Showing posts with label Luahan Hati Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati Ramadhan. Show all posts

Sunday, July 22, 2012

ALL OUT!

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, kita masih lagi dapat merasa keberkatan di bulan Ramadhan pada tahun ni. Allah masih lagi panjangkan umur kita sehingga Ramadhan kali ni.

Kat sini, saya ingin berpesan, utk diri saya sendiri mahupun anda semua, jomlah kita semua, tingkatkan amalan, buat ALL OUT untuk Ramadhan kali ni. Bukan senang kita nak sampai ke Ramadhan kali ni. Kita bukan tau sama ada kita masih lagi dapat merasai Ramadhan akan datang ataupun x.

Saya teringat Ustaz Azli (ustaz kat sekolah) kata; kalau akhlak kita berubah menjadi lebih baik bila dah habis Ramadhan, itu tandanya Allah terima amalan kita di bulan Ramadhan sebelumnya. Jadi, tekadkan diri, semaikan keinginan dalam diri, jom, kita wat amalan yang terbaik untuk Ramadhan tahun ni.

Sekian, bergembiralah di Syahrun Mubarak. :D

Saturday, July 21, 2012

Monday, August 29, 2011

Luahan Hati Ramadhan 2011..

Assalamualaikum..

         Ramadhan.. Hmm.. Ramadhan sudah pergi meninggalkan kita.. Kini, Syawal pula menjelma.. Hatiku mula sedih.. Dan kesedihan hatiku pula disambut oleh wajah: dengan menunjukkan riaknya yg muram, dan mata: dengan mengeluarkan tangisan daripadanya..

         Sungguh, dari nurani ini kuluah, aku memang rindukan Ramadhan. Rindu akan suasananya yg cukup menenangkan hati sesiapa saja yg menghayatinya. Sungguh cepat masa berlalu, Ramadhan melangkah keluar dari dunia ini.

Nak tengok post Ramadhan 2010? Jejak sini !
         Hai semua ! Apa yg aku taip di atas merupakan luahan hati tentang perginya Ramadhan daripada kita semua. Sama2 kita doakan agar kita bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun2 yg akan datang. InsyaAllah..

         Post kali ni, aku ingin menceritakan tentang apa yg aku lalui sepanjang Ramadhan bersama-sama dengan kita sebelum ni. Jadi, aku nak mulakan cerita ni. 123, START ! Ahaha.

         Pada 1 Ogos 2011, itulah pagi yg pertama Ramadhan bersama-sama dgn kita. Pada hari tu, 1 Malaysia brcuti sekolah. Dan pada waktu tu jugak, Ustaz Azli selaku Ketua Warden, membenarkan kami utk brbuka puasa di rumah bersama keluarga tersayang dan pergi ke sekolah pada keesokan harinya memandangkan hari esok merupakan hari Isnin. Aku teringat waktu nk ke sekolah tu, aku keluar rumah tepat2 waktu Imsak. 5:44 pagi. Maklumlah, rumah agak jauh. Dari Machang Bubok, Bukit Mertajam ke Pokok Sena, Kepala Batas. Masa dok kat dalam kereta, Ya Allah.. Hanya Allah yg Maha Mengetahui betapa tawakkalnya aku kepada-Nya waktu tu. Sudahlah gelap, laju pulak ayah drive.. Ya la, kerja pun dekat Hospital Pulau Pinang. Nanti terlambat karang. Alhamdulillah, sampai kat sekolah pukul 6:13 pagi. Solat Subuh kat surau sekolah. Bila ayah dah pergi meninggalkan sekolah, aku merenung sejenak. "Sanggup ayah bawak kereta pagi2 buta hanya kerana nk hantar aku ke sekolah.. Terima kasih ayah.."

