Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Jom kita mengenal Zinnirah !

Assalamualaikum

Sebagai seorang muslimah, moleklah untuk kita semua melayari dan menyusuri kisah2 para wanita yg bergelar serikandi Islam yg sejati. Hmm.. bila dengar lagu Zinnirah, teringin pulak nak tahu kisah tentang wanita cekal ni. Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak kisah tentang beliau. Sama2lah kita menghayati kisah indah Zinnirah ini bersama lagu yg didendangkan sekarang ini~

***

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Dia dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Dia menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dalam lipatan sejarah Islam, golongan yang pertama inilah yang banyak menerima ujian dan dugaan.

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan sebagai hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi spiritualnya dia mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan berani. Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah dan kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dapat menghidu perubahan yang telah berlaku ke atas hambanya itu. Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W. Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam dan kaum muslimin. Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadapnya. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik menjadi rutin biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran disamping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.
“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”
Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepadaNya di setiap malam sebagai penawar jiwa diatas segala kesengsaraan yang dihadapi.

Zinnirah akhirnya dibeli oleh Abu Bakar As-Siddiq. Walaupun menerima pelbagai rupa seksaan daripada Umar, Zinnirah tidak mendendami tuannya itu. Malah dia berdoa kepada Allah memohon diberikan hidayah kepada Umar. Penderitaan Zinnirah tidak berakhir di sini, malah dia dicerca oleh kaum musyrikin Mekah. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana mendapat laknat daripada tuhan Latta dan Uzza. Namun begitu, Zinnirah dengan penuh keberanian mempertahankan dirinya dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, tetapi ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkannya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai ujian, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.

Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.

*** 
 

Wednesday, November 14, 2012

Belajar Kasih Ibu Daripada Seekor Lembu

Assalamualaikum . Tadi , ada seorang hamba Allah post banyak artikel iluvislam kat fb IRSHADIAN 1014 . Dalam banyak2 artikel yang dia post , aku paling dan SANGAT suka artikel yang bakal dipost kat sini , nak tau tajuknya apa? Tajuk post ni la tajuk artikelnya . Ok, jom layan~!

***

Pada satu hari yang damai, hujan sedang turun renyai-renyai, aku keluar daripada rumah untuk menuju ke satu tempat. 

Aku tak ingat ke mana aku mahu pergi ketika itu. Sama ada ke pejabat atau ke sebuah surau untuk menyampaikan kuliah maghrib. Tak kisah kemana hala tujuku, yang penting aku yakin saat itu hujan sedang turun membasahi jalan. Semakin lama semakin lebat. 

Aku memandu 'jentera' abah ketika itu. Van Ford Econovan. Usianya 15 tahun. Kepulangan ku dari Jordan masih belum genap setahun lagi. Jadi, van inilah menjadi warisan kami adik beradik sebelum membeli kereta sendiri. 

Abah dahulu membeli van kerana adik beradik kami ramai. 8 orang semuanya. Abah memandu, angah duduk di sebelah abah sebagai co-pilot, emak duduk di sebelah pintu belakang sebagai pramugari. =) 

Abangku juga pernah menggunakan van ini sebelum dia membeli kereta barunya. Samalah situasinya seperti aku saat ini. 

Van ini panas sebab aircondnya rosak. Kalau hujan, perlu dibukakan sedikit tingkap untuk membenarkan angin masuk supaya cerminnya tidak berkabus. 

"Hujan... tentu susah nak nampak jalan. Aircond rosak pulak tuh" rungutku seorang diri. Walaubagaimanapun, aku harus meneruskan perjalanan. Aku ada urusan yang perlu diselesaikan. 

Hari itu aku perlu melalui satu jalan yang gelap. Kiri dan kanan ladang kelapa sawit. Lampu jalan jaraknya jauh-jauh pula tu. 

Seingat aku, aku memandu pada kelajuan 70km sejam. Ok lah, tidaklah laju sangat, dan tidaklah perlahan sangat. 

Setibanya aku di satu selekoh, aku melihat seperti ada kelibat seekor 'anjing' sedang melintas jalan. 'Anjing' tersebut berlari dengan pantas cuba melepasi van yang aku pandu. Malangnya tidak sempat. 

Gup! 

Bunyi pelanggaran yang kecil. Aku hanya mampu menekan brek sedikit sahaja. Aku bimbang van akan berpusing jika menekan brek secara mengejut kerana jalan sedang basah. Ketika itu langsung tidak sempat untuk berhenti melihat apakah yang dilanggar olehku. 

"Ah sedikit sahaja tu, dia sempat mengelak kot, tulah siapa suruh lintas sewaktu kereta tengah lalu" aku cuba memujuk diriku sendiri. Seperti mengampunkan kesalahan diri sendiri. 

