Wednesday, March 16, 2011

Hakikat Bahagia...

Assalamualaikum semua.....

Cuba tengok tajuk di atas. Yg tu ialah tajuk lagu nasyid yg tgh dimainkan sekarang ni, dekat blog ni la. Best x lagu ni? Ni lagu kegemaran aku dari sekolah rendah lagi tau, dalam darjah 4 @ 5 macam tu la. Dengar pun macam best kan? Kalau tengok lirik dia lagi best, bila menghayati setiap bait kata dalam lirik ni. Oklah, tanpa membuang masa, hayati lirik lagu ni.....

Hakikat Bahagia

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki 


Dipetik dari: http://devotees.forumwise.com/

  Till we meet again ! Salah dan silap harap dimaafi

No comments:

Post a Comment

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.