Sunday, July 22, 2012

ALL OUT!

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, kita masih lagi dapat merasa keberkatan di bulan Ramadhan pada tahun ni. Allah masih lagi panjangkan umur kita sehingga Ramadhan kali ni.

Kat sini, saya ingin berpesan, utk diri saya sendiri mahupun anda semua, jomlah kita semua, tingkatkan amalan, buat ALL OUT untuk Ramadhan kali ni. Bukan senang kita nak sampai ke Ramadhan kali ni. Kita bukan tau sama ada kita masih lagi dapat merasai Ramadhan akan datang ataupun x.

Saya teringat Ustaz Azli (ustaz kat sekolah) kata; kalau akhlak kita berubah menjadi lebih baik bila dah habis Ramadhan, itu tandanya Allah terima amalan kita di bulan Ramadhan sebelumnya. Jadi, tekadkan diri, semaikan keinginan dalam diri, jom, kita wat amalan yang terbaik untuk Ramadhan tahun ni.

Sekian, bergembiralah di Syahrun Mubarak. :D

No comments:

Post a Comment

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.