Aku terus melupakan peristiwa itu, malam itu juga. Namun keesokannya... 

Aku melalui jalan yang sama menggunakan 'jentera' abah. 

Pagi yang indah, damai, bumi yang masih basah kesan hujan semalam. Melalui jalan yang sama, tidaklah membuatkan aku merasa kelainan saat itu. Sehinggalah tiba-tiba aku melihat di depan.. 

Aku terkejut melihat bangkai seekor anak lembu terkujur di tepi jalan, selekoh yang aku lalui malam semalam. Aku yakin inilah selekoh yang aku lalui semalam. Inilah tempat berlakunya perlanggaran tersebut. Rupa-rupanya 'anjing' yang ku sangka itu adalah seekor anak lembu. 

Kakinya sudah ternaik ke atas. Badannya sudah pun mengembung. Matanya pula sudah terbeliak. 

Aku terdiam, menarik nafas. Beristighfar. Aku mintak ampun pada Allah kerana seekor lembu amat besar nilainya pada orang kampung. Orang kampung menjual lembu untuk memasukkan anak ke universiti. 

Orang kampung menjual lembu untuk mengadakan majlis perkahwinan anak kesayangannya.. 

Namun ada yang lebih menginsafkanku saat itu. Seekor lembu betina (ibunya mungkin) sedang duduk di sisi bangkai anak lembu tersebut. Sungguh jelas kesedihan terpancar pada wajah ibu lembu tersebut. Kaki depannya membongkok ke bumi seperti sedang sujud, sedang kepalanya rendah hampir ke tanah. Seperti mengharapkan anaknya hidup kembali. Mustahil. 

Aku menitiskan air mata saat itu melihat wajah ibu lembu tersebut. 

Aku biarkan sahaja drama itu. Aku langsung tak berhentikan van. Aku tak sanggup dan aku memang tak tahu nak buat apa kalau aku berhenti pun..

Esoknya, aku melalui jalan yang sama, dan hari ini bangkai anak lembu sudah pun tiada. Namun, aku tetap sedih kerana ibu lembu masih ada. Aksinya sama seperti semalam. Bezanya hari ini anaknya sudah tiada. Mungking sudah dibakar oleh tuan lembu tersebut untuk mengelakkan bau bangkai yang busuk. 

Aku rasa selama 5 hari berturut-turut aku melalui jalan tersebut, aku pasti melihat ibu lembu yang sedang meratapi kehilangannya anaknya. Aku sedih dan rasa bersalah pada ibu lembu tersebut. 

Demi Allah, aku belajar kasih ibu daripada seekor lembu. Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya sakit, demam apatah lagi mati sebelumnya. Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya gagal dalam kehidupan. Ibu pasti menitiskan air mata. Bangunlah, balaslah jasa ibumu walaupun jasa ibumu takkan pernah dapat dibalas.


***

Sekian

Monday, March 12, 2012

Ciptaan Allah yg Bernama WANITA

Malaikat menghadap Allah dan bertanya : "Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini..?"

Allah menjawab :

"Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar bisa menjalankan semua tugasnya. Ciptaan
ini kelak harus mampu melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu di rumah tinggalnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang bisa menyembuhkan rasa sakit. Dia harus bisa melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya."

Malaikat terkejut dan berkata : "Hanya dengan 2 tangan… 2 tangan! ini adalah hal yang mustahil..."

Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. lalu kepada malaikat, Allah berfirman :

"Tunggulah sampai besok aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar ! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia bisa menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia bisa bekerja sepanjang hari dan malam..."

Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : "Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!"

Allah menjawab :
"Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak bisa menggambarkan sampai di mana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar."
 

Malaikat bertanya: "Apakah dia bisa berpikir?"

Allah menjawab :
"Tidak hanya berpikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia bisa berdialog dan juga bisa berdebat." 


Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :"Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?"


Allah menjawab :
"Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ tersimpan air mata… dan di situ terletak banyak beban berat."


Malaikat bertanya : "Kenapa mengalirkan air mata?


Allah menjawab :
"Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya..


*Renungan wat kaum Hawa - sungguh bnyk kelebihan yg Allah berikan kpd kaum Hawa ni! Sama2lah kita gunakan kelebihan yg ada dgn mndekatkan diri kpd Allah.

Moga post ini memberi manfaat.

Syukran wat saudari Nur Ain Yusri [artikelnya]

Sunday, February 5, 2012

Ayuh, kita mendaki bersama !

Assalamualaikum.

Jom kita mendaki. Dari bawah ya !

