua tu utk apa? Renung2kanlah~

Tak malukah kita kpd Allah, Al-Khaliq? Allah, setiap masa Allah curahkan kasih sayang-Nya kpd kita dgn beri kehidupan yg cukup sempurna. Kita, adakah kita ingat Allah setiap masa? Malulah kita kpd-Nya~

Ingatlah Allah tika senang. Nescaya Allah mengenalimu tika dirimu susah.

Ingat Allah selalu. : )