Sunday, June 19, 2016

Jatuh

Malam itu merupakan malam terakhir aku berada di Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC), Nilai Impian sebelum aku pulang ke Pulau Pinang yang kucinta setelah selesai menuntut ilmu sebagai pelajar asasi di Pusat Tamhidi USIM selama hampir setahun. Di rumahku, hanya aku dan Nana berada di dalam rumah. Yana dan Auni belum pulang dari Jamuan KTS2, Piqun, Rasyidah dan Sarah pula sudah pulang ke kampung halaman.

Suasana kelihatan sunyi ketika itu, dihiasi dengan beg-beg bagasi dan barang-barang lain milik penghuni rumah ini. Aku dan Nana berbual panjang, maklumlah, belum tentu lagi kami dapat bersua semula. Hanya dengan izin Allah sahaja kami bakal bertemu kembali, mudah-mudahan. Entah bagaimana, perbualan kami berdua boleh tiba ke suatu peristiwa yang memilukanku itu:

"Saya kesian tengok awak menangis tahan sakit waktu kita ada kat dalam ambulans dulu." Kata Nana.


* * * * *

Malam itu, aku pulang dari rumah Maznah yang hanya beza satu aras dengan rumahku. Sambil membawa laptop, kakiku tersilap langkah ketika menuruni tangga yang simennya kelihatan pecah-pecah itu.

"DUMMM!"

"Astaghfirullah!"

Aku jatuh melutut. Laptop selamat dalam pelukan. Aku terdiam. Kaku. Ya Allah! Ini bukan mimpi sayang, ini realiti! Benar-benar terjadi pada kaki ini! Aku tak mampu bersuara apa-apa, apatah lagi bergerak. SAKIT!

"Ya Allah, jatuh ka ni?!" Terdapat dua orang yang datang kepadaku.

Aku hanya mengangguk, lantas menangis kerana terlalu sakit.

"Dengaq dari atas hangpa jatuh, sat na, kami panggil yang lain." tutur salah seorang daripada mereka menggunakan loghat utara. Baruku tahu bagaimana mereka boleh tiba di situ.

Ramai-ramai turun untuk menolongku. Ada juga beberapa kawan sekelasku yang turut menolongku, Afiqah dan Maznah. Mereka begitu terkejut kerana tidak menyangka bahawa akulah yang terjatuh itu. Afiqah memegang laptopku, manakala kawan-kawan yang lain memapahku sambil menuruni tangga ketika membawaku pulang ke rumahku, A-2-5.

Aku? Hanya menangis sambil menutup mata ketika berusaha segigih yang mungkin untuk berjalan, kerana tidak sanggup melihat luka yang bakal meninggalkan parut di kaki ini.


***

"Nadiah, felo dah tengah tunggu kat bawah." Sarah memberitahuku setelah menerima respon melalui SMS daripada felo bertugas yang dicari oleh kawan-kawan serumahku dengan penuh kejenuhan. Aku bersiap sekadar yang mampu untuk turun ke bawah. Ketika ini, aku sudah membuka mata dek mula menerima takdir yang menimpa. Rasyidah dan Sarah memapahku sepanjang perjalanan kami kerana aku sememangnya tidak mampu untuk berjalan sendiri pada waktu itu.

***

Tepat jam 12 tengah malam, ambulans USIM tiba di hadapan blok A setelah dihubungi staf keselamatan kerana aku memilih untuk ke hospital kerajaan. Aku dipapah kawan-kawanku sehinggalah aku menjejaki ruang ambulans itu. Kemudian, Nana turut masuk ke dalam ambulans untuk menemaniku secara sukarela setelah ditanya oleh pihak ambulans. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk menemaniku. Aku terharu, Nana yang sangat menjaga waktu tidurnya itu, pada kali ini, mengorbankan waktu tidurnya demi menemani diri ini! Allah.

'Akhirnya, merasa jugak aku duduk dalam ambulans,' getus hati kecilku. Sempat lagi. 

Perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban agak memakan masa, walaupun ambulans dipandu begitu laju! Hospital itulah satu-satunya hospital yang paling dekat dengan KKNC, walaupun hakikatnya agak jauh. Aku memegang tangan Nana erat, bimbang bakal terjatuh dari katil dek kelajuan ambulans di tahap maksima itu. Namun, di sebalik kebimbangan itu, mindaku ligat mengimbau saat itu.

Saat dari mula-mula aku terjatuh,
sehingga di ambulans kini,

iaitu saat yang menjadikan perasaan terharu ini semakin menjalar di ladang hati, lalu air mata mula bertakung, seakan-akan diseru untuk turun menemani perjalanan ini.

Aku kelihatan seakan-akan menahan sakit pada detik itu.

Namun, bukan kerana itu air mataku diseru.

Tapi kerana...

* * * * *

"Nana, Nadiah sebenarnya bukan nangis sebab tahan sakit."

"Habis tu, sebab apa Nadiah?"

"Sebab Nadiah terharu, Allah hantarkan sahabat-sahabat yang baik sangat untuk tolong Nadiah masa tu. Terharu sangat-sangat!"

TAMMAT.

p/s: Terima kasih buat semua kawan yang menolongku ketika insiden yang bertanggal 14 Februari ini. Kawan-kawan yang tolong papah, Maznah yang buat first aiddrive malam-malam semata-mata nak beli bandage dan hantaq aku tiap-tiap hari ke USIM sepanjang kaki sakit, Afiqah yang tolong pegang laptop, teman Maznah dan habaq kat kawan-kawan TTS2 muslimat mintak doakan diri ini, housemates tercinta; yang bersusah-payah mencari felo & akak JAKSA, Rasyidah dan Sarah yang tolong papah jugak dan Nana yang teman sepanjang berada dalam ambulans & hospital serta teman Nadiah pada keesokan paginya dan beli sarapan & makan tengah hari dan Yana yang tolong belikan makan petang,  kawan-kawan TTS2 yang mendoakan kesembuhan, Aiza dan Hana yang rajin melawat diri ini, tidak lupa yang bertanya khabar kaki ini walaupun setelah dua minggu insiden itu berlalu, dan tidak lupa juga buat kawan Auni sorang tu yang begitu curious memikirkan punca kakiku mendapat luka. Terima kasih jugak buat family yang risau dan mendoakan kesejahteraan diri ini, Madam Safiah & suami yang bagi Vaseline, dan Ustazah Azniwati yang bertanya khabar. Terima kasih sangat3 buat felo En. Izzat (kot-kot la kalau terjumpa entri ni XD) yang sanggup lalu highway semata-mata untuk mengambil aku dan Nana pulang dari hospital, dan juga buat pihak ambulans USIM (xtau panggilan yang sebenar). Moga Allah membalas kebaikan kalian.

Panjangnyaaaa hah!

4 comments:

  1. Awakkkk 😭😭😭😭🐻🐻🐻🐻🐻🐻

    ReplyDelete
    Replies
    1. White teddyyyyyy 😊😊😊😊🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻

      Delete
  2. Alhamdulillah, everything turned out well 😊 Take care, Nadiah 😉

    ReplyDelete

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.