┊  ┊  ┊  ┊  ┊  
┊  ┊   ┊   ┊    ☆
┊  ┊   ┊   ★
┊  ┊   ☆
┊  ★


☻ / °.¸¸.•´¯`» Alhamdulillah!! Aku berjaya...!!
/▌
/ \ سُبْحَان اللهِ وَ الْحَمْدُ لِلّهِ وَ لآ اِلهَ اِلّا اللّهُ وَ اللّهُ اَكْبَرُ
██
╬╬
╬╬
╬╬ \0
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌ Ya Allah, supaya aku
╬╬// terus istiqomah..
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬// وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّة ِ الَّا بِاللّهِ الْعَلِىّ الْعَظِيْم
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌ Ya Allah, kuatkan aku..
╬╬//
╬ ╬
╬ ╬
╬ ╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌ Mampukah aku??
╬╬/\
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬..\☻
╬╬.. ▌\ Mulakan pendakian itu kerana Allah SWT..
███/\...........       ☻
██████ .....     /▌\
█████████ /\ للَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
⋰⋱"Orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu.. orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal.. orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas.. untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang.. ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.. :))

Thursday, December 22, 2011

Cara memotong kuku mengikut agama Islam

Assalamualaikum


Sunat memotong kuku bermula dengan jari kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk.

Kemudian, tangan kiri bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari kanan.

Bagi kuku kaki pula bermula dengan kaki kanan bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari.

Kemudian, kaki kiri bermula daripada ibu jari hingga jari kelingking.

Kuku yang dipotong sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan manusia seperti yang dilakukan oleh Umar ra.

Hari Memotong Kuku & Hikmahnya

Hari Sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan

Hari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat

Hari Selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat : nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT

Wallahu'alam

Kredit : Fatin Najwa Muhamad Ali

Tuesday, December 13, 2011

Menyikat rambut menurut Rasulullah

Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan akar rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan menguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.

 

Sunday, December 11, 2011

Game Menguji Minda

Assalamualaikum.

[Sekadar bermain game]

Hanya orang berimaginasi sahaja yg akan memahami persamaan di bawah...

2 + 2 = ikan
3 + 3 = lapan
7 + 7 = segitiga
Sila 'COMMENT' jika anda FAHAM dengan persamaan di atas.
Sila klik 'FUNNY' jika anda langsung TAK FAHAM dengan persamaan di atas.
Kredit: Ainul Humaira'

Thursday, November 24, 2011

Ayat Kursi

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. 

Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.

Monday, November 21, 2011

Ilmu yang Paling Bermanfaat

"Ilmu yg menambahkan perasaan takutmu kpd Allah, menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban ilmu, ilmu yg mengurangkan gemar kasihmu kpd dunia dan ilmu yg menampakkan kpd kamu tipu daya syaitan serta sekutunya." [Imam Ghazali]

Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrahmaanirrahiim,

Qulhuallahu ahad' Allahussomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrahmaanirrahiim, Allahumma sollii 'alaa saidinaa
Muhammad wa'alaa aalii saidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. 
Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi Walaailaaha
illallahu Allahu Akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Friday, September 30, 2011

Sekadar berkongsi artikel..

       Wuduk juga berperanan utk memberi kekhusyukkan kita di dalam solat. Jika wuduk kita tidak sempurna, maka solat kita juga tidak sempurna. Kita juga boleh membaca doa (niat dlam hati) ketika mengambil wuduk seperti:

KETIKA BERKUMUR
~Ya Allah..ampunkanlah dosa mulutku~ kerana sepanjang hari ..kita mungkin berkata perkara yang sia2

KETIKA MEMBASUH MUKA
~Ya Allah..putihkanlah wajahku di akhirat kelak~kerana wajah ahli syurga ketika itu putih bersinar-sinar manakala ahli neraka hitam wajahnya..

KETIKA MEMBASUH TANGAN
*TANGAN KANAN*
~Ya Allah..berikanlah buku amalanku dengan tangan kananku ini~kerana ahli syurga akan mendapat buku amalannya dgn tangan kanan..
*TANGAN KIRI*
~Ya Allah..jangan  berikan buku amalanku dengan tangan kiri~kerana ahli neraka akan mendpat buku amalannya dengan tangan kiri..

KETIKA MEMBASAHKAN AIR DI KEPALA
~Ya Allah..jangan bagi aku rasa panas di padang mahsyar kelak~kerana panas di padang mahsyar kelak ibarat  matahari sejengkal dari kepala..

