Friday, February 4, 2011

1/2/2011 - Hari CEGARku..

Assalamualaikum semua...

Cuba anda semua lihat tajuk di atas. Apa yg membuatkan aku CEGAR ? Buat pembaca yg x tahu apa itu cegar, cegar => malu.
              Tanggal 1 Februari 2011, waktu tu ada subjek BI. Teacher suruh kami semua list down perkataan sebanyak mana yg mampu dan setiap perkataan tu mesti ada dia punya comparative dgn superlative.
              Semasa nk menyenaraikan tu, aku punyalah perah otak seperah-perahnya. Sampai aku x sedar ada form 1 datang kelas aku utk panggil aku sehinggalah budak lelaki kelas aku panggil aku. Aku pun, apalagi, blurr la. Aku menoleh ke sana sini nak tahu knapa depa panggil aku. Baru ku tau ada form 1 panggil aku. Kata mereka, Cikgu Fitriyah mau jumpa. Budak lelaki kelas aku, apalagi, gelak kat aku la ! Jahat betol !
              Cikgu Fitriyah suruh aku bagitau yang SIAPA YG SETUJU UTK MENERIMA SUNTIKAN TAPI X TERIMA LAGI JUMPA CIKGU dekat semua perempuan tingkatan 2. Cikgu pun suruh aku cari sorang lagi kawan utk beritahu hal tu dekat kelas2 yg lain. Aku cuma bagitau dekat kelas aku dan 2 Al-Farabi ja. Ha! Cakap pasal 2 Al-Farabi! Lepas jumpa cikgu aku tu, aku pergi la kat kelas 2AF. Pastu, aku bagi salam dan baru ckap SIKIT, aku baru tau ada cikgu kat situ. Nasib baik baru cakap SIKIT. Aku tanya cikgu, "saya bagitau ya?" Cikgu pun angguk. 'Fuh! Selamat x kna marah!' Itulah yg trdetik kat hati aku waktu tu. Aku pun bagitau la apa yg cikgu suruh. Nasib baik depa boleh dengar apa yg aku cakap. Syukur!
              Waktu balik, aku terjumpa dengan Aminah. Dia tu budak kelas 2AF. Dia bagitau kat aku, lepas aku beredar dari kelas tu, cikgu depa cakap, "Dia cakap apa tu? Macam berpidato ja." Oh no ! Terkejut betul dan sungguh mencegarkan apabila dengar statement daripada Aminah. Huhu..
              Sebab tu la tanggal 1 Februari 2011 merupakan hari CEGARku. OK la. Itu saja wat kali ni.

Till we meet again ! Salah dan silap harap dimaafi

2 comments:

  1. haha,,kesian awak :P
    macam mana pulak cekgu tu bole ckp awak berpidato?
    klau gitu,boleh lha awak masok pertandingan pidato lpas ni.hikhik..

    ReplyDelete
  2. HuHu~
    Entah la. Mungkin sbb masa sy wat pengumuman tu sy terbuat gaya sikit. Eee... knapa la msti ada gaya? HeHe..
    X mau la saya masuk pidato. Not interested lorh. :D

    ReplyDelete

Silakan komen, dan mohon buka semula blog ni dalam 1 atau 2 hari selepas anda komen. InsyaAllah pasti dibalas.