Tuesday, March 15, 2011

Ke Arah Mana?


"Nak pergi mana tu Mie? "

"Ntah..saje jalan-jalan je"

Soalan di atas nampak bersahaja. Si penanya  mungkin sekadar bertanya-tanya kosong, tanpa sebarang tujuan. Mungkin sekadar 'memaniskan mulut' untuk bertanya akan sahabatnya yang mungkin juga sekadar menjawab tanpa berfikir sedalamnya akan tujuannya.

Namun sedarlah akan diri kita ini, umur yang Allah s.w.t. pinjamkan kepada diri ini bukan untuk 'Ntah....saje jalan-jalan je'. Kita akan disoal setiap apa yang kita lakukan, hatta perbuatan yang 'tanpa tujuan' pun akan ditanya. Inikan pula perbuatan yang 'diniatkan dengan benar di dalam hati'.
 

'Niat' perlu jelas dan benar objektifnya. Sekadar 'niat' tanpa mengetahui akan 'kejelasan' dan 'kebenaran'nya, itu bukanlah niat yang betul. Itu sekadar 'niat kosong' yang mana sekiranya termakbul niat tersebut, kita sendiri tidak sedar akan kehadiran jawapan kepada niat kita tersebut.

Hanya dengan 'ilmu' yang benar dan jelas sahaja maka 'niat' kita akan dapat diperbetulkan. Kadang-kadang kita berniat untuk melakukan sesuatu 'hanya kerana Allah s.w.t.', namun kita seharusnya terlebih dahulu memohon kepada Allah s.w.t. agar dilindungi niat kita. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu akan niat kita ini.

Tidak terlepas hatta 'satu gerak hati' dalam diri kita ini daripada pengetahuan Allah. Amat penting kita mengetahui kita ini hendak ke arah mana agar kita hidup di dunia ini bukan sekadar 'Ntah..saje jalan jalan je'. 



- Artikel iluvislam.com -

Till we meet again ! Salah dan silap harap dimaafi

No comments:

Post a Comment

Komen, jangan tak komen~ XD