KETIKA MEMBASUH TELINGA
~Ya Allah..ampunkanlah dosa telingaku..~kerana setiap hari kita akan mendengar perkara yg tak elok seperti mengumpat dan lain2

KETIKA MEMBASUH KAKI
*KAKI KANAN*
~Ya Allah..permudahkanlah bg kaki  ku ini utk berjalan di titian siratul mustaqim~
*KAKI KIRI*
~Ya Allah..ampunkanlah dosa kaki ku ini dan bagilah ia dpt membawa aku ke tempat yg baik...
  
     Oleh itu.. marilah kita amalkan sama2.. tak rugi pun kalau kita berdoa.. utk kesenangan kita di Akhirat jugak..

Credit to: Fatin Najwa 

Sunday, August 14, 2011

Indahnya Sabar..

Pada suatu hari, burung-burung berkicauan, ada yang bekerja, ada yang bergembira.. indahnya pemandangan yang dilatari sawah padi yang menghijau saujana mata memandang.

Mendamaikan mata yang melihat dan menyejukkan hati yang menikmatinya. Subhanallah. Meskipun begitu, Usop masih termenung keseorangan di tepi parit ditemani kesedihan dan kekesalan sambil matanya terarah kepada Pak Jabit yang sedang memancing.

"Termenung apa tu Usop?!" Pak Jabit menegurnya.

"Tiada apa-apalah Pak Jabit, sedang melayan hati yang lara je ni.."

"Laaa tengah sedih ke? Kenapa? 'Ce cite ce cite'," soal Pak Jabit sambil tersengih melihat gelagat Usop.

"Panjang 'cite'nya Pak Jabit.. Saya cuba pendekkan ye.. Saya sebenarnya benar-benar terguris dengan sikap Hussien. Hussien telah memburuk-burukkan diri saya kat orang kampung meskipun saya selalu bersangka dan berbuat baik pada dia. Pernah dulu, orang kampung ada yang memburuk-burukkan nama Hussien tetapi saya sebagai seorang kawan menafikan tohmahan-tohmahan itu.. tetapi sekarang.. hm.. 'sabor jelah'," balas Usop menceritakan hal yang membuatkan hatinya kecewa.

Pak Jabit terus mendekati Usop sambil membawa beberapa ikan yang berjaya ditawannya.

"Usop, tersenyumlah! Meskipun dalam senyuman itu mungkin tersimpan kelukaan hati, tersorok kesakitan jiwa. Kesenangan, kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan dan kedukacitaan adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Apabila memperolehi sesuatu yang menggembirakan daripada keenakan dunia maka manusia akan berasa senang dan gembira.

Sebaliknya ketika mendapat sesuatu yang tidak diingini maka manusia merasa sedih dan kecewa. Kamu tidak perlu terkejut ketika menghadiahkan sebatang pena kepada seseorang, lalu ia memakai pena itu untuk menulis cemuhan kepada kamu dan kamu juga tidak perlu terkejut dengan apa yang terjadi ini.

Inilah sikap manusia. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Berharaplah pada redha Allah semata-mata. Nescaya Usop mesti tak kecewa.

Sebab apa? Sebab Allah tidak pernah mensia-siakan segala kebaikan yang kita buat walaupun seberat zarah sepertimana firman-Nya dalam surah az-Zalzalah ayat 7 dan 8;

"Maka barangsiapa mengerjakan kebajikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya. Malah jika kita ikhlas berbuat kebaikan semata-mata kerana-Nya diganjarkan pahala kepada kita."

Baikkan Allah?"

Usop mengangguk tanda setuju..

"Tidak seperti manusia. Kadang-kadang macam situasi Usop ni. Seolah-olah melepaskan anjing yang tersepit, tetapi apapun Usop, tidak perlulah bersedih mengenangkan peristiwa yang sudah lalu kerana angin pun akan terus berhembus ke depan dan air pun terus mengalir ke depan..

Jadi lagi baik Usop sabar dan terus tabah. Pandanglah ke hadapan, usirkanlah kesedihan. Allah Yang Menciptakan segala-galanya pun ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan oleh manusia tidak berakal yang ingkar kepada-Nya. Nabi Muhammad S.A.W yang mulia itupun ada yang membenci serta mengejinya.

Inikan pula kita yang hanyalah seorang hamba-Nya yang biasa, yang pasti penuh kekhilafan. Anggap sajalah segala apa yang dikatakan Hussien itu satu kritikan yang membina. Anggap saja ini teguran dari Allah. 

Jangan bersedih, kerana kesedihan kamu terhadap musibah ini akan melahirkan pelbagai musibah lainnya. Ketika kamu sedih dengan perkara ini, bukankah kesedihan itu hanya akan menambah kedukaan kamu itu? 