         Dalam bulan Ramadhan, solat sunat tarawih la yg paling aku suka, paling memberi ketenangan utk disantap jiwa. Tak kiralah kat mana2 pun. Baik di surau sekolah, mahupun di surau belakang rumah. Masa awal2 Ramadhan tu, memang agak letih. Wat countdown siap: "Lagi 4 rakaat utk abis tarawih." "Yes! 2 rakaat lagi!" Bila terbuat countdown tu, cepat2 aku hapuskan countdown tu dari hati aku. Kekadang cuba memujuk hati ni, cuba utk mendapatkan kelazatan bertarawih. Alhamudulillah, dapat jugak akhirnya. Hilang sudah feeling nk wat countdown tu. Memang syoklah tarawih ! Tenang je jiwa~

          Kat asrama, aku masuk pertandingan hafazan peringkat aspuri. Setiap dorm msti kena hantar 1 wakil utk hafazan. Kiranya aku wakil dorm aku la ni. Dipendekkan cerita, aku dapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan (Alhamdulillah..). Buat semua ahli dorm Sumaiyah, kami nak minta maaf sbb x dpt nak raih tempat pertama utk hafazan ni.. Nak tengok hadiah apa yg aku dpt? Ni dia..

Hadiah berupa: 2 mathurat dan 1 novel Salahudin Ayubi
          Pada bulan Ramadhan, hampir setiap hari kami disajikan dgn tazkirah. Walaupun banyak tazkirah yg lebih kurang ja jenisnya, aku tetap suka tazkirah diadakan. Ada jugak ilmu baru yg aku dapat. Kat kelas pun, macam2 berlaku sepanjang bulan Ramadhan. Ada rasa best, gembira, sedih, marah pun ada.. *Acece, xdak la.. main2 je tu.. :P Bulan Ramadhan ni, bnyk sangat doaku termakbul. Asykuruka Ya Robbi ! Maklumlah, doa orang yg berpuasa sememangnya dimakbulkan Allah. Nak tau apa yg aku doakan? Itu lain cerita la, ok? Hihi. Bulan mana lagi yg kita boleh dpt peluang mcm ni kalau bukan bulan Ramadhan..

         Sebenarnya, banyak lagi cerita yg aku teringin nak berkongsi dengan anda semua. Tapi, takut hangpa semua x larat nk baca la pulak. Xpa la, setakat di sini dulu la. Aku akhiri coretan di tinta ini dgn ucapan SALAM AIDILFITRI buat semua muslimin dan muslimat. Ampun dan maaf amatlah dipinta andai ada terlanjur kata sepanjang aku mencoret di sini.

          Sekian di sini dulu ! : )
    

Thursday, September 9, 2010

Luahan Hati Ramadhan 2010..

Tiba masanya...
Ramadhan datang menghampiri dunia....
Pabila ia menjelma, kita semakin rapat kepadanya,
Dgn banyak beribadat kpd Allah..
Malam Lailatulqadar,
Itulah yg dikejar oleh mu'min beriman...
Berpuasa, Solat Sunat Tarawih, Qiyamullail, Bersahur..
Dan amalan yg mmg dilakukan orang yg mengharapkan malam itu,
Berdoa utk mendapatkannya (Malam Lailatulqadar)..

Tiba masanya,
Ramadhan semakin pergi mninggalkan kita....
Dgn derap langkahnya, kita x sedar..
Sungguh cepat Ramadhan ingin pergi..
Mu'min beriman, ahli kubur..
Menangis tuk meninggalkan Ramadhan...
Orang yg cetek imannya,
Terloncat-loncat menanti Hari Lebaran..
TIDAK SALAH..
Siapa kata SALAH utk menanti Hari Lebaran dgn gembira?
Tetapi, persoalannya..
Mengapa mereka tidak menyambut,
Kedatangan bulan yg penuh barakah ini,
Dari awal hingga ke akhirnya??
Jawapannya..
Hanya Tuhan yang Maha Tahu...

Tiba masanya,
Derap langkah Syawal menghampiri kita...
Pada masa itulah,
Wujudlah suasananya..
Mengemas rumah, membuat ketupat..
Dan yg paling utama..
Lampu lip lap tergantung di hadapan rumah..

Bagaimana suasana pada 1 Syawal 1431 nnti??
Tunggulah harinya....

~Nur Nadiah Nadhirah~