Bersabarlah walaupun hatimu disakiti. Maafkan sahajalah si Hussien tu. Janganlah biarkan kegundahan yang disebabkan pandangan manusia kepada kita terus menyedihkan kita tetapi hakikat yang patut kita sedar pandangan Allah kepada kitalah yang perlu dan sangat kita gundahkan.
Insya-Allah apabila Allah redha pada kita, hati pasti lebih bahagia?" Sambung Pak Jabit untuk menenangkan hati Usop.

"Terima kasih Pak Jabit! Alhamdulillah tenang hati saya mendengar nasihat Pak Jabit ni. Tidak macam doktor pencen, macam ustaz Pak Jabit ni." Ujar Usop sambil tersenyum memandang Pak Jabit.

"Sama-sama.. bukan ustaz.. Alhamdulillah apa yang Pak Jabit belajar dari ustaz-ustaz, Pak Jabit kongsikanlah pada kamu. Ini pun Pak Jabit masih seorang doktor lagi lah ni. 'Doktor hati' yang sedang merawat kamu. Merawat hati yang kecewa dek tingkah laku manusia hingga lupa ganjaran yang ada di sisi Allah itu lebih baik dan membahagiakan.. Kamu pun, cubalah rajin-rajinkan sikit belajar agama. Ini tak... Asyik-asyik 'english education je'... ok?"

"Baiklah Pak Jabit, insya-Allah akan saya usahakan."

"Hmm.... tapi kan usop..," Pak Jabit melontarkan satu persoalan.

"Tapi apa? 'Ce cite ce cite'..,"soal Usop penuh penasaran

"Hmm. Pak jabit terfikir. Yelah. Terkadang rasanya sikap Hussien itu ada juga dalam diri ini. Usop hamba Allah, Pak Jabit juga hamba Allah dan semua insan tidak kira siapapun, sehebat mana pun dia, setinggi mana dia, tetap hamba Allah.

Kita diberi pelbagai kenikmatan, diberi oksigen untuk bernafas, diberi tubuh badan yang sihat, dianugerahi akal, senang cerita semua nikmat Allah bagi pada kita. 

Tetapi kebanyakannya dosa, keingkaran dan kelalaian kepada dunia pula yang banyak kita balas kepada Allah. Selepas tu, kita kata pula kita hendak dan sangat menginginkan syurga-Nya.. Ya Allah, bila renung balik... Pak Jabit malulah pada Allah.. Malu semalu-malunya.."

"Hmm betul tu Pak Jabit. Insaf pula rasanya... Ya Allah berapa banyaklah amalan kebaikan yang telah saya lakukan ini diredhai Allah.." Sambut Usop mengiakan celoteh Pak Jabit.

"Sama-samalah kita muhasabah diri kita, yang baik kita tambah, yang tidak baik kita tolak. Sambil Pak Jabit menasihat kamu ni, Pak Jabit pun mengingatkan diri Pak Jabit sendiri yang penuh dengan kekhilafan. Moga Allah redha... dah jom balik, dah nak maghrib ni. Lepas ni jom siap-siap pergi berjemaah magrib di masjid.." ajak Pak Jabit.

"Insya-Allah. Baiklah Pak Jabit.. 'thanks' bebenor lah ye," sambut Usop sambil tersenyum simpul.


Thursday, June 2, 2011

Wanita Terbaik..

Assalamualaikum..

       Dah lama aku x post kat sini. Akhirnya ada jugak bahan yg menarik utk dipost kat sini.

       Ada satu artikel yg telah dipost oleh salah seorang irshadian batch 1014. Artikel ni dipost kat group IRSHADIAN 1014 iaitu group kat fb. Walaupun dah lama dah artikel ni dipost, asal jumpa ja artikel ni, mesti aku baca. Tak jemu..

       Sebab tu la, aku nk brkongsi dgn ampa semua psal artikel ni. Tanpa membuang masa, let's go!

Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali "0"

      Faham tak artikel ni? Kalau x faham, cuba fahamkan. X paham jugak? Tanyalah saya di ruangan komen.. *acece.. ayat..

      Kesimpulannya, walaupun wanita itu memiliki segala-galanya, TETAPI, jika tidak solehah dan beragama, tetap tiada nilainya.

      Credits to Najmi Hakim for the article..

      Setakat ini sahaja dahulu tangan ini menaip..

Sunday, April 17, 2011

Allah Ajarkan Berserah Kepada-Nya

Assalamualaikum....

Tadi, sambil2 aku facebooking, aku pun bukak iluvislam utk baca artikel kat situ. Dan aku ingin berkongsi dgn anda semua tentang satu artikel ni. Tajuk post ni merupakan tajuk artikel yg ingin dikongsi ni. Mmg menarik utk dibaca. Jadi, tanpa membuang masa, jom baca!

Allah Ajarkan Berserah Kepada-Nya

Pada hari ini saya ingin berkongsi pengalaman yang saya lalui diajar berserah kepada-Nya. Saya mempunyai penyakit gastrik yang agak ganjil.

Lebih kurang 8 tahun yang lalu, saya sering dimasukkan ke hospital kerana apabila saya diserang rasa sakit, jantung saya akan berdegup dengan laju dan saya mengalami rasa seperti sakit dibahagian paru-paru.

Sudah begitu banyak hospital pakar yang saya pergi dan sudah ramai doktor pakar saya temui namun saya tidak sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah, semenjak saya memulakan herba yang diberikan oleh Dr. Aslina, kawan baik saya, penyakit saya nampaknya beransur pulih. Namun ada masanya terutamanya jam 3 atau 4 pagi, saya akan terjaga kerana terasa sakit dan degupan jantung yang laju.

Kalau dahulu saya sering dibawa ke hospital walaupun jam 3 atau 4 pagi. Namun kerana kasihankan suami saya yang terpaksa bangun di awal pagi, saya cuba menenangkan kondisi saya dengan memakan ubat gastrik, meminum air zam-zam dan berdoa kepada Allah.

Tidak saya nafikan ketakutan yang dirasa apabila diserang sakit tersebut dan kerana rasa ketakutan maka saya sering berdoa kepada Allah apabila dalam keadaan sakit itu. Alhamdulillah, lebih kurang dalam 30 minit sehingga 1 jam, keadaan saya pulih, insya-Allah tanpa perlu di bawa ke hospital.

Beberapa hari yang lalu, saya diserang lagi rasa kesakitan dan jantung saya berdegup laju. Namun pada kali ini, ada yang mengajar di dalam diri saya bahawa apa yang sedang saya alami itu merupakan perancangan Allah. Justeru saya malu untuk berdoa seolah-olah memaksa Allah untuk tidak mengikut perancangan-Nya.

Pada sesaat itu juga (begitu cepat sekali), diri dan badan saya terus merelakan kesakitan itu dan secara otomatisnya, saya mahu ikut saja kehendak dan perancangan Allah. Apa saja yang akan berlaku malam ini, saya relakan dan ikutkan (itulah lebih kurang rasa hati saya).

Apa yang mengejutkan saya, degupan jantung yang laju kembali berdegup normal dalam tempoh beberapa saat saja selepas saya merelakannya. Saya merasakan diri saya dekat dengan Allah ketika itu, Allah yang sebenarnya sedang melakukan sesuatu dengan organ dibadan saya.

Suasana seterusnya terasa indah sekali. Saya merasakan keindahan berserah kepada Allah. Seperti air yang mengalir dengan tenang tanpa ada halangan, terus ia mengalir tanpa susah dan payah. Namun bayangkan apabila kita tidak mahu mengikuti apa yang dimahukan Allah dan kita berdoa seolah-olah memaksa Allah mengikut kemahuan kita, kehidupan jadi huru hara, badan sakit dan jiwa merana.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

-Artikel iluvislam.com-

Till we meet again ! Salah dan silap harap dimaafi

Tuesday, March 15, 2011

Ke Arah Mana?


"Nak pergi mana tu Mie? "

"Ntah..saje jalan-jalan je"

Soalan di atas nampak bersahaja. Si penanya  mungkin sekadar bertanya-tanya kosong, tanpa sebarang tujuan. Mungkin sekadar 'memaniskan mulut' untuk bertanya akan sahabatnya yang mungkin juga sekadar menjawab tanpa berfikir sedalamnya akan tujuannya.

Namun sedarlah akan diri kita ini, umur yang Allah s.w.t. pinjamkan kepada diri ini bukan untuk 'Ntah....saje jalan-jalan je'. Kita akan disoal setiap apa yang kita lakukan, hatta perbuatan yang 'tanpa tujuan' pun akan ditanya. Inikan pula perbuatan yang 'diniatkan dengan benar di dalam hati'.
 

'Niat' perlu jelas dan benar objektifnya. Sekadar 'niat' tanpa mengetahui akan 'kejelasan' dan 'kebenaran'nya, itu bukanlah niat yang betul. Itu sekadar 'niat kosong' yang mana sekiranya termakbul niat tersebut, kita sendiri tidak sedar akan kehadiran jawapan kepada niat kita tersebut.

Hanya dengan 'ilmu' yang benar dan jelas sahaja maka 'niat' kita akan dapat diperbetulkan. Kadang-kadang kita berniat untuk melakukan sesuatu 'hanya kerana Allah s.w.t.', namun kita seharusnya terlebih dahulu memohon kepada Allah s.w.t. agar dilindungi niat kita. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu akan niat kita ini.

Tidak terlepas hatta 'satu gerak hati' dalam diri kita ini daripada pengetahuan Allah. Amat penting kita mengetahui kita ini hendak ke arah mana agar kita hidup di dunia ini bukan sekadar 'Ntah..saje jalan jalan je'. 



- Artikel iluvislam.com -

Till we meet again ! Salah dan silap harap dimaafi

Monday, March 14, 2011

Inspirasi Si Kecil Bernama Semut


Kita seringkali terdengar perumpamaan rajin seperti semut tetapi tahukah kita kenapa wujud perumpamaan sedemikian? Mungkinkah ada perumpamaan lain yang juga sesuai untuk semut?

Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan confirm berasap? kenapa ya?

Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam.

Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis.

Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai.

Kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi.

SubhanAllah, Indahnya ciptaan illahi :)

Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah.

Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali.

Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu . Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut."

Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."

Hebatkan si kecil bernama semut?

Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.

Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama.

Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai.

Kalau dulu, saya hanya percaya perlu rajin seperti semut, tetapi kini saya percaya perlu gigih dan cekal seperti semut.

- Artikel iluvislam.com -

Till we meet again ! Salah dan silap harap dimaafi

Friday, January 28, 2011

Cerita Tentang Rama-Rama...

Assalamualaikum semua..

Sudah lama aku tak berceloteh di sini. Sebenarnya, aku tak ada apa2 pun yg ingin dicakapkan. Sekadar mengisi post baru.
        Ala, janganlah MENGANTUK wahai pembaca ! Baiklah, aku akan MENGETUK anda semua yg TERLENTOK ni dengan sebuah cerita. Cerita ni daripada kak naqibah kumpulan usrah asrama di sekolah aku. Cerita ni agak menarik dan sebab itulah aku ingin berkongsi dengan anda semua ! :D Nasib baik ada cerita yang menarik. Kalau tak ada, alamatnya tak terisi la post baru kat sini.
        Ada seorang saintis. Beliau ingin membuat kajian tentang rama-rama. Seperti yg kita semua sedia maklum, amat susah untuk rama-rama keluar dari kepompong. Jadi, saintis ini pun mengkaji rama-rama dengan memotong kepompong. Nak tau hasilnya? Hasilnya, rama-rama ni sememangnya senang nak keluar. Namun, rama-rama ni tak boleh terbang. Daripada kajian tu, saintis tu umpamakan bahawa bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
       Kenapa diumpamakan sebegitu? Kerana, bila rama-rama berusaha keluar dari kepompong tu dengan susah payahnya, akhirnya dia bebas berterbangan jua.. Bila rama-rama ni keluar dengan senangnya dari kepompong tu, akhirnya dia tak boleh terbang bebas di udara seperti rama-rama lain (seperti dalam kajian tadi).. :(
       Baiklah, setakat tu je la cerita tadi.

Till we meet again ! Salah dan silap harap dimaafi

Wednesday, November 24, 2010

Bismillah....

Mari cerita tentang penyakit2 hati. Seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, penyakit hati dikenali dengan tiga serangkai juga iaitu – takabbur, ‘ujub dan riya’.

Takabbur adalah perasaan megah, perasaan diri sendiri lebih bagus daripada orang lain. Kerana merasakan api lebih hebat daripada tanah, iblis dihalau dari syurga. Sebab itulah nabi s.a.w. ingatkan, takkan masuk syurga barang siapa yg ada walau sekelumit takabbur dalam dirinya. Tak payah tunding jari pada siapa2. Check balik diri kita. Ada atau tidak perasaan takabbur yg masih tersembunyi di celah2 ucapan Alhamdulillah, aku punya lebih baik daripada dia punya.  

‘Ujub adalah merasa ajaib dengan diri sendiri. Hairan dengan kehebatan dan pencapaian sendiri. Aku kerja dengan syarikat besar, jawatan besar, gaji besar, hebatlah aku ni!

Dan riya’ pula perasaan ingin memperlihatkan amal kepada orang lain. Ini entry point syaitan bila kita mula nk amalkan ilmu yang kita ada. Baru nk buat lebih sikit, kebetulan orang tgk, mula la syaitan bisik memuji2 baiknya kita! Bila orang tau aku rajin solat sunat, mesti diorang ingat aku ni alim kan!

Semua ni dialog2 dalam hati. Zahirnya, kita tidak boleh menuduh orang itu riya’, orang ini takabbur. Sbb mungkin kita saja yg berperasaan mcm tu sedangkan dlm hatinya tidak terlintas langsung perasaan riya’ dan takabbur itu.

Pixel IconsUbat penyakit hatiPixel Icons

"Ada sorg ni.. dia pegi solat maghrib brjmaah kat masjid sebelah tu. Then ada kuliah maghrib. yg ni dia la cite kt ana.. Ustaz tu cerita mcmana nak elakkan hati ni dari takabbur, ‘ujub dan riya’. And I found his ‘trick’ really works! Therefore I would like to share it here.

Ustaz tu cakap, bila kita rasa kita bagus dari orang, cepat2 baca,
La haulawala quwwata illa billah. 
(Tiada daya dan kekuatan melainkan Allah).
Simple, yet very effective!"

p/s: Amalkan ya! Sememangnya ia akan mmbawa kita ke arah kebaikan.
      *Nak tau info dgn lebih lanjut? Klik di sini!

Monday, November 22, 2010

Kisah seorang ibu dan anak..

Pada suatu hari,
ibu mnyuruh anaknya pergi ke kedai,
ibu menyuruh anaknya
membeli barang2 untk nk msak.
si anak pun bersetuju.
tetapi..
dengan 1 syarat.
si anak pun brkata kpd ibunya.
"ibu, klo ibu suruh bli, ibu kna bg upah tau".
ibu pun brtnya.
"brp yg anak nk?"
si anak pun memberitahunya..
ni upah yg ibu kna bgi..

1.upah jalan : RM2.00
2. upah tenaga : RM2.00
3. upah cakap : RM2.00
4. upah bawak barang : RM2.00
5. upah(untk belanja bli ais krim):RM2.00
semua skali..
RM10.00..
si ibu pun brkta,
okey, nnti ibu bgi.

Nmun,
d dlm hti ibu,
ibu brkta.
dlu wktu kau kcil, aku x penah pown mntk upah, nak..
aku x penah pown mntk upah untk :
1. mengandungkn kmu.
2. mlahirkn mu, yg bgitu memedihkn.
3. membesarkn kamu..
4. brjga siang dan mlm untkmu..
5. mlyn kerenahmu yg nkal itu...
KERANA...
aq sygkn kmu...
aku cma mhu kau bahagia..
aq tidak akn mgharapkn blsnmu.
Lalu,
si ibu pun tiba2 mngalirkn air matanya...
seorg diri d dlm bilik..

Sejurus slps si anak blik,
si anak pun brkta,
"ibu, sya dh amik dh duit RM10 sbgai upah"
si ibu pun brkta..
"adakah kmu gembira?"
kta si ank,
Ya, sngt gembira...
si ibu pun mengalirkn air mtanya skali lg..
si anak pun mnanyanya,
ibu, knp ibu mnangis?
si ibu pun brkta,
ibu mngis krana,,
krana tringtkn ktika ibu mnjgamu wktu kecil..
ibu tak penah mntk upah pun...
si anak pun tba2 terasa sayu..
si anak tba2 mgalirkn air matanya..

si anak mlutut di kaki ibunya,
lalu brkata,
ibu, maafkn sya, sya x penah hrgai jsamu..
sya ank yg x kenang budi, bu...
ibu lalu brkta smbl mngkat anaknya,
kmu bkn x kenang budi, tpi..
kadang2 mnusia lupa..
lalu, si anak memeluk ibunya,
seerat2 yg boleh..
smbil brkta,
Ibu, sya sygkn ibu!
si ibu trsebak,
Ibu pun brkta..
ibu pun sygknmu....

PENGAJARAN : Hargailah dan sygilah ibu anda ktika dia msih ada di smpingmu...

p/s: Tima kasih kpd kawanku krna sudi berkongsi cerita yg sungguh bermakna ni dgnku trmasuklah dgn post "Hayatilah" yg mengandungi bait yg ckup indah.....

Hayatilah....

Ya Allah 
Engkau Tuhanku 

Tiada Tuhan melainkan Engkau 
Engkau cinta Agungku 
Nabi Muhammad pesuruh-Mu...

Ya Allah 
Engkau sumber bahagia 
Engkaulah Sumber keselamatan 

Ya Allah Engkau sumber keamanan 

Engkaulah segalanya...

Ya Allah  
Engkaulah pelindungku 
Engkaulah sumber rizkiku 

Di waktu sakit Kau sembuhkan 

Di waktu lapar Kau beri makan...

Ya Allah  
Engkau Cinta Agungku 
Cintaku haraplah dibalas... 


Ya Allah  
Engkau Cinta Agungku 
Janganlah cintaku tidak dibalas...

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan 
Pimpinlah aku ke jalan yang benar 

Kepada Engkaulah harapanku 

Janganlah hampakan perasaanku...